BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hidup mati Pas pada hudud

rezekionline

Fun Poster
Messages
727
Joined
Sep 24, 2011
Messages
727
Reaction score
34
Points
20
SHAH ALAM – Pas tidak mempunyai pilihan selain terus perjuangkan hudud meskipun hasratnya melaksanakan undang-undang itu dibantah keras oleh DAP.

Pensyarah Pusat Pengajian Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, survival Pas bergantung pada penampilannya dalam memperjuangkan hudud dan juga model pemerintahan secara Islam.

“Jika tidak, Pas akan hilang sokongan. Jadi mahu tak mahu, Pas perlu terus perjuangkan hudud meskipun itu akan jadi duri dalam daging bagi hubungannya dengan DAP dalam pakatan,” katanya.

Ahmad Atory berkata, hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di Kelantan bagaimanapun boleh dianggap hampir mustahil berikutan bantahan yang berterusan daripada DAP.

“Bantahan DAP boleh dimanfaatkan oleh Pas untuk menunjukkan parti itu tetap bertegas dalam memperjuangkan hudud. Penentangan ini selain halangan oleh Kerajaan Pusat akan terus menjadi sebab bagi Pas untuk tidak lagi melaksanakan undang-undang itu.

“Namun meninggalkan hudud dalam agendanya boleh pendekkan usia kemenangan Pas,” katanya.

Ahmad Atory turut membidas sikap Pas yang hanya semata-mata mahu melaksanakan undang-undang itu setelah Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan meluluskannya pada 1993 namun tidak pernah melaksanakan program memberi kefahaman kepada masyarakat berkaitan hudud.

“Jangan kata orang bukan Islam, orang Islam sendiri pun masih bercelaru dalam hal hudud. Sepatutnya proses ini dibuat dahulu jika mereka benar-benar ikhlas mahu melaksanakannya,” katanya.

Dalam keadaan ini, kata Ahmad Atory, adalah lebih baik bagi Pas berusaha mempertahankan kemenangan di Kelantan manakala DAP memberi fokus terhadap Pulau Pinang.

“Dalam keadaan mereka sendiri saling berbantah, tidak mudah sebenarnya untuk PR menguasai Putrajaya,” katanya.

Seorang lagi sarjana, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian (gambar) berkata, DAP tidak boleh mengharapkan Pas untuk berkompromi dalam penentangan mereka terhadap hudud kerana perjuangan menegakkan hukum Islam sudah menjadi prinsip asas parti itu sejak sekian lama.

“Sebagaimana perjuangan DAP yang berteraskan ‘Malaysian Malaysia’, Pas akan terus berpegang kepada perjuangan hudud mereka sampai bila-bila,” kata pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM itu.

Sivamurugan berkata, pertembungan terbuka Pas dan DAP dalam isu hudud menunjukkan mereka terikat kukuh dengan prinsip perjuangan masing-masing.

“Siapa yang sanggup korbankan prinsip untuk sekadar berada dalam barisan pembangkang yang hanya mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN)?. Ini menunjukkan masih belum ada penerimaan ke atas perjuangan asal masing-masing ataupun kematangan dalam mencapai keputusan kolektif.

“Apa yang berlaku hanya permainan politik untuk kelirukan masyarakat?” katanya.
 
pelik sungguh aku...apabila disebut soal hudud...semua tertuju kepada PAS & DAP....tapi apa pulak peranan UMNO dalam soal hudud nie...UMNO nie parti ape nye...xmahu sokong hudud nie...dulu heboh nak suruh bersatu....ayuh UMNO bersatu soal HUDUD....ada bran...
 
kalau nak kata PAS perjuangkan HUDUD ni sebenarnya tidak tepat.
lebih tepat lagi, PAS perjuangkan Islam. dan dalam Islam itu ada HUDUD.
bermakna, bukan setakat undang-undang Islam sahaja PAS perjuangkan, ia termasuklah ekonomi Islam, pendidikan Islam, sosial Islam dan lain-lain.

dasar PAS ialah, menubuhkan sebuah negara yang mengamalkan ajaran dan unsur-unsur Islam, bukan melaksanakan HUDUD semata-mata.
 
demi agama teruskan ...
 
Back
Top
Log in Register