BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari pertama KLIBF 2015 meriah

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

ORANG ramai memilih buku yang dijual dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. utusan/mohd.azim abd. rahman​

KUALA LUMPUR 24 April – Hari pertama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF) 2015 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) meriah dengan kehadiran kira-kira 100,000 pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola KLIBF, Abd. Wahab Ibrahim berkata, kehadiran pengunjung yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia membuktikan budaya membaca telah menyerap dalam kalangan masyarakat di negara ini.

“Kita tidak menyangka sambutan yang diterima hari ini amat menggalakkan. Malah, kita memandang positif perkara ini kerana melihat budaya membaca semakin mendapat tempat di hati masyarakat.

“Selain itu, penganjuran KLIBF bukan sekadar pesta dan promosi tetapi untuk meraikan pembaca dan juga penulis buku,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

KLIBF yang bermula hari ini sehingga 3 Mei ini menyediakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung selain bakal dihadiri oleh artis terkemuka tanah air seperti Neelofa bagi menjayakan pelancaran buku Hijrah dan Hijab.

Dalam pada itu, Abd. Wahab yang juga Pengarah Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Negara berkata, kelainan KLIBF pada kali ini adalah dengan adanya ‘Rumah Ngaji’ yang terletak di Bilik Labuan, Aras Lima PWTC.

“Selain mengaji, antara acara yang disediakan adalah bengkel dan seminar supaya masyarakat lebih memahami al-Quran,” katanya.

KLIBF dibuka kepada orang ramai bermula pukul 10 pagi hingga 7 malam (hari bekerja) dan 10 pagi hingga 10 malam (hari cuti).
 
Lebih setahun takder reply dlm thread :D:D:D
 
Back
Top
Log in Register