BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hilang ingatan

rijal2009

Marked as Scammer, (until issue resolved)
Messages
9,169
Joined
Jul 8, 2009
Messages
9,169
Reaction score
286
Points
81
2010/06/10

KUALA TERENGGANU: “Hati bapa mana tidak sedih melihat anak perempuan hilang ingatan dan berkelakuan ganjil walaupun pelbagai usaha serta banyak wang dihabiskan untuk mengubati penyakitnya tetapi sehingga kini masih buntu.
“Lebih menyedihkan apabila pihak sepatutnya bertanggungjawab, langsung tidak bertanya khabar jauh sekali menjenguk, jika diikutkan hati hendak saja saya memarahi mereka,” kata Wan Othman Muda, 64, bapa kepada Wan Zharifah, 18, yang didakwa hilang ingatan serta berkelakuan ganjil selepas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan.


Menurut pesara kerajaan dari Kampung Laut, dekat sini, sebelum ini anak keempat daripada lima adik beradik itu seorang ceria dan tidak pernah meninggalkan sembahyang, namun selepas mengikuti latihan selama lima minggu di Batu Jong, dia tiba-tiba berubah menjadi pendiam serta berkelakuan ganjil.


Katanya, anaknya juga seolah-olah hilang ingatan apabila tidak mengingati sebarang bacaan ayat al-Quran termasuk mengucap syahadah sehingga memaksa ahli keluarga mengajarnya semula.


“Pelik melihat kelakuan ganjilnya itu, apa tidaknya, tabiatnya yang gemar menadah air kencingnya sendiri serta melumurkan air liur di muka membuktikan ada yang tidak kena dengan dia. Apabila ditegah menadah air kencingnya, dia akan memberi alasan untuk mengubati penyakitnya.


“Tidak cukup berkelakuan pelik seperti itu, Wan Zharifah juga suka duduk bersila seperti patung selama berjam-jam jika ia tidak ditegah dan kebiasaannya kelakuan pelik itu dilakukannya sebaik saja azan Asar berkumandang,” katanya ketika ditemui, semalam.


Wan Othman berkata, lebih membimbangkan apabila anaknya itu tidak lalu makan sehingga dipaksa selain gagal mengurus diri sendiri seperti biasa dan jika ditanya kenapa berkelakuan begitu, dia hanya mendiamkan diri.


“Sudah buntu memikirkan kaedah terbaik untuk merawatnya, tetapi sehingga kini masih gagal. Paling menyedihkan apabila PLKN yang sebelum itu berjanji bertanggungjawab atas kejadian menimpa pelatihnya langsung tidak bertanya khabar.


“Bayangkan, ketika anak menyedari dirinya sakit, dia sendiri yang menghubungi saya dan meminta mengambilnya di kem sebelum diberi cuti seminggu. Saya yang uzur dan mengalami masalah penglihatan terpaksa meminta bantuan saudara mengambilnya di sana,” katanya.


Sementara itu, isterinya, Fatimah Mamat, 49, berkata sudah 25 hari anaknya berkelakuan begitu walaupun pelbagai kaedah perubatan tradisional digunakan merawatnya dan lebih membingungkan dirinya pemeriksaan doktor mendapati anaknya tidak mengalami penyakit.


“Risau melihat keadaannya itu, lebih-lebih lagi tanda akan sembuh masih belum kelihatan sebaliknya bertambah teruk dan saya kini tertanya-tanya apa peranan PLKN dalam menangani kes sebegini.

“Apabila anak saya tidak mendaftarkan diri di kem ditetapkan mereka akan bertindak menyaman kami kerana gagal mengikuti PLKN, tetapi apabila musibah berlaku, pihak berwajib bersikap lepas tangan,” katanya.
 
kesian pulak....

mmg adalah tu yg xkena....
 
aik? kene apa tu? terus mental tiba2
 
ish..kena buatan orang ka? mmm...pelik2~
 
memang ramai budak2 yg kena gangguan kat PLKN....
 
kesian nye. mcm "tersampok" je...tp bapak kate pelbagai usaha dah buat. takkan ustaz2 tak leh tau kot...erm. pelik.
 
mcm kene buatan org nie... cian... ermmm...
 
kesian nye. mcm "tersampok" je...tp bapak kate pelbagai usaha dah buat. takkan ustaz2 tak leh tau kot...erm. pelik.

he he he....kena klik siggy aku tu, belajar cara atasi gangguan...sekarang ni ramai ustaz palsu, tu yg tak menjadi tu...
 
uhw!! try lah jumpa Tuan Guru Harun Din ke?InsyaAllah Bleh baik tu..
 
Back
Top
Log in Register