BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hasan Budu jadi buruan polis

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA TERENGGANU - Polis kini giat memburu Hasan Budu yang dipercayai menetak dan mencederakan tangan seorang angggota polis di Kampung Dedap, Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini.

Ketua kumpulan curi kereta yang nama sebenarnya, Shamsul Bahari Awang Nuh, 38, itu sememangnya menjadi buruan polis sejak awal tahun ini kerana disyaki terlibat dalam banyak kes curi kereta.

Hasan Budu berasal dari Kampung Padang Lunas, Jerteh .

Sabtu lalu, Hasan Budu nyaris ditangkap polis apabila dia dan rakannya dikesan oleh pihak polis peronda ketika sedang menaiki sebuah lori di Kampung Dedap.

Polis peronda itu telah mengejar lori tersebut sehingga sampai ke Kampung Wakaf Raja dekat Pasir Puteh, Kelantan sebelum kenderaan itu terbabas.

Kedua-duanya yang membawa parang kemudian bergelut dengan dua anggota polis yang mahu menahan mereka.

Rakan Hasan Budu dapat ditahan selepas polis melepaskan tembakan manakala seorang anggota polis turut cedera di tangan akibat ditetak.

Bagaimanapun Hasan Budu dapat melepaskan diri.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kumpulan yang aktif mencuri kenderaan di Kelantan dan negeri ini mula menjadi buruan sejak awal tahun ini.
 
hasan ni kuat makan budu la mangkalik....tu yang power....jadi buruan sejak awal tahun...:)
 
Back
Top
Log in Register