Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Nama saya Ridwan Abdullah, salah satu pengasas HelloGold, sebuah syarikat Malaysia yang ingin membawa produk kewangan yang lebih baik kepada orang ramai. Terdapat beberapa soalan di forum ini mengenai HelloGold yang saya ingin menjelaskan:
Apakah HelloGold
HelloGold adalah aplikasi membeli emas mudah alih yang membolehkan anda membeli dan menjual emas serendah RM1 di satu platform. Anda boleh menguruskan akaun anda secara mudah dan menikmati harga pembelian dan penjualan yang kompetitif dalam pasaran. Kini anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk menyimpan emas fizikal kerana emas gred pelaburan dengan ketulenan 99.99% anda dijamin sepenuhnya dan disimpan di bilik kebal di Singapura dengan kawalan keselamatan yang terkini. Kami menjadikannya ringkas, mudah, berpatutan dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja.
Adakah emas saya disimpan dengan selamat?
Setiap hari perniagaan, penyedia bilik kebal kami di Singapura, BullionStar International menghantar senarai jongkong (bar list) kepada kami dengan menunjukkan simpanan yang berada di dalam bilik kebal. Senarai jongkong ini menunjukkan semua emas yang kami menyimpan bagi pihak pelanggan kami dan dipaparkan setiap hari di laman web. Kami juga memaparkan senarai simpanan (customer list) yang menunjukkan jumlah emas yang telah dibeli oleh pelanggan daripada kami. Anda boleh melihat pemegangan anda sendiri, memeriksa jumlah kami, dan menyemak silang jumlah senarai simpanan secara terus dengan senarai jongkong kami.
Bagaimanakah HelloGold mematuhi Shariah?
HelloGold telah menerima pengiktirafan Patuh Shariah oleh*Amanie Advisors. Semua operasi dan proses kami adalah selaras dengan*Piawaian Shariah terhadap Emas. Piawaian Shariah terhadap Emas dibangunkan bersama dengan Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI),*World Gold Council*dan Amanie Advisors.
Baru-baru ini, HelloGold mengumumkan perkongsiannya dengan AEON Credit Service (M) Bhd untuk membangunkan produk pemberian pinjaman yang disokong aset-digital pertama Malaysia dan bertujuan untuk melancarkan produk menjelang akhir tahun ini. Ini akan membolehkan mana-mana pelanggan HelloGold menjamin akaun emas mereka untuk mengakses pembiayaan peribadi kompetitif. Di samping itu, HelloGold dipilih untuk pelaburan dan bimbingan oleh TheFinLab, sebuah organisasi Singapura yang dimiliki oleh United Overseas Bank.
Saya dengan senang hati akan menjawab sebarang pertanyaan yang terdapat dalam forum ini dan secara alternatif, kami mempunyai FAQ yang luas pada laman sesawang
https://help.hellogold.com/ms/