BTC USD 84,487.4 Gold USD 4,134.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Not Paying HIGHWAY GROUP RESOURCES (HGR) - highwaygroup2u.com

Kau tahu tak apa makna HYIP?
Kau datang menjenguk thread HYIP utk ape?
Kau tahu tak risiko join skim HYIP?

Para pembaca yang budiman.
Jawab pada diri sendiri 2 soklan diatas sebelum korang komen ntah apa2.
Sebab nampak bo.doh sangat kalau melalak tak bertempat.

Kalau aku melanggar peraturan di CG, sudah tentu dah lama thread aku akan ditutup. Kenapa rasanya ia tidak ditutup oleh Admin CG?
Korang boleh fikirkan.. atau korang buat-buat bo.doh???
 
Kepada yang melalak pagi tadi pasal Highway dah nak tutup.. mana korang??
Komen lah kenapa Highway tak tutup lagi?
Huh.. bukan main lagi dia datang pagi tadi.. popcorn la.. seat depan la.. hape la..

Kalau Highway tutup ko dapat ape? takde faedah kan..
Kalau Highway terus berjalan ko dapat ape? takde faedah kan..

Either way.. you are still a fuc.king f.ool

Ok enough said.. Aku dah malas nak komen ganas-ganas sangat.. mmg aku tak suka.
Tapi kalau manusia ni be.bal sangat.. nak kena peringat.
 
===== HIGHWAY MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN BULANAN ANDA =====

Assalamualaikum semua warga CariGold :)cgrock

10 tahun yang lalu aku giler duk bermain HYIP dari overseas melalui online. Semuanya penipu.. semuanya makan duit aku.. semuanya maya. Beribu ringgit telah aku habiskan. Semua bayaran dalam US dollar.

Selepas pada itu aku dah serik nak main HYIP lagi.. Mungkin masa tu ilmu aku cetek.

Ntah macam mana pada Dec-2015 yang lepas, aku berjumpa dengan salah seorang kawan baik (suatu masa dulu) yang jarang-jarang aku jumpa.

Dia memperkenalkan satu business pelan "pelaburan" yang diasaskan oleh seorang guru bersara dari Kelantan yang kini bergelar Dato Seri Zawawi Yas.

Program itu dibawa oleh kumpulan komuniti bernama HIGHWAY GROUP.

Aku telah pergi mendengar beberapa talk oleh leader2 dan memahami konsep Highway ini.

Aku yakin dgn konsep Highway dan terus membeli 2 pakej Amber dan 1 pakej Diamond.

Apa yang meyakinkan aku untuk join Highway?

Sila baca betul-betul point dibawah ni, dan fikirkan dgn hati terbuka;

1/ risiko pulang modal sepenuhnya hanya menunggu masa selama 4 bulan

2/ setiap bulan ahli akan dibayar gaji bulanan mengikut nilai pakej masing2. Setakat 1 tahun Highway beroperasi, belum pernah gagal membayar wang saraan (gaji) bulanan kepada setiap ahli yang sekarang telah mencecah lebih 260,000 orang.

3/ Saraan bulanan akan terus mula dibayar bermula dari bulan pertama lagi selepas genap sebulan kita membeli pakej yang ditawarkan. Jadi sepanjang bulan berlalu untuk sampai kepada bulan ke-4, risiko untuk pulang modal akan berkurangan. Jadi jika katakan Highway tutup pada bulan ke-3 (harap2nya tak la), risiko balik modal telah berkurangan kepada hampir 30% setiap bulan. Menarik bukan?? Risiko berkurangan pada setiap bulan.

4/ Pada bulan ke-4 kita akan dibayar bonus yang akan melangsaikan modal kita dan yang lebih menarik lagi ia digandakan dengan keuntungan bersih 2 kali ganda... wow !!! Dah la balik modal pada bulan ke-4, tapi dapat keuntungan berganda lagi. Memang power la Highway ni.

Ingin dinyatakan disini, Highway tidak melakukan apa2 pelaburan atau perniagaan dgn modal tetapi dgn menggunakan konsep tolong menolong dari ahli baru dan ahli lama (rolling the money), komuniti Highway telah dapat membantu ramai ahli2 menambah pendapat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu masa kini. Tambahan lagi pada tahun ini 2016, kehidupan kita akan lebih tersepit dgn kenaikkan berbagai harga barang dan kos sara hidup.

