BTC USD 61,063.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Hari STROK Sedunia 29 Oktober 2023

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
IMG_20231029_112315_604.jpg


2️⃣9️⃣ Oktober setiap tahun adalah Hari Strok Sedunia.

Tingkatkan pengetahuan anda mengenai gejala awal strok.

Strok ataupun angin ahmar merupakan kelumpuhan saraf yang berlaku disebabkan oleh kekurangan darah beroksigen di bahagian otak.

𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 perlu diberikan kerana serangan strok boleh menyebabkan risiko untuk lumpuh atau kurang upaya seumur hidup.
 
IMG_20231029_150046_436.jpg


‼️Beban morbiditi dan mortaliti penyakit strok di Malaysia sentiasa diberi perhatian.

Justeru, pelbagai langkah telah diambil untuk:

1️⃣ Mengurangkan prevalens penyakit strok

2️⃣ Memastikan rawatan akut serta rehabilitasi pesakit strok setanding dengan negara-negara maju.

3️⃣ Memastikan penduduk Malaysia mempunyai akses kepada rawatan penyakit strok sebaik sahaja mereka diserang strok.
 
IMG_20231101_085658_650.jpg


🩺Ketahui faktor risiko kepada strok.

Strok ataupun angin ahmar merupakan kelumpuhan saraf yang berlaku disebabkan kekurangan oksigen yang dibawa ke bahagian otak.

Ia merupakan:

✅ Punca ketiga (3️⃣)bagi kematian di Malaysia

✅ Penyebab kedua (2️⃣) kematian di seluruh dunia

✅ Penyebab utama (1️⃣) bagi kehilangan upaya orang dewasa.

‼️Ambil langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko anda dan keluarga mendapat strok.
 
IMG_20231101_090332_035.jpg


Jangan abaikan gejala awal strok atau angin ahmar!

Dikongsikan cara-cara mengenalpasti individu yang menghidap penyakit strok dengan menggunakan singkatan huruf 'B.E.F.A.S.T.'.

Ingat! Strok adalah satu kecemasan perubatan di mana pesakit perlu mendapatkan rawatan dengan segera.

Pengesanan awal dapat membantu elakkan risiko dan komplikasi yang lebih teruk.
 
Back
Top
Log in Register