BTC USD 84,458.3 Gold USD 4,275.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hiroshima : The Unseen Pictures

ni la warga warga cg yg minat dan suka perang sangat tu mahu.. mahu kesengsaraan..
 
Ulang tahun ke-75 pengeboman Hiroshima

Jepun memperingati ulang tahun ke-75 pengeboman atom Hiroshima pada Khamis, dengan datuk bandar mendesak dunia untuk bersatu menentang ancaman terhadap manusia termasuk yang berasal daripada senjata nuklear, lapor agensi berita Xinhua.

Datuk Bandar Hiroshima Kazumi Matsui berkata negara-negara harus "mengetepikan perbezaan mereka dan bersatu untuk mengatasi ancaman buatan manusia dan cabaran alam."

"Masyarakat awam mesti menolak nasionalisme yang mementingkan diri dan bersatu menentang semua ancaman,” Matsui berkata pada upacara tahunan di Peace Memorial Park.

Upacara peringatan dikurangkan kerana penularan COVID-19 di Jepun dan keperluan untuk mengekalkan jarak sosial.

Suasana hening seketika apabila semua yang hadir termasuk Perdana Menteri Shinzo Abe bertafakur pada 8.15 pagi waktu tempatan, iaitu waktu bom atom yang mengandungi uranium "Little Boy" dijatuhkan oleh pengebom AS meletup di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 .

Bom itu mengorbankan sekitar 140,000 orang sehingga akhir tahun 1945.

Walaupun Jepun tidak menandatangani Perjanjian Larangan Senjata Nuklear, Abe dalam ucapannya, berkata negara-negara tidak boleh membiarkan perbezaan pendirian mengenai senjata nuklear semakin meluas.

"Setiap negara harus meningkatkan usaha untuk menghilangkan rasa tidak percaya melalui penglibatan dan dialog bersama di tengah-tengah persekitaran keselamatan yang teruk dan memperluas perbezaan antara kedudukan negara-negara mengenai perlucutan senjata nuklear," kata Abe.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan, jumlah mangsa yang terselamat daripada dua pengeboman atom termasuk Nagasaki yang dikenali sebagai hibakusha dengan purata usia 83.31 tahun, menurun sebanyak 9,200 dari tahun sebelumnya kepada 136,682 orang.

Sementara Jepun memperingati tragedi yang dialaminya pada akhir Perang Dunia II, sejarawan dan pemikir politik masyarakat antarabangsa telah mendorong Jepun untuk melihat diri mereka bukan hanya sebagai mangsa pengeboman atom tetapi juga sebagai pelaku yang menyebabkan tragedi itu berlaku sejak mula lagi.

Jepun menjajah banyak kawasan di Asia sebelum dan semasa Perang Dunia II dengan kejam, menyebabkan penderitaan dan kematian yang tidak terkira kepada ratusan ribu mangsa yang tidak bersalah.

5d678782a918726aacc5eb30b2e1f1eb.jpg

e2249503b08b7a26ea87b38b10669503.jpg
 
bom atom skrg bukan lagi senjata pemusnah,tapi berfungsi sebagai alat mengelak berlakunya kehancuran besar...
 
IMG_20210806_112843_328.jpg

Hari ini 6 Ogos genap 76 tahun bom atom bergelar 'Little Boy' dari pesawat Amerika Syarikat B-29 Enola Gay jatuh menimpa bumi Hiroshima, Jepun.

Peristiwa hitam itu bukan sahaja meninggalkan kesan mengerikan kepada rakyat Jepun, malah juga kepada masyarakat dunia.

Selepas berdekad-dekad, perjanjian larangan pemilikan senjata nuklear diadaptasi pada 2017. Bagaimanapun, sehingga kini, tiada negara kuasa nuklear menyertai perjanjian ini.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#AWANInews
 
senjata nuklear jd alat penampan perang je skrg ni,kalau terjadi letupan pun akibat kemalangan.... xboleh guna utk perang konvesional,bukan sbb perjanjian larangan tapi sebab kesannya.
 
senjata nuklear jd alat penampan perang je skrg ni,kalau terjadi letupan pun akibat kemalangan.... xboleh guna utk perang konvesional,bukan sbb perjanjian larangan tapi sebab kesannya.

Pihak² tertentu je boleh memilikinya
Kalau tak
Macam² lah alasan diberikan
Padahal mereka ni saja nak berkuasa
 
Pihak² tertentu je boleh memilikinya
Kalau tak
Macam² lah alasan diberikan
Padahal mereka ni saja nak berkuasa
Biasa la kuasa2 besaq dunia nie memang hipokrit org lain depa haramkan pakai nuklear depa pakai xpa...depa simpan xpa....patut semua kena lupus xkira la negara mn pun br betoi mcm tu
 
Biasa la kuasa2 besaq dunia nie memang hipokrit org lain depa haramkan pakai nuklear depa pakai xpa...depa simpan xpa....patut semua kena lupus xkira la negara mn pun br betoi mcm tu

Kalau lupus
Tak dapat la depa nak tunjuk kuasa nanti
Cari alasan serang negara orang
Janji leh tunjuk kuasa depa
 
Kalau lupus
Tak dapat la depa nak tunjuk kuasa nanti
Cari alasan serang negara orang
Janji leh tunjuk kuasa depa
Depa memang ketam abadi org lain xleh depa ja leh
 
Back
Top
Log in Register