BTC USD 84,095.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Henti Import Lamborghini" - Arahan MITI

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,632
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,632
Reaction score
7,745
Points
916
Lamborghini-Malaysia-1-full_normal.jpg


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengarahkan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) dan ahlinya untuk menghentikan import kereta baharu daripada jenama Itali, Lamborghini ke dalam pasaran tempatan. Menurut kementerian, hak eksklusif bagi mengimport kenderaan CBU baharu jenama tersebut kini dipegang oleh syarikat AP Francais yang telah dilantik oleh MITI iaitu SunAgata Supercars Sdn. Bhd. atau turut dikenali sebagai Lamborghini Kuala Lumpur.

Lamborghini-Malaysia-2-full_normal.jpg


Sehingga baru-baru ini, difahamkan, mana-mana syarikat dengan AP Terbuka dibenarkan untuk membawa masuk kereta keluaran Lamborghini, sama ada baharu atau terpakai. Arahan ini disahkan melalui memo yang disebarkan oleh kementerian tersebut bertarikh 17 Ogos, arahan yang berkuat kuasa serta-merta. Kini, sebarang pembelian model kereta Lamborghini perlu dilakukan melalui Lamborghini Kuala Lumpur dengan cawangan yang terletak di Glenmarie, Shah Alam.

Lamborghini-Malaysia-3-full_normal.jpg


Kenapa tindakan ini diambil oleh kementerian masih menjadi tanda tanya. Adakah perkara sama akan dilakukan ke atas jenama supercar lain seperti Ferrari, Maserati, McLaren, Aston Martin, Bentley dan sebagainya pada masa akan datang?​
 
Last edited:
kasi ana control market,ente jual nasi lemak tepi jalan
 
aik... bumiputra gak kene ... nk single power market la ni... sbb ramai melayu dah berjaya pakai lambo dlm tiktok...

SunAgata milik Cina, dia nak kontrol pemberian AP .. Naza hanya keluarkan supercar Ferrari, Porsche plak bawah SimeDarby .. MITI xnak pemberian AP bersepah, nanti ada isu macam dulu ..

tapi memang dari 2-3 tahun lepas SunAgata diberi market Lamborghini ..
 
Back
Top
Log in Register