BTC USD 84,095.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Not Paying HIGHWAY GROUP RESOURCES (HGR) - highwaygroup2u.com

JERTIH: Lebih 1,000 pelabur dari daerah Besut yang menyertai skim cepat kaya dengan sebuah syarikat pelaburan berputih mata untuk mendapatkan hasil pelaburan bernilai jutaan ringgit, selepas pengurusan syarikat terbabit menghilangkan diri.

Ketua Polis daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, berkata syarikat itu yang beroperasi di Tanah Merah, Kelantan, difahamkan sudah menutup operasinya selepas aktiviti pengambilan deposit haram daripada orang ramai dikesan pihak berkuasa.

Beliau berkata, seorang daripada mangsa iaitu lelaki berusia 52 tahun dari Kampung Renik, dekat sini, membuat laporan di Balai Polis Jertih di sini, hari ini. Katanya, mangsa mendakwa mula menyertai skim itu selepas diajak oleh rakan yang sudah lama menyertai skim itu dan membuktikan pelabur mendapat keuntungan yang tinggi.

"Menurut mangsa, pada Jun 2015 beliau dilantik oleh pengasas syarikat berkenaan sebagai pengurus kumpulan bagi daerah Besut.

"Dalam tempoh singkat selepas dilantik pengurus daerah, beliau berjaya mengutip RM245,000 bersamaan 700 lot yang bernilai RM350 bagi setiap lot daripada orang ramai sekitar daerah itu.

"Selain itu, mangsa turut mendapat upah RM5,000 sebulan sebagai jawatan pengurus cawangan syarikat terbabit," katanya.

Khaled berkata, lelaki terbabit mendakwa sudah menyerahkan sejumlah wang tunai iaitu hasil kutipan daripada pelabur di daerah ini kepada konsultan syarikat berkenaan pada Jun 2015 hingga Februari lalu.

"Mangsa mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Jertih hari ini kerana bimbang keselamatannya selepas pengasas syarikat terbabit menutup operasi dan menghilangkan diri," katanya.-BH

Lagi info Highway Group Resources (HGR) Scam

 
group wasup family aku merebak la dulu.., nasib baikk sempat ckp slow2 luar group dri lgi ramai masuk.., org yg ttengah gile masuk mlm jangan ditegur,xkn mkn nasihat punya, nasihat paling berrguna adalah pengalam.kena scam nnti ciaa cia ciaa
 
zabidi-bersama-laporan-polis-hgr-scam-hgr-penipu.jpg


GUA MUSANG – Sepasang suami isteri di Felda Perasu kerugian hampir RM50,000 selepas membuat pelaburan dipercayai skim cepat kaya, sejak Oktober tahun lalu.

Pasangan itu menyedari ditipu setelah pergi ke rumah wanita yang dikatakan menjalankan aktiviti pengambilan deposit didakwa secara haram di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, pagi semalam.

Zabidi Mohd Noor, 68, berkata, dia bersama isteri terpaksa pergi ke rumah wanita terbabit yang tidak menunaikan janji untuk membuat bayaran bonus.

Dakwa Zabidi, dia percaya bukan dia dan isteri sahaja terlibat dalam pelaburan itu, malah yakin ramai lagi turut serta yang mungkin jadi mangsa.

"Pada peringkat awal, kami beli 10 lot seorang dengan masing-masing melabur sebanyak RM3,500, sebelum menambah secara berperingkat. Selepas tiga bulan, kami dibayar bonus RM1,000 sebulan selama tiga bulan, sebelum kami mendapat pulangan penuh RM8,000 kerana pelaburan matang.

“Rasa yakin menyebabkan kami buat pelaburan berganda hasil semua keuntungan tersebut, tetapi mulai bulan ini, wanita terbabit enggan membayar bonus yang dijanjikan," katanya.

Menurut Zabidi, dia pergi ke rumah isteri kepada seorang peneroka RKT terbabit bagi meminta wang bonus yang dijanjikan, namun wanita terbabit mendakwa enggan membuat bayaran.

