BTC USD 81,081.1 Gold USD 4,378.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Hero CCTV...

Aku pasang cctv pun tak berani aku nak simpan password cctv customer........ Aku biasa suruh owner tukar password sendiri
 
Hero CCTV...
FB_IMG_1642812978945.jpg
FB_IMG_1642812981232.jpg
FB_IMG_1642812983390.jpg
FB_IMG_1642812985592.jpg

Dikenali sebagai 'Yu KH' dalam kalangan warga maya, laman Facebook milik lelaki berusia 55 tahun itu sering menjadi tumpuan kerana imej dalam rakaman CCTV yang dikongsikannya berkualiti tinggi, sekali gus membantu pihak berkuasa mengenal pasti punca kejadian kes kemalangan atau jenayah.

Didorong sifat suka mengkaji pelbagai jenis CCTV dari segi spesifikasi & perisian yang sesuai, beliau kini ‘memantau’ keadaan Kota Bharu, Kelantan melalui 50 hingga 60 buah CCTV yang dipasang di pelbagai lokasi di sekitar bandar tersebut.

“Semua CCTV itu bukanlah milik saya seorang, saya hanya memiliki 10 buah CCTV dan selebihnya milik individu, premis perniagaan, sumbangan orang ramai dan sebuah syarikat sistem keselamatan,” katanya.

Dengan kebenaran pemilik, kesemua rakaman CCTV itu disalurkan ke “control centre” di rumahnya dan diawasi dengan tujuan menjaga keselamatan di sekitar bandar itu.

Pelbagai jenis jenama CCTV digunakan, namun perisian kamera litar tertutup itu antara faktor penentu rakaman video berkualiti.

📸 Shahuri Saidi/BERNAMA
MPKB ada monitor mcm ni jugak ke?
 
Kalau ada kes kecuaian pun, polis saje yg ada kuasa utk periksa cctv............. Itu pun dengan kebenaran owner
 
Murah je kamera outdoor jenis wayar. Wifi mungkin lebih mahal 3x ganda. Tapi lebih mudah sebab operasi guna solar atau bateri.

Yg penting cctv gambar cantik mesti ada sensor sony IMX terbaru macam kat dashcam kereta.

Screenshot_20220122_105221.jpg
 
Back
Top
Log in Register