BTC USD 84,509.0 Gold USD 4,287.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Kiamat semakin hampir...Beringatlah..

1) Sabda Nabi: "Mahukah kamu aku tunjukkan satu amal yang paling baik paling suci di sisi Tuhanmu paling tinggi kedudukannya. lebih baik dari sedekahkan harta wang dan harta, lebih baik dari bergerak menggempur musuh, lebih baik dari membunuh atau terbunuh. Ketahuilah perbuatan itu ialah ZIKRULLAH" [Riwayat Tirmizi, Ibnu Majjah dan al-Hakim bersumberkan Abi Darda']


Hadith Pertama:

Teks Hadith:

ألا أدلكم على خير أعمالكم وأزكاها عند مليككم وأرفعها في درجاتكم وخير لكم من إنفاق الذهب والفضة وخير لكم من أن تلقوا عدوكم فتضربوا أعناقهم ويضربوا أعناقكم، قالوا: بلى يا رسول الله، قال: ذكر الله تعالى

Maksudnya: “Mahukah kamu semua aku tunjukkan amalan yang lebih baik dan lebih suci di sisi Tuhan-mu dan yang lebih tinggi kedudukannya? Lebih baik bagi kamu berbanding menginfakkan emas dan perak? Lebih baik dari kamu bertempur dengan musuh, kamu memancung mereka dan mereka memancung kamu?” para sahabat menjawab: “Bahkan wahai Rasulullah,” baginda bersabda: “Zikrullah taala.”

Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad di dalam musnadnya, Ibn Majah, al-Hakim di dalam al-Mustadrak, al-Tobrani di dalam al-Kabir, al-Baihaqi di dalam Syu’b al-Iman daripada Abi Darda’. Hadith ini di sahihkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak. Akan tetapi Imam Malik di dalam al-Muwattho’ menganggapnya sebagai mauquf.

Namun al-Syeikh Abdullah al-Sa’d dalam muqaddimahnya kepada kitab al-Mustofa min Azkar al-Mustofa yang ditulis oleh al-Syeikh Khalid bin Abdillah al-Dabijiy berpendapat hadith seumpama ini bukan dari pandangan sahabat, kerana teks matannya berbunyi: “Mahukah kamu semua aku tunjukkan amalan yang lebih baik dan lebih suci di sisi tuhan-mu…” maka hukum hadith ini adalah hukum marfu’.

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata: “Terdapat tiga kedudukan, pertama: Zikir (mengingati Allah) dan jihad, ia adalah kedudukan yang peling tinggi. Allah berfirman:

يا أيها الذين آمنوا إذا لقيتم فئة فأثبتوا واذكروا الله كثيراً لعلكم تفلحون

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.” (al-Anfal: 45)

Kedua: “Zikir (mengingati Allah) tanpa jihad, ini lebih rendah dari yang awal. Ketiga: Jihad tanpa zikir, ini yang paling rendah dari dua di atas. Dan orang yang berzikir lebih utama daripada jihad tanpa zikir ini, ini kerana disyariatkan jihad itu untuk zikirullah (mengingati Allah), maka maksud daripada jihad itu ialah mengingati Allah, diabdikan diri kepadaNya sahaja dan mentauhidkanNya, maka mentauhidkanNya, mengingatinya dan ibadah kepadanya adalah tujuan penciptaan.” (sila lihat Hasyiah Ibn al-Qayyim 7/126)

Al-Son’ani berkata: “Hadith ini tidak bertentangan dengan hadith-hadith tentang kelebihan jihad, dan bahawasanya jihad itu lebih utama daripada zikir, ini kerana yang dimaksudkan dengan zikir yang lebih afdhal daripada jihad ini adalah zikir lisan, hati dan memikirkan/menghayati maknanya, dan merasai kebesaran Allah taala. Maka jika begini dia lebih afdhal daripada jihad, manakala jihad lebih afdhal daripada semata-mata zikir dengan lisan sahaja. Kata Ibn al-‘Arabi: “Sesungguhnya tidak ada satu amalan saleh melainkan zikir adalah syarat dalam penerimaannya, sesiapa yang tidak mengingati Allah (zikirullah) ketika bersedekah, puasa, solat atau haji, maka amalannya bukanlah amalan yang sempurna, kerana itu jadilah al-Zikr (mengingati Allah) amalan yang lebih afdhal pada pertimbangan ini. (sila lihat Subul al-Salam 8/296) -

