BTC USD 78,133.2 Gold USD 4,376.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Himpunan Mimpi yg Benar Dari Allah kepada zanuar..

Mimpi berjumpa dengan sultan dan alim ulamak, apa maknanya?
 
susah gak nk tafsir mimpi ni..kebanyakannya mengarut n mainan tidur .

tp ada gak yg benar n diawalkan peristiwa..
 
Malam tadi mimpi semut kerengga(rangrang) penuh kedua hujung baju lengan panjang aku..aku gabuih semut tu tapi dok melekat keras...apa maksudnya?

Mimpi dikerubungi semut rangrang.
Menurut primbon Jawa, arti mimpi dikerubungi semut rangrang adalah pertanda bahwa seseorang akan dikelilingi oleh kesempatan dan banyak pilihan dalam kehidupannya. Semut rangrang dianggap sebagai simbol keberuntungan dan kesempatan yang datang dalam hidup seseorang. Jadi, jika seseorang bermimpi dikerubungi oleh semut rangrang, itu bisa diartikan sebagai pertanda bahwa banyak peluang akan datang dalam hidupnya dan dia akan memiliki banyak pilihan untuk memilih.

Mimpi melihat semut rangrang besar.
Ketika bermimpi melihat semut rangrang besar, itu bisa menjadi pertanda baik dalam nasib karier. Menurut primbon Jawa, mimpi ini menandakan bahwa seseorang akan mendapatkan kesuksesan dan pengakuan dalam pekerjaan. Semut rangrang besar menggambarkan keberanian dan kegigihan untuk mencapai tujuan. Ini bisa jadi tanda bahwa seseorang akan mendapatkan promosi atau pencapaian besar dalam karier mereka. Jadi, jangan ragu untuk terus bekerja keras dan percaya diri! Mimpi tersebut bisa menjadi motivasi untuk mencapai kesuksesan di tempat kerja.

malam tadi aku mimpi rumah yang aku duduk tu bertambah besar...ada laman yang luas di tepi rumah dan bilik rahsia yang luas.....jadi aku pun google kitab primbon jawa..maksud mimpi tu..

Berada di Rumah Mewah
Mimpi berada di rumah mewah atau melihat rumah Anda tiba-tiba berubah menjadi mewah menandakan akan datangnya berbagai kesempatan baik dalam hidup Anda. Jika Anda bisa memanfaatkan kesempatan ini dengan baik, maka hidup Anda akan berubah menjadi lebih baik dan bahagia.

dah 2 hari aku mimpi yang baik...alamat apa la Allah nak bagi ni...

aku dapat mimpi ni awal bulan januari...dua mimpi yang berlainan tapi punyai maksud yang sama....jenuh aku pikir apa peluang yang akan aku rebut...dapat kerja baru kah?dapat bini baru kah?..........lama kemudian rumah aku kat machang bubuk tu ada masalah bangunan dan juga susah nak dapat penyewa bilik...lagipun lokasi machang bubuk tu tak berapa strategik pun.....

Kemudian aku buka website mudah dan ternampak iklan rumah flat tingkat dua di flat taman seri sejahtera...harga pun murah...lagipun aku dah ada 2 unit di flat taman seri sejahtera....senang bagi bini aku nak urus rumah kat situ sebab penduduk situ semuanya kenal aku sekeluarga berbanding machang bubuk tu....

Aku pun cari owner dan buat deal ngan dia...dia bagi diskaun rm5k...mau aku tak rebut peluang ni...jadi hari ini aku p submit loan guna dua nama iaitu nama aku dan bini aku....

Nanti aku update mimpi yang seterusnya ya.........
 

Soalan

Assalamualaikum SS Datoโ€™ Seri Mufti. Bolehkah kita berusaha mencari takwil-takwil terhadap setiap mimpi yang kita alami?



Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Pada asasnya, terdapat beberapa jenis mimpi yang dialami oleh seseorang Muslim. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis daripada โ€˜Auf bin Malik R.A, Nabi SAW bersabda:

ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ุฑู‘ูุคู’ูŠูŽุง ุซูŽู„ุงูŽุซูŒ : ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง ุฃูŽู‡ูŽุงูˆููŠู„ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุดู‘ูŽูŠู’ุทูŽุงู†ู ู„ููŠูŽุญู’ุฒูู†ูŽ ุจูู‡ูŽุง ุงุจู’ู†ูŽ ุขุฏูŽู…ูŽ ุŒ ูˆูŽู…ูู†ู’ู‡ูŽุง ู…ูŽุง ูŠูŽู‡ูู…ู‘ู ุจูู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุฌูู„ู ูููŠ ูŠูŽู‚ูŽุธูŽุชูู‡ู ุŒ ููŽูŠูŽุฑูŽุงู‡ู ูููŠ ู…ูŽู†ูŽุงู…ูู‡ู ุŒ ูˆูŽู…ูู†ู’ู‡ูŽุง ุฌูุฒู’ุกูŒ ู…ูู†ู’ ุณูุชู‘ูŽุฉู ูˆูŽุฃูŽุฑู’ุจูŽุนููŠู†ูŽ ุฌูุฒู’ุกู‹ุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูุจููˆู‘ูŽุฉู

