BTC USD 83,453.3 Gold USD 4,161.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hebatnya akhlak Nabi SAW

Wahai org² yg berugama,

Nabi tinggalkan sunnah
Dan sunnah nya ialah AKHLAK


Sunnah bukan hadis. Dan hadis bukan lah sunnah.

Dalam sebuah hadis ada menyebut;-

تَركْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ، لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ، وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah dan SUNNAH Nabi-Nya [Riwayat Malik]


Lantas aku (Sa’d bin Hisyam bin Amir) bertanya; “Wahai Ummul mukminin, beritahukanlah kepadaku tentang akhlak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.‘ ‘Aisyah menjawab; i engkau telah membaca Al Qur’an? Aku menjawab; Benar, Aisyah berkata; Akhlak Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam adalah Al Quran (HR Muslim 1233)

Dan telah menceritakan kepada kami Syaiban bin Farukh dan Abu Rabi’ keduanya berkata; Telah menceritakan kepada kami Abdul Warits dari Abu At Tayyah dari Anas bin Malik dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah “orang yang paling baik ialah akhlaknya” (HR Muslim 4273)

Rasulullah bersabda “Sesungguhnya orang yang terbaik di antara kalian ialah yang paling bagus akhlaknya.” (HR Bukhari 5569)

Nabi Muhammad juga pakai sunnah rasul² yg terdahulu. Tapi nabi Muhammad tak pernah pakai hadis riwayat nabi² terdahulu.


965-A07-D9-B82-A-462-E-ACB5-46-E3-FB179418.jpg

SUNNAH ertinya KETETAPAN yang telah ditetapkan terhadap setiap rasul dan ia tak pernah berubah. Sudah tentu nabi Muhammad telah mengulangi sunnah rasul² yg terdahulu.

Oleh kerana itu, Al-Quran ada lah step-by-step sunnah. Sebab segala perbuatan atau perjuangan nabi Muhammad bersandarkan tuntunan wahyu Al-Quran yg diturunkan satu-persatu. Apa yg diturunkan, itu yg di praktiskan dan itulah menjadi AKHLAK

Firman Allah ta’ala yang artinya,
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Utusan Allah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan hari akhirat dan Dia banyak menyebut Allah”. (QS Al-Ahzab:21)

68:4

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ

Dan sesungguhnya kamu benar-benar punya AKHLAQ pekerti yang agung [azim] (QS Al-Qalam:4)

Ahli sunnah wal jamaah = org yg berakhlak secara berjamaah

Maksud AKHLAK

Kata akhlah berasal dari bahasa Arab khuluq yang jamaknya akhlaq.

Perkataan al-khalqu bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian yang indah dan baik
apabila dirujuk kepada kejadian manusia, ia membawa maksud struktur tubuh badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

اِنَّ  فِيْ  خَلْقِ  السَّمٰوٰتِ  وَا  لْاَ  رْضِ  وَا  خْتِلَا  فِ  الَّيْلِ  وَا  لنَّهَا  رِ  لَاٰ  يٰتٍ  لِّاُولِى  الْاَ  لْبَا  بِ 
inna fii kholqis samaawaati wal-ardhi wakhtilaafil-laili wan-nahaari la`aayaatil li`ulil-albaab

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal,"
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 190)
 
ISU UTAMA: WHO AM I?

You are a man of great moral character (68:4)

STANDARD: Good people disobey bad laws/rules.
 

Dr Ahmad Sanusi​



Maksud Akhlak Nabi Adalah al-Quran
=========
1. Sa’d bin Hisham bin Amir telah datang ke Madinah dan bertemu dengan Saidatina Aisyah dan bertanya:
يَا أُمَّ المُؤمِنِينَ ! أَنبئِينِي عَن خُلُقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ ؟
"Wahai Ummul Mukminin, ceritakan kami tentang akhlak Rasulullah."

2. Lalu Aisyah menjawab dan bertanya kepadanya: "Apakah engkau tidak membaca al-Quran?" Sa’d menjawab: Bahkan aku membacanya. Lalu Aisyah berkata:
قَالَت : فَإِنَّ خُلُقَ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ كَانَ القُرآنَ .
"Sesungguhnya akhlak Nabi SAW itu adalah al-Quran." (HR Muslim)

3. Menurut al-Imam al-Nawawi, yang dimaksudkan dengan akhlak Nabi itu adalah al-Quran ialah:
العمل به ، والوقوف عند حدوده ، والتأدب بآدابه ، والاعتبار بأمثاله وقصصه ، وتدبره ، وحسن تلاوته
"(Iaitu Baginda) Beramal dengan al-Quran, berhenti disempadan yang ditetapkan, beradab dgn adab al-Quran, mengambil iktibar darinya, bertadabbur dan tilawah yg baik." (Sharh Muslim)

4. Manakala menurut Ibn Rajab pula, yang dimaksudkan dengan akhlak al-Quran itu ialah keredaan dan kemarahan Rasulullah adalah berteraskan kepada apa yang telah digariskan dalam al-Quran. Kata beliau:
يعني أنه كان يتأدب بآدابه ويتخلق بأخلاقه ، فما مدحه القرآن كان فيه رضاه ، وما ذمه القرآن كان فيه سخطه
Iaitu Baginda beradab dengan adab al-Quran, berakhlak dengan panduan al-Quran, maka apa sahaja yang dipuji oleh Allah dalam al-Quran maka itulah keredaan Baginda, dan apa sahaja yang dikeji oleh al-Quran, maka itulah kemarahan Baginda. (Jami' Ulum wa al-Hikam)

5. al-Qadhi Iyad pula menjelaskan bahawa akhlak Nabi adalah setiap panduan yang boleh didapati dalam al-Quran. Kata beliau:
أي خلقه كان جميع ما حصل في القرآن ، فإنَّ كُلَّ ما استحسنه وأثنى عليه ودعا إليه فقد تحَلَّى به
"Iaitu akhlak Baginda itu adalah setiap apa yang dihimpunkan di dalam al-Quran. Apa sahaja yang dinilai baik, dipuji dan diseru oleh al-Quran, maka Rasulullah akan menghiasi dirinya dengan perkara tersebut." (al-Shifa)

6. Oleh yang demikian, setiap panduan dan bimbingan Allah mengenai sifat amanah, memperjuangkan keadilan, ketegasan dalam hukum, bersifat berani dan menyantui seluruh makhluk, maka itulah akhlak Rasulullah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

1635031974759.png



 
Back
Top
Log in Register