BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell High Efficient Hydroxy Generator

kumaran

Fun Poster
Messages
144
Joined
Sep 10, 2008
Messages
144
Reaction score
0
Points
10
Hi Semua Warga CariGold,

Selama hampir 3 tahun saya telah membuat kajian mengenai penggunaan gas Hydroxy (Hidrogen + Oksigen) untuk kereta. Pertengahan tahun kedua, saya telah peroleh formula yang paling berkesan untuk mengeluarkan 1 liter gas hydroxy dengan hanya gunakan 10A current. Kemudian kajian saya lebih tertumpu kepada penambah baikan quality produk. Akhir sekali penambah baikan ke atas penyelengaraan & keselamatan.

Walaupun produk ini telah dipasang ke dalam beberapa kereta sejak 9 bulan lalu tetapi keputusannya tidak mencapai tahap yang diharapkan (setakat 30% extra mileage gain). Tiada sebarang masalah setakat ini walaupun sudah 9 bulan mengunakannya. Cuma perlu tambah air setiap hujung minggu.

Akhirnya keputusan yang ditunggu-tunggu telah diperolehi. Pada 21/10/2008, hydrogen generator telah dipasang pada kereta Honda Civic, tahun 1994, Electronic Fuel Injection, Transmisi Manual 5 speed. Selepas tuning sensor kereta yang terpenting, keputusan yang terbaik telah diperolehi.

Baseline mileage (tanpa hydroxy generator): 10.65KM/L

Ujian 1 (22/10/2008)
====================
Jarak Perjalanan: 30.4KM
Kegunaan Petrol: 1.525L
Purata laju: 90KM/J
Keadaan perjalanan: Cuaca baik, Jalan Highway tiada traffic jam, hari siang

Purata Kegunaan Petrol: 19.93KM/L
Mileage tambahan: 87.14%
Jumlah penjimatan: 46.56%

Ujian 2 (22/10/2008)
====================
Jarak Perjalanan: 50.7KM
Kegunaan Petrol: 3.169L
Purata laju: 110KM/J
Keadaan perjalanan: Cuaca baik, Jalan Highway tiada traffic jam, hari siang

Purata Kegunaan Petrol: 16.0KM/L
Mileage tambahan: 50.24%
Jumlah penjimatan: 33.44%

Ujian 3 (22/10/2008)
====================
Jarak Perjalanan: 40.8KM
Kegunaan Petrol: 2.438L
Purata laju: ?
Keadaan perjalanan: Hujan renyai, jalan biasa, traffic jam, hari siang

Purata Kegunaan Petrol: 16.74KM/L
Mileage tambahan: 57.18%
Jumlah penjimatan: 36.38%

Ujian 4 (22/10/2008)
====================
Jarak Perjalanan: 40.8KM
Kegunaan Petrol: 2.438L
Purata laju: 90KM/J
Keadaan perjalanan: Hujan lebat, jalan biasa, traffic jam, hari malam

Purata Kegunaan Petrol: 11.69KM/L
Mileage tambahan: 9.77%
Jumlah penjimatan: 8.89%

Produk masih lagi dalam peringkat ujian atas jalan. Maklumat terkini akan diumumkan dalam thread ini dari masa ke semasa.
 
Ujian 5 (23/10/2008)
====================
Jarak Perjalanan: ? (Pemandu tak beri maklumat penuh)
Kegunaan Petrol: ? (Pemandu tak beri maklumat penuh)
Purata laju: ? (Pemandu tak beri maklumat penuh)
Keadaan perjalanan: Town drive sekitar Shah Alam, malam hari dengan tambahan dua orang penumpang.

Purata Kegunaan Petrol: 15.33KM/L
Mileage tambahan: 43.94%
Jumlah penjimatan: 30.53%

Masih lagi di antara 30% hingga 50% saving.
 
Ada sedikit update. Setelah compare beberapa O2 sensor signal, setakat ini ada tiga jenis O2 sensor yang beri signal berbeza2. EFIE voltage adder tidak boleh pakai untuk frequensi based O2 sensor dan sebaliknya. Kena tahu jenis signal O2 sensor dulu sebelum memasang EFIE yang betul untuk dapatkan saving.
 
Ujian 6 (25/10/2008)
====================
Jarak Perjalanan: ? (Pemandu tak beri maklumat penuh)
Kegunaan Petrol: ? (Pemandu tak beri maklumat penuh)
Purata laju: ? (Pemandu tak beri maklumat penuh)
Keadaan perjalanan: Banyak kali on/off engine.

Purata Kegunaan Petrol: 12.52KM/L
Mileage tambahan: 17.56%
Jumlah penjimatan: 14.94%

Ujian 7 (25/10/2008)
====================
Jarak Perjalanan: ? (Pemandu tak beri maklumat penuh)
Kegunaan Petrol: ? (Pemandu tak beri maklumat penuh)
Purata laju: normal
Keadaan perjalanan: Jalan kampung.

Purata Kegunaan Petrol: 15.80KM/L
Mileage tambahan: 48.36%
Jumlah penjimatan: 32.60%

Kesimpulan:
System ini masih memberi keputusan yang agak konsisten. So masalah ECU relearn back belum ada lagi. Akan buat pemantauan seterusnya.

Saya telah pasang hydroxy generator ke dalam kereta Kenari 1.0L, Auto Transmission, model 2006. Belum pasang EFIE lagi. Semasa idling, air keluar melalui exhaust hasil daripada pembakaran hydrogen & oksigen. Ini adalah petanda baik yang menunjukan jumlah gas yang diberi sudah mencukupi.
 
Selama tiga hari berturut-turut (25, 26, 27 October) setelah membuat setting yang agak effektif, tuan kereta Honda Civic telah menilai prestasi hydroxy generator dan jumlah penjimatan yang di perolehi secara purata dan membuat kesimpulan di bawah.

Hydroxy generator semasa sejuk menggunakan 8A untuk mengeluarkan 800mL gas dan selepas electrolyte panas sedikit, menggunakan 10A ke 11A maximum untuk mengeluarkan 1.0LPM hingga 1.2LPM. Purata Mileage tambahan 70% hingga 80% atau purata penjimatan antara 40% hingga 45% konsisten.

Dengan keputusan di atas maka ujian ke atas Honda Civic sudah pun tamat dan beralih ke kereta jenama lain. Saya siarkan keputusan dalam thread ini dari masa ke semasa.
 
TT..

produk ni dah komersial ker? or still in pilot run?

pop
 
TT..

produk ni dah komersial ker? or still in pilot run?

pop

Saya perlukan sedikit data lagi dari kereta jenama lain untuk sokong produk ini. Tak berani jual selagi takde data yang konkrit nanti hilang konfiden pelanggan terhadap produk ini.
 
aden pakai citra baru jor kuar bulan 9...bley pakai tak
 
Back
Top
Log in Register