BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Helikopter Apache terhempas atas bangunan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
xpix_gal0.pagespeed.ic.T64g88TVnX.webp

Anggota keselamatan membantu usaha membawa turun bangkai helikopter dari atas bangunan di daerah Taoyuan, semalam. - Foto AFP


TAIPEI: Dua juruterbang Taiwan cedera semalam apabila helikopter Apache terhempas ketika cuba mendarat di sebuah bangunan di utara Taiwan semasa misi latihan rutin, kata tentera.

Juruterbang terbabit dihantar ke hospital tentera untuk rawatan akibat cedera ringan selepas terhempas di atas bangunan tiga tingkat di daerah Taoyuan, bagaimanapun tiada orang awam tercedera, kata seorang pegawai tentera.


Rakaman televisyen menunjukkan lelaki beruniform memeriksa bangkai helikopter di atas bangunan, yang sebahagiannya rosak akibat impak nahas.

“Kejadian itu berlaku dalam latihan penerbangan asas atas sebab-sebab yang tidak diketahui dan satu pasukan khas sedang menyiasat puncanya,” kata seorang pegawai kepada pemberita.

Taiwan November lalu menerima penghantaran enam helikopter gempur Apache AH- 64E yang dibeli dari Amerika Syarikat sebagai usaha pemodenan ketenteraan yang secara tidak langsung menghangatkan hubungan dengan China.

Helikopter itu dihentikan pengeluarannya buat sementara dari Disember hingga Februari untuk tujuan pemeriksaan selepas Washington memberi amaran model itu boleh mengalami pincang fungsi.

Tentera Taiwan adalah kuasa tentera pertama di luar Amerika Syarikat yang menggunakan Apache AH- 64E, keluaran terbaru yang dikatakan sebagai helikopter gempur paling berkuasa di dunia.
Taiwan membeli 30 helikopter Apache, di mana bakinya akan dihantar menjelang akhir 2014.

Pembelian itu adalah sebahagian daripada perjanjian senjata bernilai $6.5 bilion (RM21 bilion) yang diumumkan pada 2008 yang secara tidak langsung menggugat, Beijing. - AFP


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Helikopterterhempasatasbangunan/Article
 
Berapa ratus juta terbang. Masuk simulator balik lah semua pelatih tu.
 
taiwan geng US rupe nye..... klu tgk doku apache ni.. yg TOP2 pilot heli je dia org amik... pastu latihan simulasi bagai... so pilot apache ni mcm geng2 level elite a
 
pergghhhhh... heli ni superb wooo...
 
kalu malaysia beli murah je ni...
taiwan beli 21 bilion utk 30 unit...kalu malaysia?
 
Back
Top
Log in Register