BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harta sepencarian utk rumah dua penama

Kouru

Fun Poster
Messages
161
Joined
Nov 4, 2019
Messages
161
Reaction score
14
Points
45
Assalamualaikum..mcm ni, suami sy telah meninggal dunia bulan 5 baru2 ni..nak dijadikn cerita, sy mgkin tuntut harta sepencarian..kami ade beli rumah, dua penama, mmg sy dgn suami kongsi bayar..tiap2 bulan sy transfer online ke akaun arwah..arwah yg uruskan sume nye..

Skrg arwah dah xde, portion arwah semestinya difaraidkn..jd sy trpikir mcm mne nasib sy klu nk byr bhgian mertua klu mereka tuntut atau x nk bg sy umah tu..bpk mertua dh berkali2 tnye psl umah tu nk jual ker, siap mntk sy crik umah sewa lain..ikotkn sy xnk jual..

Ramai mntk sy tuntut harta sepencarian tapi sy xphm sgt hal harta sepencarian ni..sepupu sy kje clerk bhgian firm..dia ckp nak selamatkn portion 1/2 sy tu..sy xphm, faraid bhgian portion suami tp kenapa nak usik bahagian penama sy smpai sy kne pertahankan portion sy tu? Bkn ker xde kne mengena? Bila sy google, sy asyik dpt carian yg isteri tidak bekerja boleh tuntut harta sepencarian je..sy xde jwpn utk kes sy..

Skrg byk persoalan sy g tnye sepupu sy tu, ni nnti dia bncg dgn lawyer dia..sy nak tahu sape2 ade pengalaman & yg lebih arif tentang hal ini? Terima kasih..
 
Innalillah.
Kes2 mcm ni memang merumitkan.
Pernah jumpa kes seakan2 mcm ni (rumah 2nama) tapi bila bercerai hidup, salah seorang xnak bagi kerjasama.
End up rumah di-lelong, lepas tolak hutang bank, baki di-bahagi dua sama rata.

Berkaitan faraid, mungkin boleh rujuk sini utk lebih jelas :

Ini pandangan peribadi sy, mungkin x berapa tepat. Boleh double check dgn mana2 pihak yg lebih arif ;

Situasi bilamana suami + isteri , ADA anak.

Memandangkan rumah 2 nama : suami 50% @ (24 / 48) dan
Isteri 50% @ (24 / 48) ,
bahagian yg boleh di-faraidkan, hanyalah yg 50% (24 / 48) suami.

Jadi 50% isteri adalah mutlak milik isteri, x boleh diganggu oleh siapa2 pun.

Di sini , suami = arwah.

Sekarang cerita yg 50% suami.

Utk ibu suami 1 / 6 = 8 / 48
Utk ayah suami 1 / 6 = 8 / 48
Utk isteri 1 / 8 = 6 / 48
(Kiraan utk anak sy x berapa jelas)

Ibu suami + ayah suami = 16 / 48 @ 33.33% (faraid suami)

Isteri = 24 / 48 (hak mutlak isteri yg 50%) + 6 / 48 (faraid suami) = 30 / 48 @ 62.5%.

Jika betul rumah 2 nama, ayah suami dan ibu suami bukan lah suara majoriti.

Jadi, tiap 100k, nilai hak utk ibu suami dan ayah suami total 33.3k.
Nilai utk isteri , setiap 100k ialah 62500.

Sy bukan lawyer.
Tapi ada pengalaman beli rumah lelong 2 nama.
Juga terlibat secara x langsung dlm proses berkaitan rumah 1-2 penama.

Bab yg ni : firm..dia ckp nak selamatkn portion 1/2 sy tu - apa yg nak diselamatkan? Tu memang hak puan 1000%.

Mungkin ada rakan2 cg yg lebih arif, yg memang berada dalam bidang perundangan, kongsi sedikit pandangan/fakta yg lebih tepat.
 
Tq respons..sepupu dah call td dia ckp portion sy 50% mmg hak sy, jd portion suami tu nnti buat harta sepencarian jd ade la dpt lebih sikit ditambah dgn faraid kemudiannya..

Tapi itula sy xbyk contribute dlm hal umah sbb umah masih sgt baru..baru genap setahun duduk, jd x byk barang sgt beli kecuali kelengkapan dapur..barang2 meja mkn, mesin basuh seumpamanya byk dibeli oleh mertua..mgkin sbg hadiah utk kami sbb kami x meminta pun..ucapan terima kasih je mampu..mana kn tidak, impian setiap org ada idaman sendiri nak hias rumah yg mcm mana tapi kami perlu simpan modal utk beli perabot..

Tp mertua tiba2 nak beli kn itu ini..sy sbg menantu diam je..mgkin nk anak diorg bahagia lg2 arwah kami dah tahu dia sakit (penyakit) masa tu tp masa ni kira masih gagah sihat..skrg arwah pergi, sy takot mertua claim barang2 tu sume & sy xkisah klu diorg nk amik balik atau sy bayar balik mana yg sy bole pakai & mampu bayar..bab harta ni siap sedia lah segala kmgkinan berlaku..ni la saat sy takot..

Klu bole mmg sy nak pertahan kn umah ni..mmg byk kenangan brsama..arwah pulak meninggal dlm umah ni..selalu trbayang teringat tempat arwah hembuskn nafas terakhir 😭😭😭😭 kira ade sentimental value wlpn umah ni sgt lah baru kami dduk..
 
Takziah Puan,

"dia ckp nak selamatkn portion 1/2 sy tu..sy xphm, faraid bhgian portion suami tp kenapa nak usik bahagian penama sy smpai sy kne pertahankan portion sy tu? Bkn ker xde kne mengena? "

Maksud sepupu Puan mungkin begini.