Maksudnya: โ€œMimpi itu ada tiga jenis: Mimpi yang merupakan gangguan syaitan untuk meresahkan anak Adam; Mimpi yang pada asalnya perkara yang difikirkan manusia ketika jaga lalu terbawa hingga ke dalam tidur dan mimpi yang merupakan satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian.โ€

Riwayat Ibn Majah (3907)

Daripada hadis di atas dapat difahami bahawa mimpi yang datang kepada seseorang itu terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

  • Mimpi yang merupakan gangguan syaitan untuk menimbulkan keresahan kepada seseorang.
  • Mimpi yang pada asalnya perkara yang difikirkan oleh seseorang ketika jaga. Apabila tidur lalu terbawa-bawa perkara tersebut dalam mimpinya.
  • Mimpi yang merupakan satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian. Atau mimpi ketuhanan iaitu yang datang dan ilham daripada Tuhan.
Guru kami, Syeikh Atiyyah Salim Rahimahullah ketika menafsirkan 46 bahagian kenabian menyebut, ini kerana kerasulan Nabi SAW selama hampir 23 tahun sedangkan muqaddimah kenabian melalui mimpi hampir 6 bulan. Justeru, 6 bulan daripada 23 tahun bersamaan 1/46. Wallahu aโ€™lam.

Dalam hal ini, mimpi yang wajar ditafsirkan adalah mimpi yang ketiga sahaja. Bukan yang pertama dan juga yang kedua. Para ulama menganggap tafsiran mimpi bukan semestinya mengikut apa yang berlaku tetapi ia boleh jadi berlainan.

Ibnu Battal pula berkata, mimpi ada dua jenis:

Pertama, mimpi yang jelas-jelas menjadi nyata, seperti seseorang yang bermimpi memberi seseorang kurma, dan pada siang harinya ia memberi seseorang kurma. Mimpi seperti ini tidak memerlukan takwil.

Kedua, mimpi yang hadir dengan simbol-simbol. Untuk memahami mimpi seperti ini harus ada seseorang yang memiliki ilmu dan pengalaman mentakwil mimpi untuk memahaminya kerana kadang-kadang simbol-simbol itu sangat halus dan rumit. (Rujuk Fath al-Bari, 19/451)

Walaubagaimanapun, harus diingatkan bahawa mimpi tidak boleh dijadikan landasan dalam menghukumkan sesuatu perkara. Imam al-Syatibi berkata, "Sesungguhnya mimpi dari selain para Nabi secara Syar'ie tidak boleh dijadikan landasan untuk menghukumkan perkara apa pun, kecuali setelah ditimbangkan dengan hukum Syariat. Apabila bertepatan dengan hukum Syariat, maka boleh diamalkan. Apabila bertentangan, maka wajib ditinggalkan dan berpaling darinya. Faedah dari mimpi tersebut hanyalah memberi khabar gembira atau peringatan. Adapun menentukan sesuatu hukum dengannya, maka tidak boleh sama sekali." (Lihat al-I'tisam, 2/78)

Abd al-Rahman bin Yahya al-Mu'allimi menyatakan bahawa para ulama telah bersepakat bahawa mimpi tidak boleh dijadikan hujjah (dalil). Oleh itu, mimpi hanyalah sekadar memberi khabar gembira atau peringatan. Di samping itu, ia juga boleh menjadi ibrah (pelajaran) apabila bertepatan dengan dalil Syar'i yang sahih. (Lihat al-Tankil, 2/242)

Seseorang yang ingin mentaโ€™bir mimpi amat perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan juga sifat yang soleh dan warak. Beliau hendaklah sentiasa bergantung kepada Allah. Rasulullah SAW sendiri menafsirkan mimpi dan pernah Rasulullah SAW berkata kepada sahabatnya di waktu pagi, seperti riwayat Samurah bin Jundub R.A, katanya:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู…ูู…ู‘ูŽุง ูŠููƒู’ุซูุฑู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽู‚ููˆู„ูŽ ู„ูุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจูู‡ู: ยซู‡ูŽู„ู’ ุฑูŽุฃูŽู‰ ุฃูŽุญูŽุฏูŒ ู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ ู…ูู†ู’ ุฑูุคู’ูŠูŽุงุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ููŽูŠูŽู‚ูุตู‘ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ู…ูŽู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽู‚ูุตู‘ูŽ....ุง

Maksudnya: Adalah Rasulullah SAW kerap kali bertanya kepada sahabat-sahabatnya, adakah seseorang kamu bermimpi? Maka dikisahkan ke atasnya, siapa yang Allah menghendaki untuk menceritakannyaโ€ฆโ€ฆ.