Okay.. enough said.. mari kita tengok pakej yang ditawarkan oleh Highway. Lihat paparan dibawah ini;

Charta_4_bulan.jpg

Yang lagi meyakinkan tentang Highway ialah, ia akan membuat bayaran saraan bulanan pada setiap 3 peringkat iaitu 10hb, 20hb dan 30hb.

Jadi takde lah kita terpaksa menunggu hingga betul2 sebulan untuk mendengar berita gembira oleh ahli2 Highway.

So macam mana? mahu join saya untuk menambahkan pendapatan bulanan anda?

Masuk lah dengan pakej yang sekadar termampu. Kalau nak test power, cuba dulu pakej $350. Itu pon boleh dapat $100 setiap bulan dan pada bulan ke-4 akan menerima bonus sebanyak $800. Jadi total terkumpul duit yang akan kita dapat apabila sampai pada bulan ke-4 ialah $100 + $100 + $100 + $800 = $1,100 (yang hanya bermodalkan $350).

Fikir-fikirkan lah wahai sahabat CariGold disini.. offer mmg tersangat menarik dan setakat research saya diinternet setakat ini dan berbual dgn rakan2 yg telah join highway, semuanya happy.

Kalau ada apa2 pertanyaan, boleh tanya saya disini.

Duit bulanan masuk direct kedalam bank acct kita tau... tepat pada tarikh yang dijanjikan (kekadang tu awal sehari dua pulak tuh).. hebat :)paid

boleh jelaskan bahagian yang dihitamkan tersebut?
 
Bagi yang boleh berfikir dengan MATANG... aku SALUTE!!
 
Ingin dinyatakan disini, Highway tidak melakukan apa2 pelaburan atau perniagaan dgn modal tetapi dgn menggunakan konsep tolong menolong dari ahli baru dan ahli lama (rolling the money), komuniti Highway telah dapat membantu ramai ahli2 menambah pendapat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu masa kini. Tambahan lagi pada tahun ini 2016, kehidupan kita akan lebih tersepit dgn kenaikkan berbagai harga barang dan kos sara hidup.

cuma bahagian yang bergaris itu aku kurang faham sedikit, mungkin empunya thread boleh jelaskan.
 
Kepada yang melalak pagi tadi pasal Highway dah nak tutup.. mana korang??
Komen lah kenapa Highway tak tutup lagi?
Huh.. bukan main lagi dia datang pagi tadi.. popcorn la.. seat depan la.. hape la..

Kalau Highway tutup ko dapat ape? takde faedah kan..
Kalau Highway terus berjalan ko dapat ape? takde faedah kan..

Either way.. you are still a fuc.king f.ool

Ok enough said.. Aku dah malas nak komen ganas-ganas sangat.. mmg aku tak suka.
Tapi kalau manusia ni be.bal sangat.. nak kena peringat.

Highway tak tutup lagi pasal pengurus or kepala-kepala sedang bersidang macam mana nak dapatkan balik sekurang kurangnya duit modal biarpun tak ada untung macam di janjikan.

CEO dah dah berhari hari tak keluar rumah.. pengurus yang collect duit dah start pening.. nak declare tutup time ni..? awal lagi.. sekarang process "fight for your right"

memang macam ni process perjalanan skim2 macam ni.. dia tak akan tutup on the spot.. ada tempoh chaos & panik sebelum pelan2 lenyap..
 
Aku tahu dan aku tidak mempertahankan Highway akan hidup selamanya.
Highway is HYIP type.. semua orang faham HYIP... kenapa tanya soalan yg sama dan memberi pendapat yg sama berulang2?
 
Aku tahu dan aku tidak mempertahankan Highway akan hidup selamanya.
Highway is HYIP type.. semua orang faham HYIP... kenapa tanya soalan yg sama dan memberi pendapat yg sama berulang2?

sama macam ko sedang buat.. bantu membantu.. ingat mengingati
 
Back
Top
Log in Register