combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,197
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,197
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Hidalgo layak sarung jersi Harimau Malaya
Hidalgo berpeluang mewakili Malaysia selepas mendapat pengesahan daripada FIFA. Foto: FB Johor Southern Tigers.
MANUEL Hidalgo layak untuk menyarung jersi Harimau Malaya selepas kelayakan pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mendapat pengesahan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman yang berkata, surat pengesahan berhubung status Hidalgo diterima badan induk negara itu pada Rabu.
Justeru katanya, pemain itu boleh dipanggil menyertai skuad kebangsaan untuk menghadapi kempen Piala ASEAN FIFA yang dijadualkan hujung bulan ini.
"Mengenai Hidalgo kami baru dapat (surat kelulusan) dari FIFA semalam. Senarai nama pemain Malaysia akan dikeluarkan dalam masa terdekat, berkemungkinan esok," katanya pada sidang media selepas Kongres Luar Biasa Kedua FAM 2026 di Petaling Jaya pada Khamis.
Kehadiran Hidalgo menambah pilihan di bahagian sayap skuad negara selepas Bergson Da Silva dan Brad Tapp sebelum ini turut disahkan layak mewakili Malaysia.
Bagaimanapun, Noor Azman berkata, status seorang lagi pemain JDT yang dinaturalisasikan, Shane Lowry masih belum menerima pengesahan daripada FIFA.
Mengenai permohonan pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco untuk mendapatkan status pemain naturalisasi pula, beliau berkata, perkara itu perlu disemak terlebih dahulu.
"Berkenaan Gallifuoco bagi saya semak dahulu dan mendapatkan maklumat terperinci sebab mungkin permohonannya ada sedikit masalah teknikal," katanya.