BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hino tambah pengedar

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Tanaka (kanan) bersama Tin Leong (dua, kanan) semasa majlis perasmian cawangan baharu Hino di Segamat.


PENGELUAR trak dan bas, Hino Motors Sales (M) Sdn Bhd (HMSM) membuka cawangan baharunya di Segamat, Johor.

Pengarah Urusannya, Nobuyuki Tanaka berkata, cawangan itu akan diuruskan rakan niaganya, Sam Hin Motors Enterprise Sdn Bhd yang akan menawarkan khidmat 3S (jualan, servis dan alat ganti) di bawah satu bumbung.

“HMSM sentiasa mengembangkan rangkaian perniagaan kami di seluruh negara untuk menampung permintaan yang semakin meningkat untuk jenama Hino.

“Tambahan pula, Sam Hin Motors yang telah wujud sejak 1963 mempunyai keyakinan tinggi terhadap Hino dan begitu sinonim dengan dunia pengedaran kenderaan di Segamat dan Melaka,” katanya ketika majlis pelancaran pusat pengedar baharu Hino.

Turut hadir, Pengarah Urusan Sam Hin Motors, Jimmy Tan Tin Leong.

Sehingga kini, jumlah pengedar Hino di Malaysia adalah sebanyak 73 pengedar di mana 39 daripadanya menawarkan khidmat 3S.

Tanaka berkata, kos dilaburkan untuk menaiktaraf pusat 3S di Segamat itu adalah RM300,000.

Dengan keluasan 14,000 meter persegi, pusat 3S itu dilengkapi pejabat pentadbiran dan mempunyai lima orang pakar teknikal yang mampu mengendalikan lapan buah trak Hino dalam sehari mengikut standard keselamatan dan kualiti yang telah ditetapkan.

Sementara itu, menurut Tanaka, bagi mengekalkan kedudukan nombor satu Hino di Malaysia, kilang pemasangan baharunya di Sendayan, Negeri Sembilan telah memulakan operasi pada bulan ini.

“Pada 2013 sahaja, kami telah menjual sebanyak 7,007 unit kenderaan dengan kedudukan teratas dalam pasaran komersil,” katanya.
 
aku pernah dengar drebar bas cakap

bus hino ni kalau bawak berombak, boleh mabuk org duduk dalam..

tapi harga murah, kalau nak buat bas kilang @ bas sekolah bolehlah..

tapi aku tak tahu betul ke x.. kehkehkeh
 
Harap2 dapat tambah kouta utk bumiputra...jd pengedar
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register