Riwayat al-Bukhari (7047)

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: Di sini juga memberi maksud sebagai menolak pendapat yang berkata di kalangan ahli ta'bir, 'sesungguhnya sunat ta'bir mimpi selepas keluar matahari sehingga tengahari, dan daripada Asar hingga sebelum Maghrib. Sesungguhnya hadis ini menunjukkan juga sunat ta'bir sebelum keluar matahari. (Lihat Fath al-Bari, 12/440)

Makanya, ramai tokoh-tokoh ulamaโ€™ yang mempunyai keahlian dalam ilmu taโ€™bir mimpi, antaranya Ibn Sirin, Imam Syafiโ€™e, Syeikh Abd al-Ghani al-Nablusi dan lain-lain. Taโ€™bir yang mereka lakukan banyak yang tepat dan benar. Ini kurniaan Allah SWT kepada mereka.

Seperkara lagi perlu diingat bahawa mimpi orang yang beriman di akhir zaman menjadi pembawa berita gembira. Hal ini dinyatakan dalam sebuah hadis, daripada Abi Hurairah R.A, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุจู’ู‚ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ูุจููˆู‘ูŽุฉ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุงู„ู…ุจูุดู‘ูุฑุงุชู. ู‚ุงู„ูˆุง: ูˆูŽู…ูŽุง ุงู„ู…ูุจุดู‘ูุฑุงุชูุŸ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุงู„ู‘ูุฑุคู’ูŠูŽุง ุงู„ุตู‘ูŽุงู„ูุญุฉู

Maksudnya: Tiadalah kekal daripada kenabian kecuali banyak berita gembira. Mereka bertanya: โ€œApakah yang dimaksudkan dengan banyak berita gembira?โ€ Sabda Rasulullah SAW: โ€œMimpi yang soleh.โ€

Riwayat al-Bukhari (6990), Ahmad (24977), al-Baihaqi
dalam Syu'ab al-Iman (4750) dan al-Daraqutni (1/177)

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: al-Mubasyyirat jama' daripada perkataan mubasyyirah iaitu al-busyra; berita atau khabar gembira datang dalam nas Ilahi " ู„ูŽู‡ูู…ู ุงู„ู’ุจูุดู’ุฑูŽู‰ูฐ ูููŠ ุงู„ู’ุญูŽูŠูŽุงุฉู ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ูˆูŽูููŠ ุงู„ู’ุขุฎูุฑูŽุฉ" (Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat). Ia memberi maksud mimpi yang soleh dan baik. (Lihat Fath al-Bari, 12/375)

Dalam menjadikan serta mendapat mimpi yang benar, maka hendaklah seseorang itu sentiasa bercakap benar. Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW, daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

ูˆูŽุฃูŽุตู’ุฏูŽู‚ููƒูู…ู’ ุฑูุคู’ูŠูŽุง ุฃูŽุตู’ุฏูŽู‚ููƒูู…ู’ ุญูŽุฏููŠุซู‹ุง

Maksudnya: โ€œOrang yang paling benar mimpinya adalah orang yang paling benar lidahnya.โ€

Riwayat Muslim (6042)

Imam Nawawi berkata: Zahirnya bahawa ia mengikut itlaqnya. Dihikayatkan oleh al-Qadhi Iyyadh, daripada sebahagian ulama' bahawa hal ini terjadi pada akhir zaman ketika terputusnya ilmu dan mati ramai para ulama serta solehin dan siapa yang dapat diberi cahaya ucapannya dan amalannya, maka Allah menjadikannya sebagai penguat dan ganti di samping memberi peringatan kepada mereka semua. (Lihat Syarah Sahih Muslim, 15/20)



Kesimpulan

Bagi seseorang yang bermimpi yang baik maka perkara yang pertama dia memohon kepada Allah dan jika sekiranya tidak baik maka hendaklah dia memohon perlindungan daripada Allah SWT.

Kami menutup dengan berdoa kepada Allah SWT:

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฃูŽุฑูู†ูŽุง ุงู„ู’ุญูŽู‚ู‘ูŽ ุญูŽู‚ู‘ู‹ุงุŒ ูˆูŽุงุฑู’ุฒูู‚ู’ู†ูŽุง ุงุชู‘ูุจูŽุงุนูŽู‡ูุŒ ูˆูŽุฃูŽุฑูู†ูŽุง ุงู„ู’ุจูŽุงุทูู„ูŽ ุจูŽุงุทูู„ู‹ุงุŒ ูˆูŽุงุฑู’ุฒูู‚ู’ู†ูŽุง ุงุฌู’ุชู†ูุงูŽุจูŽู‡ูุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุฌู’ุนูŽู„ู’ู‡ู ู…ูู„ู’ุชูŽุจูุณู‹ุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู†ูŽุง ููŽู†ูŽุถูู„ู‘ูŽุŒ ูˆูŽุงุฌู’ุนูŽู„ู’ู†ูŽุง ู„ูู„ู’ู…ูุชู‘ูŽู‚ููŠู†ูŽ ุฅูู…ูŽุงู…ู‹ุง

Maksudnya: โ€œYa Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami bagi orang yang bertaqwa sebagai pemimpin.โ€

Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan setiap titah perintah-Nya. Amin.
 
Back
Top
Log in Register