BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Hikayat Kampung Mala Merong

thump_up

Fun Poster
Messages
662
Joined
Jun 23, 2011
Messages
662
Reaction score
53
Points
20
Hikayat Kampung Mala Merong

Pada suatu masa dahulu, ada sebuah kampung yang sangat kaya dan cantik bernama Kampung Mala Merong. Di dalam nya tinggal pelbagai suku kaum, yang tidak pernah hidup aman damai. Mereka sentiasa berkelahi disebabkan pelbagai perkara, seperti hak pemilikan tanah, perkongsian harta, sehingga ke isu ágama sekalipun. Di kampung ini tinggal seorang ketua kampung yang bertanggungjawab menjaga keamanan kampung, yang mana suatu ketika dahulu pernah ditadbir oleh ayahnya juga seorang ketua kampung. Alkisahnya ketua kampung ini bukanlah seorang yang bijaksana adanya, kerana dari kecil sudah dibiasakan dengan hidup mewah oleh bapanya. Maka oleh itu ketua kampung ini tidak mengetahui apa- apa tentang urusan pentadbiran kampungnya yang sangat kaya itu. Apa yang beliau tahu hanyalah meminta nasihat tentang urusan pentadbiran kampungnya dari orang- orang terdekat yang dipercayai iaitu kaum keluarga dan sahabat handai terdekat yang terdiri dari pelbagai suku dari kampung tersebut. Ketua kampung, kaum keluarga dan sahabat terdekatnya sedari dahulu sudah biasa menjadikan hasil bumi kampung tersebut yang bukan miliknya, sebagai sumber kemewahan mereka. Hasil bumi ini merupakan milik seluruh penduduk kampung yang sepatutnya dikongsi bersama namun mereka menggunakan untuk kemewahan mereka sendiri.

Pada suatu hari ketua kampung menyedari bahawa semakin ramai tidak berpuas hati terhadap amanah mentadbir kampung yang dijalankan olehnya dan juga para sahabat juga keluarga terdekatnya. Beliau mendapati masalah ini semakin hari semakin parah. Disebabkan itu ketua kampung ini memanggil para keluarga dan sahabat handainya untuk membincangkan perkara ini. Setelah membuat satu perbincangan dan penelitian yang betul- betul mendalam, mereka membuat keputusan untuk bekerjasama dengan sebuah kampung jiran bernama Kampung Buah Salak. Maka ketua kampung Mala Merong pun mengundang ketua Kampung Buah Salak untuk mengadakan rundingan.

K. K. mala merong: Adanya hamba mengundang tuan hamba di sini untuk mengadakan satu rundingan yang bakal menguntungkan tuan hamba. Tuan hamba berminat untuk mendengar?

K. K. buah salak: Ya sudah tentu!

K. K. mala merong: hamba mahu tuan hamba dan orang- orang tuan hamba untuk menyerang kawasan kampung kami di bahagian barat. hamba kira akan ada penduduk kampung hamba akan terkorban tetapi itu adalah korban yang harus dibuat untuk mengekalkan kedudukan hamba di kampung ini. Tuan hamba harus berhenti sekiranya penduduk terkorban sudah mencapai 15 orang dan pada masa itu tuan hamba akan berpura- pura sudah kalah dn berundur dari kampung hamba. Habuannya hamba akan mengurniakan tuan hamba sebahagian dari tanah di bahagian selatan kampung hamba. Setuju?

K. K. buah salak: Sungguh menarik sekali tawaran tuan hamba… Sudah tentu hamba berminat!

Maka dengan itu, ketua kampong Mala merong tetaplah menjadi ketua kampung untuk selama- lamanya…..

p/s: sorilah cerita nix best pun. Hamba mintak hampun kalau ade yang terboring... :D
 
TT maksudkan lahad datu ke???

kalo 15 orang. kalo tergadai semua org camne?
 
Back
Top
Log in Register