IzaraFX
Fun Poster
- Messages
- 713
- Joined
- Oct 17, 2018
- Messages
- 713
- Reaction score
- 17
- Points
- 15
'Hishammuddin wajar perjelas pendirian'
Share
Kuala Lumpur: Hubungan antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berjalan atas dasar profesional.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah, yakin dengan kesetiaan Ahli Parlimen Semberong itu terhadap UMNO walaupun Hishammuddin terpalit dengan dakwaan ‘tangan ghaib’ yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan pemimpin parti.
“Hubungan beliau (Hishammuddin) dan Dr Mahathir adalah profesional, interaksi berlandaskan pemimpin UMNO dan bekas Presiden UMNO.
“Saya yakin Hishammuddin yang memiliki banyak pengalaman akan terus setia kepada parti ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Armand bagaimanapun berkata, Hishammuddin wajar tampil menyatakan pendiriannya untuk terus setia bersama parti itu.
Katanya, ia perlu dilakukan supaya khabar angin yang bertiup dalam kalangan pemimpin akar umbi selama ini terjawab,” katanya.
September lalu, Hishammuddin dilaporkan bertemu Dr Mahathir selepas UMNO tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Bekas Menteri Pertahanan itu mengesahkan pertemuan terbabit berlangsung untuk berbincang mengenai masa depan negara, namun menafikan akan keluar parti.
Pada 12 Disember lalu, Hishammuddin didakwa menjadi dalang di sebalik tindakan sekumpulan pemimpin yang keluar parti beramai-ramai, termasuk kenyataan bekas Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mendakwa tindakan itu didalangi ‘golongan bangsawan’.
Setakat ini, seramai 16 orang Ahli Parlimen UMNO keluar parti dan 12 daripadanya menjadi wakil rakyat bebas dan menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir.
Ahad lalu, gambar Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Hishammuddin bercuti di Maghribi tersebar luas hingga mencetuskan pelbagai spekulasi berhubung perpecahan dalam PKR.
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/01/515205/hishammuddin-wajar-perjelas-pendirian