(perantaraan laman islamtoday)
 
2) Sabda Nabi: "Jika zaman telah menghampiri hari Kiamat, maka mimpi seseorang itu hampir tidak dusta, manakala mimpi orang mukmin adalah sebahagian dari seperempat puluh enam dari kenabian" [Riwayat Abi Hurairah]

Hadith Kedua

Hadith ini juga sahih, diriwayatkan di dalam al-Bukhari dan Muslim, terdapat beberapa lafaz yang berbeza, antaranya:

إذا اقترب الزمان لم تكد رؤيا المؤمن أن تكذب ، وأصدقهم رؤيا أصدقهم حديثا ، والرؤيا ثلاث : فالرؤيا الصالحة بشرى من الله ، والرؤيا تحزين من الشيطان ، ورؤيا مما يحدث به المرء نفسه ، فإذا رأى أحدكم ما يكره فليقم فليصل ولا يحدث بها الناس .

Maksudnya: “Apabila telah menghampiri zaman, mimpi seseorang yang beriman itu hampir tidak dusta, dan yang paling benar mimpinya dikalangan kamu ialah orang yang paling benar percakapannya. Mimpi itu ada 3: Mimpi yang baik, khabar gembira daripada Allah, mimpi kesedihan daripada Syaitan dan mimpi dari perkara yang dilaluinya sendiri. Maka apabila seseorang dari kamu melihat apa yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bangun dan menunaikan solat, dan jangan dia ceritakan kepada orang lain. (HR Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud)

Di dalam sahih al-Bukhari pula dengan lafaz:

إذا اقترب الزمان لم تكد رؤيا المؤمن تكذب ، ورؤيا المؤمن جزء من ستة وأربعين جزءا من النبوة

Maksudnya: “Apabila telah menghampiri zaman, mimpi seseorang yang beriman itu hampir tidak dusta, dan mimpi orang yang beriman itu satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian…”

Hadith-hadith tentang bab ini, ia berbeza-beza dari sudut menyebut bilangan. Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith dalam bab ini menyebut beberapa riwayat yang berbagai. Sebahagian riwayat menyebut: “mimpi yang baik itu satu bahagian daripada 70 kenabian..” seperti di dalam riwayat Muslim sendiri, di dalam muslim juga ada riwayat yang menyebut sebahagian daripada 45 bahagian kenabian. Riwayat yang masyhur menyebut 46. Selain dari riwayat muslim ada riwayat dari Ibn ‘Abbas dengan 40 bahagian, ada juga 49 bahagian, dari riwayat al-‘Abbas 50 bahagian, riwayat daripada Ibn ‘Umar 26 bahagian, riwayat ‘Ubadah menyebut 44 bahagian.

Sebahagian ulama berpendapat perbezaan ini merujuk kepada perbezaan keadaan orang yang mengalami mimpi tersebut. Sebagai contoh seorang yang benar-benar soleh, mimpinya lebih benar berbanding orang yang fasik. Antara yang menyatakan pendapat ini ialah al-Imam al-Tobari.

Namun apakah maksud mimpi itu satu bahagian daripada kenabian?

Al-Syeikh Muhammad al-Munajjid di dalam laman islamweb.net berkata, Kenabiah itu ada bahagian yang berbagai, ada bahagian tentang pensyariatan dan hukum hakam, ada bahagian tentang khabar-khabar dahulu dan akan datang yang termasuk perkara-perkara ghaib, demikian juga ada bahagian tentang khabar gembira dan ancaman, dan mu’jizat.

