BTC USD 83,490.8 Gold USD 4,121.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Not Paying HIGHWAY GROUP RESOURCES (HGR) - highwaygroup2u.com

sekarang ni AHB plak....Asia apa ntah..member aku duk pujuk labur...duk saje, xyah beli jual barang... cari org jer....klu kena cari org, mende pulak duk sajenyer...
 
aku cari dalam senarai penerima anugerah takde pun nama si zawawi ni :-?:-?:-?

Ac Mizal ade lak nama dia dalam senarai penerima anugerah.

Takde ke gambar masa terima anugerah tu, takkan gambar kat dinding jer kot :p:p:p

sultan perka la..tgk ler pd selempang tu..
 
Info mengenai Skim Highway Group Resources

highway1-30gkaxqlbljpaomu8k5one.jpg


Saya memang mendapat banyak pertanyaan skim baru yang sedang hot di media sosial sekarang ini. Nak cepat kaya guna Highway Group Resources, barulah lah cepat kaya. Kata mereka lah. Malah saya juga menerima WhatsApp yang mengajak saya join mereka kononnya ia adalah skim paling best di alam semesta.

Medan utama promosinya FB, Whatsapp, Wechat.

Dengan ROI 214% dalam masa 4 bulan. Join RM350 lepas 4 bulan dapat RM800, nak teruskan Total dapat RM10,600. Gile untung!

Tapi semua ni jerat je..

Skim sebegini orang awal join untung la. Tapi masalahnya, duit yang dapat tu reinvest balik kononnya nak lebih kaya. Last kayap terus. Duit lebur entah kemana… Sebab saya tidak melihat Highway Group ini mempunyai produk apa apa. Ada yang cakap syarikat depa ni buat main property, developer, forex dan sebagainya.. Tapi takde bukti apa apa pun.. Setakat cakap, siapa pun boleh bah..

highway1.jpg


Mereka juga mendakwa mereka adalah Koperasi. Tapi hasil semakan di SKM, tidak wujud pun koperasi HGR dalam rekod Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Boleh tengok gambar kat atas tu, saya tak edit nama orang yang spam ke Inbox saya. Kalau nak terjun dalam perigi HGR ni, silakan. No.contact ada kat brosur ni..hehehehe

BTW, ofis saya dalam 800 meter je daripada pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Nanti kalau diorang cakap dah tubuh koperasi, boleh saya pergi semak kat SKM. Dekat website SKM pun ada senarai koperasi yang berdaftar dengan SKM. Download Senarai Koperasi kat Sini

highway.jpg


highway2.jpg


highway4.jpg


Cara bagaimana mereka beroperasi ni mudah je. “Simpan” RM350 kat HGR, setiap bulan dapat “pencen” RM100 selama 11 bulan. Kalau nak stop pada bulan ke 4, dapat RM800. Disini diorang nak test, setia ke tak.. Boleh makan ke tak… Kebanyakannya komfirm la tak stop bulan ke 4 dan teruskan sampai bulan ke 9 dan ke 11. Manusia kan memang tamak. Siapa tak nak duit kan? Lagi dengan keadaan ekonomi sekarang yang lembab semacam ni. Lagi la galak skim cepat kaya tumbuh.

Analisis Laman Web

Laman web utama diorang saya tak pasti sebab search kat google takde. Yang ada banyak untuk geng rekrut orang je. Jadi saya assume http://highwaygroup2u.com/ ini adalah laman web utama mereka. Ia dibangunkan dengan WordPress. Dan ia laman web terbengkalai. Saya tak pasti bagaimana mereka simpan rekod dan duit ahli. Bawah bantal kot.. 😛

Sebab diorang cakap ada e-wallet. Jadi kena la ada website untuk ahli login dan uruskan e-wallet diorang.

Hasil semakan Whois, ia didaftarkan pada 3 April 2015 dan akan tamat 3 April 2016. Memang nak hit and run betul kalau macam ni. Sampai target cabut terus. Agak pandai juga sebab protect privacy jadi tak tahu siapa disebalik laman web ni.

whois_highway.png


Skim Meragukan dan Bakal Terkubur

Saya orang IT, biasanya laman web adalah antara perkara yang akan saya semak. Jika laman web tak siap, kenapa orang boleh percaya. Antara sebabnya:

1. Laman web tu tak siap, agak tak logik dan ***** jika ada duit berjuta tapi tak mampu nak bangunkan laman web dan sistem yang proper. Tang mana e-wallet ya? Itupun orang boleh percaya kat Highway Group Resources (HGR).

