BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harimau Selatan sedia mengganas

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Rakan sepasukan perlu memberi bantuan kepada Norshahrul Idlan Talaha

image.jpg

Andrezinho akui sukar, namun pasukan telah bersedia.


“SUKAR beraksi di padang rumput tiruan, bola cukup laju dan lantunan juga mengelirukan," ujar pemain import Johor Darul Takzim (JDT), Andre Francisco Da Silva menjelang pertemuan menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, malam ini.

Selain itu, setiap pemain perlu berada di tahap kecergasan yang memuaskan kerana faktor padang rumput tiruan sukar untuk beraksi berbanding padang rumput biasa.

Ujarnya, latihan di Stadium Kluang sejak Selasa lalu beri kesan positif apabila semua pemain sudah mula tunjuk keserasian namun perlu beri sepenuh tumpuan pada latihan yang diharungi dan saya yakin sebelum perlawanan, semua pemain sudah bersedia,” katanya semalam.

TEKAD

Pemain kelahiran Brazil itu yang sinomin panggilan Andrezinho mengakui sukar beraksi di padang rumput sintetik tetapi bertekad mempamer aksi terbaik memburu kemenangan buat skuad Harimau Selatan sekali gus meranapkan rekod tanpa kalah Lions XII yang begitu gah di laman sendiri.

Mengulas mengenai gandingan bersama Safiq Rahim, penjaring gol dalam aksi separuh akhir kedua menentang Pahang yang melayakkan Harimau Selatan melangkah ke pentas akhir ini menjelaskan dirinya tidak mempunyai masalah bergandingan bersama Safiq seandainya kapten Harimau Malaya itu diturunkan bagi menggantikan Jasazrin Jamaluddin yang terpaksa diketepikan akibat penggantungan satu perlawanan.

“Saya yakin dengan kemampuan Safiq kerana dia mempunyai kelebihan tersendiri terutama pengawalan bola yang menarik dan bijak mencipta ruang menerusi umpanan tepat kepada barisan serangan selain memilik kelebihan menerusi sepakan percuma,” katanya.

PENTING

Perlawanan kedua-dua pasukan itu penting kerana kemenangan akan mencerahkan peluang Lions XII untuk melakar sejarah menjulang kejuaraan Liga Super buat julung kali dan kekalahan buat pendahulu itu akan membolehkan JDT merapatkan jurang mata kepada satu mata.

Harimau Selatan pasti mahu memadamkan rekod tanpa kalah tuan rumah digelanggang sendiri yang dilihat kebal dalam saingan musim ini.

Bagi tuan rumah kemenangan tiga mata pastinya melebarkan jurang antara kedua pasukan selain mengukuhkan harapan mendakap trofi Liga Super.
 
hari ni sokong JDT...

yg penting jgn kasi lion juara liga
malu!
-B.sathianathan-
 
main dlm jerebu nampak ke bola tu ek..
harap takdak yg sakit utk final fa next week
 
Waah, mesti sedap game malam ni :D
 
Best of luck jdt... Harap menang jd bg blue skit muka the lions... Huhuhu
 
Back
Top
Log in Register