Al-Syeikh Muhammad al-Munajjid menyambung: Mimpi yang benar itu, mungkin menunjukkan suatu yang akan berlaku akan datang, samaada ia berbentuk khabar gembira atau sebagai peringatan, samaada ianya suatu yang baik atau tidak, atau tentang suatu keburukan yang akan berlaku, agar seorang mukmin dapat bersedia berhadapan dengan perkara keburukan yang akan berlaku itu. Mimpi juga mungkin berlaku sebagai pengkharan-pengkhabaran sesuatu yang akan berlaku akan datang, sepertimana kenabian, satu bahagian daripadanya adalah pengkhabaran-pengkharan, maka mimpi menjadi satu bahagian daripada kenabian dalam bab ini. Ini dikuatkan dengan hadith Nabi saw:


‏لَمْ يَبْقَ مِنْ النُّبُوَّةِ إِلَّا الْمُبَشِّرَاتُ قَالُوا وَمَا الْمُبَشِّرَاتُ قَالَ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ

Maksudnya: “Tidak akan kekal dari kenabian melainkan al-Mubassyiraat, para sahabat bertanya: apakah mubassyiraat itu, Jawab baginda: Mimpi yang benar.” (HR al-Bukhari)

Al-Imam Ibn Hajar ketika mensyarahkan hadith ini menyertakan sama sebuah hadith bagi Abu Ya’la daripada Anas bin Malik:


إِنَّ الرِّسَالَة وَالنُّبُوَّة قَدْ اِنْقَطَعَتْ وَلَا نَبِيّ وَلَا رَسُول بَعْدِي وَلَكِنْ بَقِيَتْ الْمُبَشِّرَات , قَالُوا : وَمَا الْمُبَشِّرَات ؟ قَالَ : رُؤْيَا الْمُسْلِمِينَ جُزْء مِنْ أَجْزَاء النُّبُوَّة

Maksudnya: “Sesungguhnya risalah dan kenabian itu telah terhenti, tidak ada nabi lagi dan tidak ada rasul lagi selepas-ku, akan tetapi akan kekal al-Mubassyiraat. Sahabat bertanya: Apakah al-Mubassyiraat itu?” Jawab baginda: Mimpi orang muslim satu bahagian daripada bahagian-bahagian kenabian.”

Ibn al-Tiin (اِبْن التِّين) berkata: “Maksud hadith ini ialah bahawasanya wahyu akan terhenti dengan kematian-ku (Nabi saw), dan tidak akan kekal apa yang diketahui daripadanya apa yang akan berlaku, melainkan mimpi.”

Al-Syeikh Masyhur Hasan Salman pula berkata tentang hadith ini (http://www.almenhaj.net) ketika ditanya dengan soalan:

“Apakah maksud hadith: “Mimpi yang benar itu satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian?”

Jawapan beliau:

“Hadith ini mempunyai dua maksud. Maksud yang aku lihat lebih benar dan yang masyhur, dan yang ditarjihkan oleh al-Hafidz Ibn Hajar di dalam al-fath ialah, tentang tempoh kenabian (Nabi saw) iaitu selama 23 tahun, tempoh penurunan wahyu kepada Nabi saw melalui mimpi yang benar selama 6 bulan. Maka hadith itu menceritakan nisbah mimpi yang benar dari bahagian-bahagian kenabian menyamai 1 dari 46 (bahagian). Inilah pendapat yang lebih benar, lebih zahir dan lebih selamat.
 
Dunia di ambang kiamat!!!~~~~

Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa....


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.


Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya
melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka
inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan &
perubahan muka'. Adayang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi²
wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia,
Anugerah Muzik...


4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &
hubungan dengan tetangga tidak baik.


'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.


'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil
orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang
tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan
dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....


8) Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya sahaja.


'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat
ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang
lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya telanjang.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah
hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila
mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...


10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
menggelembung( membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......


12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...



TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'
 
semua dah berlaku tunggu masa kiamat je ne..
 
bagus2.. kita sedar menyedarkan antara satu sama lain.. leka dgn dunia je.. insaf..
 
Back
Top
Log in Register