Katanya, sedangkan sebelum membuat pelaburan, wanita terbabit datang ke rumahnya setiap bulan termasuk bulan pertama untuk mengambil wang pelaburan, manakala bulan seterusnya (selama tiga bulan) membayar bonus keuntungan.

“Dia mencabar kami agar membuat laporan polis jika tidak puas hati hingga kami hilang keyakinan untuk mendapat balik wang pelaburan itu.

Lagi info, skim highway group resources penipu

“Kami dimaklumkan syarikat tersebut mempunyai rangkaian pelaburan di seluruh negara dan bagi Gua Musang,” katanya.

Susulan kejadian tersebut, Zabidi membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Gua Musang, kira-kira jam 1.50 petang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan menerima laporan berkenaan yang akan dirujuk kepada Bank Negara sebelum membuat siasatan lanjut.
 
Hehe..penah kena ngan tok belagak emas...serik dah aku..apa pun tak mau dah
 
Charta_4_bulan.jpg


apa yg aku tahu berkaitan hukum perniagaan dan pelaburan aku share skit. blh rujuk kpd yg lebih pakar mcm uzar, majlis fatwa dan sebagainya untuk pengesahan.

pertama kene tentukan apakkah jenis program yg higway ni buat. ia bknlah sejenis perniagaan sbb nyata skali xde produk. yg ada hanyalah janji profit return setiap bulan. apabila pihak syarikat mengumpul deposit dan menerima duit hanya berdasarkan janji2 pulangan keuntungan yg fix..kita dapati byk hukum yg dilarang dlm muamalat.

pertama syarikat higway dpt duit dgn menjual janji pulangan kpd pelanggan mereka tanpa sebarang bentuk perniagaan. hanya rolling duit sesama ahli, ia bkn saja haram disisi undang2 (akta bafia-x loundring money,mengumpul deposit haram) malah haram juga disisi agama islam.menjual janji semata2 tanpa produk adalah haram didalam muamalat islam.

yg kedua, jika higway ni buat pelaburan, ia juga tidak jelas sbb higway xpernah declair biz ape yg diorg buat. so hukumnya adalah syubhah dan sgt dekat dgn haram. tetapi ia jd totally haram apabila higway bagi pulangan fix return yg telah pihak syarikat tentukan dlm jadual. fix return adalah haram di dalam muamalat islam.

ketiga, unsur penindasan. sgt jelas haramnye. penindasan apabila sampai 1 tahap diserbu oleh pihak berkuasa, semua ahli yg terkemudia akan mengalami kerugian. semua sedia maklum syarikat higway xde kelulusan pihak berkuasa utk kutip deposit org ramai.so tunggu masa je tu.bnm tunggu dah byk2 baru dia frezee atau serbu.jika pun bnm xserbu, ia akan sampai tahap ketepuan. fikirlah sendiri dgn matematik mudah. penyertaan deposit 1 juta terkumpul perlukan 3juta++ utk cover,kemudia perlukan penyertaan yg lebih besar dan besar. lastly mesti tepu dan yg terkemudian tu akan tertindas. masa tu jgn ckp redha sbb xtahu pun bila keadaan tu berlaku. mungkin sekarang atau 2-3 minggu etc.

ke empat, tipu daya. katalah xde org lagi nak join bende ni, so mmg lah syarikat xkan dpt bayar janji2 mereka tu. syarikat ni tidak dilindungi pidm mcm bank2 yg dpt lesen pengumpulan deposit org ramai. jgn tipu diri sendiri dan ajak org lain terjun gaung. tipu daya sebigini xde sape yg boleh kata halal.

and the list go on and on an on and on...penat nak taip

Masya Allah bro aca176. Terima kasih atas ulasan ikhlas bro tu.
Saya boleh terima hujah-hujah tu dgn hati terbuka.

Oklah bro.. terbuka hati saya utk berhenti disini saja dalam thread ini.

