eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
LONDON 25 Sept. – Penemuan harta karun di sebuah ladang di sini, akan mengubah maklumat mengenai pemerintahan Jerman pada zaman pertengahan di England, selepas seorang pencari harta karun amatur yang menggunakan pengesan logam menemui banyak koleksi artifak emas dan perak Anglo-Saxon.
Penemuan tersebut memberi kejutan kepada komuniti arkeologi Britain, yang semalam mengatakan ia memberi perspektif baru kepada dunia Anglo-Saxon yang memerintah England dari kurun kelima sehinggalah penaklukan Norman pada tahun 1066 dan pengaruh kebudayaan yang masih dirasai di dunia berbahasa Inggeris.
“Ini adalah satu penemuan yang sangat mengagumkan dan tidak disangka-sangka. Ia akan membuatkan kita memikirkan semula tentang Zaman Kegelapan,” kata Roger Bland, individu yang mengendalikan penggalian harta karun tersebut.
Antara barangan yang ditemui adalah jata pada topi yang dihias dengan ukiran haiwan berlari, pedang bersalut enamel dan ketulan buah dam bertatah permata dan emas. Satu gelang emas yang ditemui mempunyai tulisan dalam bahasa Latin yang meminta Tuhan mengusir musuh pemiliknya.
Anglo-Saxon adalah kumpulan puak Jerman yang menakluk England ketika kejatuhan Empayar Rom. Artis mereka mengukir objek dengan emas dan enamel. Bahasa yang mereka gunakan, Old English, adalah bahasa awal kepada bahasa Inggeris moden.
Harta karun emas dan perak ini ditemui di atas tapak Mercia, satu daripada lima kerajaan utama Anglo-Saxon dan ia mungkin bertarikh antara tahun 675 hingga 725 Masihi.
Individu yang menemuinya pada 5 Julai lalu, Terry Herbert, adalah seorang peminat mengesan logam bawah tanah yang mengimbas ladang milik rakannya di Staffordshire, barat England, menyatakan ia adalah lebih seronok daripada memenangi loteri.
Dia yang berusia 55 tahun dan tidak bekerja menghabiskan masa lima hari mencari seorang diri sebelum menyedari bantuan diperlukan dan memberitahu pihak berkuasa. Ahli arkeologi profesional kemudian mengambil alih kerja pencarian. – AP