nasihat saya, mana2 yg pakat nak join tu, sila ubah fikiran la... pakej @ pelan dia sentiasa berubah2...x sperti yg dijanjikan... saya dah join highway group sejak bulan oktober tahun lepas... bermodalkan rm3500, saya nekad join... bulan 11, saya dapat rm1000...bulan 12 dapat lagi rm1000... bulan 1 tahun ni pun dapat rm1000...pada bulan ke empat iaitu bulan ni, saya tak terima langsung duit rm8000 yg highwaygroup janjikan...malah saya dan group saya semua tak dapat duit pada 10haribulan(semalam) pengurus kumpulan cakap dia tak terima dana dari pusat @ center, kami semua berputih mata... bila kami push pengurus kumpulan kami, dia cakap belit2...saya dah syak, highway group ni bermasalah...ye lah... duit bonus tajaan saya dekat rm4000 dari bulan 11 sampai skrg tak dibayar...lepas tu demgar desas desus dato zawawi ni letak jawatan...atas masalah kesihatan, tup2 tukar pulak nama dari highway group ke UNIONCAPITAL pulak...skg ni dorg cakap mcm nak berpecah... ada komunity besar spt BOGMONEY & ALL STARS dah buat haluan sendiri... mula2 cakap masuk tak payah cari orang...duduk diam goyang kaki...skg ni lain pulak... setiap ahli kena bantu cari ahli baru sekurang2nya 2 org pakej yg sama... kalau tak, tak dapat pun bonus pencapaian... ni la bisnes melayu... bila tumbuh mcm cendawan... tapi hidup hangat2 tahi ayam... smoga cerita saya ni jadi iktibar... tolong kabarkan pada yg lain...