2. Takkan rekod simpan dalam buku kot. Pendaftaran secara manual oleh kaki-kaki yang dilantik. Ia disahkan lagi dengan iklan diorang kat http://www.majalah.com/?classified:...untungan-berganda-untuk-kita-semua:FV5DPDLSS5 . “Leader” akan ambil cash dari HQ dan bank in ke akaun peserta. Fuh..Gilo ni. Kalau “leader” tu cabut lari bawa duit, hangpa nganga la kat tepi highway. Fragile gile ni. Itu belum lagi “syarikat” cabut lari…hahaha

3. Jika yang join ini berfikir betul-betul, mereka boleh bezakan antara batu dan permata. Dengan tiada core business yang jelas. Ramai percaya mereka buat property. Property tak naik harga sampai lebih 200 peratus setahun yang boleh bayar BONOS BOSAU macam tu.

4. Ia secara jelas buat skim piramid, bayar orang atas dulu. Lepas tu galak “reinvest” agar boleh sapu semua nanti. Itulah skim cepat kaya yang terkubur sebelum ni buat.

5. Serius. Skim Highway Group Resouces ni sebijik macam Skim Pak Man Telo dulu. Simpan duit orang masuk kat bawah bantal. Semua manual agar Bank Negara tak boleh detect. Itu zaman dulu. Ini zaman moden la. Depan komputer, semua maklumat diorang boleh dapat la.

6. Nak collect duit daripada orang awam kena dapat kebenaran daripada BNM. Ini sah takde ni. Buka syarikat bulan 2, terus collect duit orang awam atas nama “simpanan” kemudian tawarkan pulangan pulak.

Nasihat saya… Tak payah join la. Tak lama lagi terkubur la tu. Bukan nak PHD tengok Melayu kaya, tapi tak nak tengok Melayu kena makan Melayu. Dah banyak skim cepat kaya sebelum ni terkubur sebelum ni. Pakai sistem lagi canggih daripada HGR ni.

Tak perlu belajar tinggi pun kalau nak tahu. Guna je akal yang waras menilai macam mana benda ni berjalan.

Ni guna sistem ala kutu macam ni, lagi tak boleh percaya langsung walaupun ada agreement letter yang dimatikan setem sekalipun.

Ya. Setiap bisnes ada risiko. Tapi kalau dah tahu, lobang besau kat tengah highway tu kenapa pergi terjun jugak? Itu kerja ##### namanya!

p/s: Kebetulan betul nama Highway Group Resources ini sama dengan syarikat money laundring kat US yang kena sumbat lokap kat US cuma namanya Highway Group Inc. Ke diorang adik beradik, ambil inspirasi..hehehe

p/p/s: Yang nak join tu, fikir betul-betul. Buat istiharah dulu. Tak salah nak jadi kaya, tapi cari jalan yang betul yang halal dan tidak meniayai orang lain. Yang masuk awal jadi leader syok, yang masuk last balik awal. Mohon berhati-hati dalam membuat keputusan.

abs.jpg


Sumber
 
Mampoos keras dah TT wei..

Tuan Tanah tread hgr Kat cg ni pon dah malu n melarikan diri..

Sblm ni teringat yslm..

Vudus betul melaYu yang layu Skang nih..
 
tiap tahun adr jer menda mcm nie... yg berani mati slalu yg masuk awal, sbb masuk awal dpt pulangan awal sblm berkubur, siap untung lagi... yg masuk last jadi lauk laaa.... yg leader carik ahli nie semua bukan nya x tau menda nie akan berkubur, saja nak makan beso sblm semuanya berakhir... bila downline serbu mula la ayat "aku pun terkena jugak..lagi beso aku invest kot"... padahal kutu dah sapu bersih dah....yg tamak nak untung, yg x pikir musibah, yg pandai tapi kena racun adalah yg jadi lauk slm sistem mcm nie....
 
Back
Top
Log in Register