BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hayun bayi macam kucing

Kesian budak tu..Hospital Besar Kuala Terengganu sama teruk, member kakak sampai koma salah bius masa nak bedah perut...
 
sekarang nih orang wat duit dengan saman-menyaman...kasi saman jerk sepital tuh...

sib baik masa wife aku bersalin aku dok sebelah nengok proses dorang uruskan kelahiran anak aku tuh...alhamdulillah sumer selamat...
 
Hangin betul kadang2 ngan kakitangan spital kerajaan ni...mmg lah pesakit ramai..kerja tension...dah awak bukan kerja free..awk dibayar utk kerja...Pulak tu gaji kerajaan kan dh naik tahun sudah...produktiviti pun kena sama naik lah jugak...
 
Saman je nurse tu...biar dia rasa penangannya
 
ALOR STAR: “Depa (mereka) ‘hayun’ anak saya macam kucing, macam mana tulang paha kiri dan kanan anak saya tak patah. Ini kerana depa pegang kaki dan kepala bukannya mengendong badan bayi saya,” dakwa Noor Amiza Baddaruldin yang kecewa dengan jururawat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, yang didakwanya cuai.

Noor Amiza, 28, mendakwa anak sulungnya, Putri Nur Damia Danisha Noor Hairy yang berusia 13 hari, sering menangis kerana kesakitan akibat kejadian itu.

“Saya bersalin pada 2 Jun lalu pada jam 4.06 pagi di hospital berkenaan secara normal. Selepas selamat bersalin, jururawat datang sambil memegang bayi di kaki dan kepala sambil menghayun-hayunkann ya seperti kucing.

“Jururawat terbabit mahu menunjukkan jantina anak saya sambil berkata ‘hei anak awak kecil’ dan pada masa sama, dia menghayunkan anak saya,” dakwanya ketika ditemui dirumah bapanya di Titi Gajah di sini, semalam.

Menurutnya, selepas dua hari bersalin, dia hairan kerana anaknya sering menangis, tetapi tidak mengesyaki apa-apa.

“Saya menyangka anak kami mahukan susu atau kembung perut, tetapi terkejut apabila X-Ray mendapati tulang kedua-dua pahanya patah.

“Saya kesal kerana kecuaian jururawat menyebabkan anak kami terpaksa menanggung derita. Kami tidak sampai hati melihatnya menangis kerana menahan kesakitan,” dakwanya.

Suaminya, Noor Hairy Baharom, 28, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star tiga hari lalu.

Menurut Noor Amiza, dia dan suaminya yang juga peniaga, sedih dengan kejadian malang menimpa anak mereka yang menghadapi risiko kecacatan jika kedua-dua kakinya tidak sembuh sepenuhnya.

Beliau berkata, dia yang tidak berpuas hati dengan tindakan jururawat berkenaan merujuk perkara itu kepada doktor pakar HSB bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung prosedur menyambut kelahiran dan cara memegang bayi dengan betul.

“Saya dan suami terkejut dengan jawapan doktor pakar yang menyatakan ada kemungkinan tulang paha kedua-dua kaki anak saya patah disebabkan jururawat memegang cara yang tidak betul iaitu memegang kedua-dua kaki dan kepala tanpa memegang badan.

“Pada mulanya saya tidak berpuas hati kerana pihak hospital seolah-olah cuba menutup punca kesalahan mereka dengan menyatakan tulang paha kaki anak saya patah ketika dalam perut,” dakwanya.

Bagaimanapun, dakwanya, penjelasan yang diterima kemudian amat mengecewakan mereka.

“Saya juga bercadang mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu,” katanya.

--
ngok punya jururawat..tggu anak ko..
>:)
:(scam
 
“Pada mulanya saya tidak berpuas hati kerana pihak hospital seolah-olah cuba menutup punca kesalahan mereka dengan menyatakan tulang paha kaki anak saya patah ketika dalam perut,” dakwanya.

gila apa doktor ni...ada ke patut tulang paha bayi patah patah dlm perut..

betul la...kurang hajar punya jawapan...:(scam:(scam:(scam:
x munasabah betul...ingat kita b o d o ke...:(scam:(scam:(scam

saman aje nurse ,doc , n hospital...semua sekali...
kena ajar sikit derang ni...
itu yg akak takut bersalin kat hospital kerajaan tu...#:-S
 
adoii nurse nie tak kan la br keje satu ari kot
tak pasal2 kaki baby tu dh patah.
 
salam,

erm....nie mesti nak saman lagi huhuhuhuhuhu.... sian sapa jadi nurse nie... hehehehehe.... kang sapo lah yg nak jadi nurse kalau asyik kena saman jer hehehehehe :D

adatlah manusia....byk kesilapan.... kalau takmo ado kesilapan suh malaikat sambut bayi tuh huhuhuhuhuhu :P

Sedangkan NABI ampunkan umat...nie kan kita manusia biasa....MAAFkan jer ler.... besor pahala tuh :D
 
lagi 1 kes kecuaian yang berlaku...
kesilapan yang boleh dielakkan...
 
kasi tindakan keras kat nurse kasar camtu.takde otak namanya.
 
Back
Top
Log in Register