demuara
Fun Poster
- Messages
- 356
- Joined
- May 31, 2009
- Messages
- 356
- Reaction score
- 35
- Points
- 20
Pendekatan agresif hapus Taliban: Hillary
LAHORE: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton, berkata Pakistan tidak mempunyai banyak pilihan dan perlu mengambil pendekatan lebih agresif bagi memerangi Taliban dan kumpulan ekstremis lain yang mengancam kestabilan negara berkenaan.
Dalam perjumpaan dengan pelajar di Kolej Kerajaan Lahore, Hillary berkata, sebarang langkah menunjukkan kerajaan tidak bertindak akan hanya bererti mereka mengaku kalah kepada pengganas.
"Jika anda ingin lihat wilayah ini mengecil, itu adalah pilihan anda," katanya, dan menambah bahawa ia adalah pilihan tidak tepat. Hillary menemui pelajar berkenaan pada hari kedua dalam rangka lawatan tiga harinya ke Pakistan.
Sejurus selepas beliau tiba kelmarin, sebutir bom kereta meletup di sebuah pasar yang sesak dengan wanita dan kanak-kanak di Peshawar, mengakibatkan 105 terkorban.
Lawatan Hillary dianjurkan bagi membolehkan beliau mendapat pendedahan awal bagi membaiki imej Amerika di negara berkenaan dengan ramai membenci dan tidak percaya pada Amerika Syarikat.
Dalam usahanya memulihkan dasar AS pada masa lampau terhadap Pakistan, Hillary memberitahu pelajar bahawa 'ada perbezaan besar' antara pentadbiran Obama dan bekas Presiden, George W Bush. � AP
Sumber: Berita Harian 29/10/09