ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
MIDAH (kanan) menyapu air mata ketika menunggu perkembangan terbaru pencarian anak mereka di Pusat Operasi di Pos Tohoi.
Gua Musang: Sebelum ini dua anaknya tiada di sisi, namun Midah Angah, 38, tahu bahawa mereka dalam keadaan selamat, belajar dan menginap di asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, di sini.
Namun, sejak berita kehilangan mereka dilaporkan 23 Ogos lalu, ibu tunggal itu sudah tidak keruan, hatinya tidak tenang apatah lagi usaha mencari dan menyelamat (SAR) tiada perkembangan positif.
Permata kesayangannya, Noreen Yaacob, 10, dan Haikal, 8, hilang di Hutan Rizab Balah selepas melarikan diri dari kawasan sekolah bersama lima lagi rakan, Mirsudiar Aluj, 11, Ika Ayel, 9, Sasa Sobrie, 8, Linda Rosli, dan Juvina David, 7.
"Sudah masuk hari ke-15 (semalam) kehilangan mereka dan sejak itulah saya tidak nyenyak tidur kerana teringatkan mereka. Hati saya pilu, terlalu sedih sehingga tak boleh nak tengok gambar dan pegang pakaian mereka pun. Air mata saya mudah mengalir kerana saya tak tahu nasib mereka bagaimana."Macam semalam (kelmarin) hujan, saya teringat bagaimana anak saya berlindung, keadaan mereka, tak sanggup saya nak bayangkan pun," katanya sebelum ditenangkan ahli keluarga.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Source: http://www.hmetro.com.my/node/75802