BTC USD 81,081.1 Gold USD 4,378.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hedging dan SL

flybird

Fun Poster
Messages
662
Joined
Jul 15, 2006
Messages
662
Reaction score
2
Points
15
Salam sejahtera kepada semua warga CG...
Saya cuma nak berkongsi dengan kengkawan forexian tentang penggunaan Hedging dan SL...

Hari tu saya mempunyai kesempatan menimba ilmu dari seorang sifoo forex.. memang best giler lah dia main forex... bila saya mention bab SL, tau apa dia cakap?? Kenapa harus bubuh/set Stop Lost?? Jangan sekali-kali set Stop Lost...kalau u trade 5 kali dan semua wrong direction, dan u dah 5 kali loss...Kenapa tak hedging saja position yang tengah -tu??

Tambah sifoo tu lagi set hedging bila dah -30 hingga -50..kemudian sifoo tu mula memberikan tips yang tak pernah saya fikirkan sebelum ini...

Dua minggu saya praktikkan belum ada position yang saya close -VE..


Tapi untuk set hedging... kenalah pilih broker yang membenarkan hedging...MV setahu saya tak membenarkan (hedging maaf kalau saya salah).

Kalau ada kengkawan yang dah lama praktikkan teknik hedging ni...silalah berkongsi sama yee...
 
wa... bagus ni..ada yang nak kongsi?sila2

Memang bagus bro...tapi hedging pun ade teknik dan kaedahnya... ade sapa2 nak berkongsi?? silakan kita bincang sama2....mana tau pas ni tak nak SL lagi guna hedging jer..
 
bro flybird tak online ym ke?sy dh add x dpt pun..
 
bagus hedging ni..
aku pun nak belajar teknik2 hedging yg betul
 
citer la sapaw tau tu....plzzz...aku nak tau gak
 
Hedging ni umpama lock position kita yang sebelumnya.. bila kita hedging position baru tu tak akan 'makan' ekuiti yang ada... sebagai contoh: Kita ada modal usd1k, open sell GU pada harga 1.9940 dengan 2lot (200usd) jadi masi ade ekuiti 800usdkan tapi GU naik pulak. Kita hedging lah pada harga 1.9970. Korang tengok kat ekuiti korang. Position hedging tu tak akan makan ekuiti korang. GU akan naik dan position baru mula untung. Bila akan close position 1.9970?? bila trendline, stoch dan RSI14 kata 'ya' korang close lah..

Kalau GU turun selepas tu..jangan lagi buka open sell GU yang baru. biar jer harga mendekati 1.9940. Kalau harga tak sampai 1.9940. dan GU naik lagi hedging (lock) lagi..dan position lock ni akan untung lagi...demikian lah seterusnya sampailah GU turun melebihi 1.9940 jadi position asal anda tak rugi. malah dah mula buat untung lagi....

Saya tak katakan hedging ni teknik yang sempurna tapi dalam 2 minggu saya amalkan belum ada satu pun position saya yang saya close -VE.. Satu lagi, guna teknik ni 'tekanan akan menjadi kurang' Saya berani cakap kebanyakan forex trader bila masuk position jer tekanan tu akan bertambah levelnya. Satu indikator yang menunjukkan forex trader dalam tekanan yang 'kuat' ialah..dia tak berani meninggalkan PC dia. Dan satu lagi dapat pips kecik jer terus close? kenapa? dan ini lah antara sebabnya forex trader tidak pernah untung besar dalam forex....


GOLDEN RULEs
1. Map the trend
2. Follow the trend


Ade sapa2 yang nak bincang pasal 2 golden rules ni pon boleh gak...
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14795
USD / JPY
156.849
GBP / USD
1.33877
USD / CHF
0.82249
USD / CAD
1.39908
EUR / JPY
180.045
AUD / USD
0.71230
Back
Top
Log in Register