Semoga Allah melindungi kita semua dari terpesong dan ter-alpa dari ajaran Islam yang sebenar. Amiin..

ini cdgn aku.. jgn sesekali promote program mcm ni. bro dah join? ok fine.. berkaitan hukum, aku andaikan bro xtau pasal hukum sblm join, dan nabi ade sebut bila keadaan begitu berlaku, hak kamu adalah pokok(modal) saje. selebihnya jika bro dpt nnti terpulanglah nak sedekah ke ape ke. tp tlg jgn promoe pd org lain sbb kita semua tahu kesudahannya nnti mcmana.

kita andaikan program mcm ni ibarat dadah, ianya dadah yg xboleh dikawal,memudahratkan diri dan khalayak.. so jgn sesekali terlibat. jika dah terlibat,masih xterlambat utk cari jln keluar. adapun dadah yg blh dikawal itu mcm panadol dan sebagainya itu blh la diambil jika keadaan memaksa, itu pun atas nasihat doktor. dadah yg boleh dikawal ni kita ibaratkan mcm program2 dan skim dari bank bank dan badan2 berkanun yg dijamin dan dikawal selia oleh kerajaan.

tak perlu jadi pakar ekonomi utk agak apa yg akan berlaku pd program mcm ni. ia berdiri sbb ada demand,ade yg support. bahkan ramai pulak yg promote, maka selagi itulah ia akan merosak dan merosak. skrg kita xnampak sbb ia masih paid, sampai masa domino efek berlaku, masa tu nyesal pun dah xguna. jdlah insan yg bertanggungjawab kpd diri dan masyarakat.

kalau lah betul syarikat higway ni nak buat bank la,koperasi bagai tu, depa patut buat dulu,establish dulu sblm buat skim2... bukan langgar undang2 dulu baru plan nak jadi bank, baru nak buat koperasi bagai. itu diluar fitrah.. ini yg org kata menyemai tebu ditepi bibir.. lembut gusi dari lidah... ikut pengalaman lepas2, cuba cari program begini yg berjaya akhirnya tubuh bank? koperasi? non... xde... sbb ape? sbb illigal...mcm dulu program buluhmas la,empay la, bahkan sblm2 tu mcm skim pak man telo...depa bkn xbayar...tp akan sampai 1 tahap depa xkan mampu bayar disebabkan oleh undang2 dan ketepuan. ini hal basic yg kite semua maklum.

when comes janji bulan bintang, janji keuntungan dan pulangan yg xmasuk akal, maka kita dah dpt kesan bau ikan kat situ. dan org melayu terutama nya susah nak serik dan selalu terpukau dgn nikmat sementara yg depa tau akan sshkan diri sendiri dan org ramai kelak. jika tidak xkanlah bank2 dan sebagainya hanya boleh bg pulangan bawah 10% setahun? even FD pun berape % je... sbb depa dilindungi undang2, depa akan ssh kalau xdeliver janji sbb depa tertakluk dgn term n condition...maka masyarakat juga dilindungi. tapi tidak pd program2 sebegini...

pengasas dan pengelolanya tidak terikat...mungkin mereka dah awal2 berpakat dgn pihak berwajib, buat sindiket...deal supaya jgn serbu mereka selagi program tak archive jumlah target2 tertentu.. bila dah dapat, depa akan selamatkan jumlah yg ada dan create la ape2 alasan supaya nampak mcm depa di serbu dan sebagainya. bende tu semua blh buat...dgn syarat masing2 dpt bahagian..yg melopongnya nanti org2 yg join...

jika tidak,bkn ssh sgt nak sekat dan kesan aktiviti2 yg menyalahi undang2 dari awal tambahan skrg mudah sgt dpt maklumat dgn kewujudan internet...tp mmg sengaja ditunggu dan dikumpul ramai pelabur baru lah diserbu atas alasan undang2 dan sebagainya..ini semua dah jd mainan depa..so xyah hairan...adela sorang dua yg dikambing hitamkan nanti, itupun tah iye tah tidak ditangkap. so xyah la nk update ape2 pasal program mcm ni. kita ni kalau tak jadi bijak, nnati sng org pijak...jgn jadi alat kerakusan sesetengah manusia...baik kita miskin dari jadi kaya atas kesusahan org lain.

