TT pakai dekoder macam mana? Beyong atau yang biasa? Kalau dekoder beyong, boleh pakai component output. Dijamin, gambar lebih cantik dari pakai RCA -> HDMI Converter tu. Kos pun murah saja. Saya beli cable component (ada tiga kepala; merah, hijau dan biru) kat Tesco dulu dalam RM20 je. Ni saya assume yang tv tuan ada component input. Kalau takde, pendapat saya tak perlulah membazir duit beli converter tu. Kualiti gambar mungkin lebih teruk dari apa yang tuan tengok sekarang.
Kalau pakai dekoder biasa, ada jugak generasi terakhir sebelum beyong keluar yg ada include sekali component output (jenama Thomson).