Rumah tu Puan kata ada dua penama, maksudnya 1/2 bahagian tiap sorang antara arwah suami Puan dan Puan.

Disebabkan 1/2 bahagian tersebut perlu difaraidkan, maka Puan perlu lah sediakan amaun yang bersamaan dengan 1/2 bahagian rumah tersebut sebagai ganti kepada nilai yang perlu di faraidkan. Kalau tak berkemampuan untuk sediakan amaun tersebut, maka penyelesaiannya adalah dengan menjual rumah tersebut, dan 50% hasil jualan adalah hak mutlak Puan, manakala baki 50% difaraidkan.

Saya pun bukan lah arif sangat, tetapi perkara ini jika mertua mendesak untuk difaraidkan, maka Puan dan mertua yakni waris faraid boleh kemukakan permohonan faraid di pejabat pusaka kecil, dan semasa perbicaraan Puan boleh tuntut bahagian harta sepencarian pada 1/2 bahagian rumah dibawah nama arwah suami Puan, selain hak faraid Puan pada bahagian yang sama.

Elok kalau selesai cara muafakat.
 
soalan ada berapa anak ye hasil dr perkahwinan. mmg mintak harta sepencarian
 
Sblm suami meninggal, suami pernah cakap lps dia meninggal sy dpt rumah ni tp sy jwb nape ckp mcm tu (masa ni sy xpikir pun dia akn pergi, sbg pasangan kte mesti terus berharap suami akan pulih & sihat)..tp cara arwah cakap mcm arwah xtahu yg bhgian arwah ptutnye difaraidkn dgn waris sah yg lain jgk..wasiat sume xde..klu sy ckp dpn mertua, belum tentu mereka percaya..bila dah mcm ni, smpai sy trpikir nape la beli umah awal2 😔 smpai nanges2 stress pikir dgn mertua dh sebut jual umah ni..bab harta lain sy xkisah tp umah ni nilai sgt besar & susah nk dibahagikan kalau xmampu bayar, nak jual pn syg sbb byk kenangan wlpn setahun..arwah meninggal kat umah ni..bab harta x alih ni serabut jgk nk pikir..harap mertua lepaskn umah ni utk sy, lgpn ni harta bersama..harta selepas kawen 😭
 
puan.. kawan sekerja sama perempuan anak 1laki .. suami sakit jantung meningal..

suami ada 2 rumah.. 1 rumah sewa .. 1 rumah duduk (oleh family arwah)

tapi si suami da pesan awal2 kat family dan mak dia arwah ... rumah 1 sewa tuk anak laki punye... 1 lagi yg duduk tu tuk adik bongsu arwah.. mule2 memang abg sulong arwah suami mcm dingin .. tapi sebb mak arwah baik dan jadi org tengah semua selesai ikut pesanan arwah..

mula2 dapatkan dulu sijil faraid dari mahkamah... selepas tu.. kalau arwah ada harta lain selain rumah better kasi kt parent arwah dan rumah tu kasi kt puan.. kene trade mcm tu..

soalan lain.. puan gan mak arwah tak rapat ke ?? elok klu jumpe gan mak arwah tanye2

end option klu parent arwah berkeras.. puan kene bayar some amount kepada martua puan.. mcm beli lagi 50% bahagian rumah tu

untuk harta sepencarian.. 50% hak puan 50%(arwah= hak penerima faraid) puan dapat sikit.. mak /ayah mertua dapat.. abg sulung pon dapat klu tak silap..
 
Assalamualaikum..mcm ni, suami sy telah meninggal dunia bulan 5 baru2 ni..nak dijadikn cerita, sy mgkin tuntut harta sepencarian..kami ade beli rumah, dua penama, mmg sy dgn suami kongsi bayar..tiap2 bulan sy transfer online ke akaun arwah..arwah yg uruskan sume nye..

Skrg arwah dah xde, portion arwah semestinya difaraidkn..jd sy trpikir mcm mne nasib sy klu nk byr bhgian mertua klu mereka tuntut atau x nk bg sy umah tu..bpk mertua dh berkali2 tnye psl umah tu nk jual ker, siap mntk sy crik umah sewa lain..ikotkn sy xnk jual..

Ramai mntk sy tuntut harta sepencarian tapi sy xphm sgt hal harta sepencarian ni..sepupu sy kje clerk bhgian firm..dia ckp nak selamatkn portion 1/2 sy tu..sy xphm, faraid bhgian portion suami tp kenapa nak usik bahagian penama sy smpai sy kne pertahankan portion sy tu? Bkn ker xde kne mengena? Bila sy google, sy asyik dpt carian yg isteri tidak bekerja boleh tuntut harta sepencarian je..sy xde jwpn utk kes sy..

Skrg byk persoalan sy g tnye sepupu sy tu, ni nnti dia bncg dgn lawyer dia..sy nak tahu sape2 ade pengalaman & yg lebih arif tentang hal ini? Terima kasih..

Dalam kes puan waris yg berhak atas rumah tu hanya puan serta mak & bapa mertua.

Selain 50% hak puan sebagai pemilik bersama, puan juga ada bahagian dalam 50% hakmilik suami yg akan difaraidkan.

Saya tak tau nilai pecahan faraid antara puan dan mak serta pak mertua, saya bukan ahli.

Jadinya kalau waris lain (mak & pak mertua) tak nak lepaskan bahagian masing2 puan harus menebus nilai bahagian mereka secara tunai untuk mengelakkan rumah tu dijual.

Moga dipermudahkan urusan puan.

FB_IMG_1501722352470.jpg
 
Dalam kes Puan ni, Puan akan dapat 3/12 bahagian faraid, mak mertua 2/12 bahagian manakala ayah mertua akan dapat baki bahagian 7/12 (asabah).
 
Back
Top
Log in Register