Bro aca176.. pencerahan yg tepat dan padat.
Alhamdulillah membuat saya berfikir kembali apa yg sudah berlaku.
Maafkan saya atas ketelanjuran mempromosi bende semacam ini hari ini.
Saya ambil nasihat bro dan setuju utk tidak meneruskan update.

Sekian dari saya utk thread ini.
Bagusnya warga CG yg saling nasihat menasihati.

Wassalam.

SEKARANG aku ada lebihan RM40,000

Apa bende lagi yang aku boleh cuba?

Jeng.. jeng.. jeng.. aku jumpa HIGHWAY !!

Bunyi dah cantek..mcm jalan raya highway.. mungkin yang ini ada jalannya..

Seperti yang kita bincang dlm post-post yg lepas

HIGHWAY = Skim PakMan telor

Siapa cepat dia dapat.

Duit hangus jgn nak melalak.

Skim yg guna duit ahli baru utk sara ahli lama.

TIADA perniagaan.

SEMATA-MATA Money Game.. Money laundering.. whatever you want to call it lah.

Bila Boss sampai target.. dia akan larikan duit kita semua.. sebelum target ahli dapat habuan... itu semua "anggapan" kita.. belajar dari yg dulu.. tapi aku tidak.. nak jugak jadi mangsa demi pengalaman.

Aku pon terjebak dgn HIGHWAY pada Dec-2014.
So kununnya duit dapat bulan2.. bulan 4 dapat bonus berganda!!
Giler untung berganda 3X ganda.. apa ko giler..?? mana ada company boleh bayar banyak macam tu..

Oleh sbb skim pakman telo yg dulu-dulu aku tak sempat join, so aku nak join yg ini. Mana tahu kalau-kalau boleh ikut sama menari.

Kalau Highway BUNGKUS awal.. aku pon balik awal lah..

Korang warga CGrian.. duk diam-diam.. perhati apa akan terjadi dgn skim Highway ni.

Ambil pengajaran bagi yg belum tahu. Biar aku jadi mangsanya.

Tunggu bersambung pada 20hb.. hari habuan pertama aku !!

kalau dengar nasihat aku kan bgs... skrg nyesal pun dah tak guna kan...RIP
 
duit kamu aku xkisah..tp cmana dgn duit2 org yg baru join selepas tertarik dgn promosi yg kamu buat tu? sapa nak ganti? lain kali bila org nasihat dgr dan timbangkan... kalau xnak jd nyamuk, jgn jadi lalat, cukuplah kamu menyusahkan diri kamu sendiri, jgn seksa hidup org lain dgn keboooodooohan kamu
 
Ada member office aku ni labor RM30000 join HGR..aku dah kata ni skim cepat kaya rolling duit ahli bawah bayor ke org atas...tak caya..

skang nih risau duit dah kena kapur..

tu lah! ajak join tone excel modal RM100 jer tak mau..katanya untung lambat.. skang ni berputih lah mata... aku tiap2 bulan dapat komisyen...

HAHAHAHAHAHAHHAHAHAAHHAAH!!!!
HAHAHAHAHAHAHHAHAHAAHHAAH!!!!
HAHAHAHAHAHAHHAHAHAAHHAAH!!!!
HAHAHAHAHAHAHHAHAHAAHHAAH!!!!
HAHAHAHAHAHAHHAHAHAAHHAAH!!!!
 
duit kamu aku xkisah..tp cmana dgn duit2 org yg baru join selepas tertarik dgn promosi yg kamu buat tu? sapa nak ganti? lain kali bila org nasihat dgr dan timbangkan... kalau xnak jd nyamuk, jgn jadi lalat, cukuplah kamu menyusahkan diri kamu sendiri, jgn seksa hidup org lain dgn keboooodooohan kamu


Dia bole merangkak keluar dari kubur, selepas mati dan selepas dikafankan bro..then dia akan bayar duit2 mangsa dia, pastu dia akan merangkakmasuk kubur balik
 
Back
Top
Log in Register