BTC USD 84,559.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Kiamat semakin hampir...Beringatlah..

Memang pun. Ahli sains & para cerdik pandai dah ramalkan dah kiamat paling awal akan berlaku pasa november/disember 2008 ni. Tinggal berapa bulan jer lagi ni. Hari raya tahun 2008 ni adalah hari raya kita yg terakhir kat dunia ni. Lepas tu,kiamat akan berlaku.

Saintis jugak meramalkan yg kiamat akan berlaku paling lewat pada tahun antara 2020-2046.

ni kalau ustaz aku nampak apa kau tulis ni kau dah kena lempang nih... tapi kadang2 bila aku baca balik jadik lawak pun ade nih...
 
ustaz ko lempang...ustazah aku dah sepak kat telinga kiri dah :eek: :mad:
 
Memang pun. Ahli sains & para cerdik pandai dah ramalkan dah kiamat paling awal akan berlaku pasa november/disember 2008 ni. Tinggal berapa bulan jer lagi ni. Hari raya tahun 2008 ni adalah hari raya kita yg terakhir kat dunia ni. Lepas tu,kiamat akan berlaku.

Saintis jugak meramalkan yg kiamat akan berlaku paling lewat pada tahun antara 2020-2046.

tak payah la duk ramal2..hari jumaat ni pun boleh berlaku kiamat.semua di tangan Nya.kita senabagi muslim buat la ibadat kepada Nya.aku cakp ni untuk diri aku jugak ni.
jahil nya aku:(
 
Ini aku dapat lagi emel berantai yg diforward-forward melalui emel. Sapa yg tulis? TAK TAU. Sumber dari mana? TAK TAU. Kesahihan cerita? TAK TAU. Kesahihan hadis yg didakwa? TAK TAU.

Assalamualaikum...
Mesti korang terkejut kan..neway, just bace dulu n evaluate it later...Allah sahaja yang tahu kebenarannya.

[Bukti kebenaran Al Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.]

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun, sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah, daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket. Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi. Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi. Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007. Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa. Ini bermakna Nabi Isa akan turun pada tahun 2022. Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062. Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066.

Semua ini telah dikaji. Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun. Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun. Cubalah anda kirakan sendiri.

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian. Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. Hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula..aman dunia akhirat..sama-sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam. Lebih baik kalau tinggalkan semua pekerjaan dunia, hal ehwal dunia dan banyakkanlah amal ibadat sbg persediaan hari kiamat ini nanti.

P/s : plz sebarkan msg nie kat seme kgkawan kite yg bragame islam..

Wallahua'lam...

Pesanan peribadi aku: Jangan percaya dgn semua emel sebaran berkenaan hari kiamat (Termasuk sebaran emel yg dipastekan di sini oleh tuan tanah thread ni). Walaupun diletak bermacam hujah termasuk hadis dan riwayat sekalipun, tapi oleh kerana benda tu dari emel yg tak diketahui sapa penulisnya, sumbernya dari mana, janganlah percaya.

Aku memang tak percaya langsung dgn emel2 berkenaan pesanan hari kiamat macam ni. Sebelum ni aku pernah tulis ramalan kononnya kiamat akan berlaku pada hujung tahun ini atau pada tahun 2066. Apa yg aku tulis tu tak betul sebab aku ambik daripada tulisan emel berantai ini.

Sblm ni aku pernah terima risalah yg kata dunia akan kiamat pada tahun 2005 selepas matinya pemerintah arab saudi. Lepas tu kata kiamat tu akan berlaku selepas hari raya aidilfitri pada hari jumaat pukul 7.30 mlm selepas maghrib waktu malaysia, tanda-tandanya bila satu malam di bulan ramadhan 10 yg terakhir tahun 2005 tu nnti kita akan terdengar malaikat israfil tiup sangkakala, masa tu malaikat israfil tengah 'overhaul' tgh servis dia punya sangkakala sebab nak ready utk diguna kiamatkan dunia ni pada hujung 2005. Bila diteliti-teliti takde pulak sumber dari mana datangnya tulisan tu, cuma sekadar sebaran melalui tgn ke tgn org lain jer. Aku dgn panas hatinya aku bakor jer risalah yg aku dpt tu. Mengarut. Sama la mcm ni sebaran dari emel ke emel.

Dulu kes kononnya penjaga kubur nabi pernah bermimpi yg nabi pesan kpd penjaga kubur dia suruh beramal ibadat, kemudian penjaga kubur nabi tu tulis surat dan disebar kepada semua org islam termasuk org melayu. Sesiapa yg terima surat tu mesti sebarkan lagi kpd 20 org, fotostat dan sebar kat 20 org. Sesapa yg tak sebar kpd 20 org nanti dia akan mati atau keluarga dia akan ditimpa bala bencana spt rompakan, kebakaran, anak gadis dirogol, isteri diculik dan mcm2 lagi yg mengarut.

Aku pernah jugak dpt surat tu, aku tunjukkan kan seorang ustaz kawan aku seorang pensyarah agama kat sebuah kolej tanya pasal benda tu. Korang tau apa yg ustaz tu buat? lepas dia baca surat tu, dia terus koyakkan. Dia kata ini surat berantai yg dicipta utk menakutkan. Takde bukti yg kukuh. Kalau nak beri peringatan bukan macam ni caranya dgn cara menakutkan, sepatutnya biarlah dgn cara yg berhemah supaya org tu sejuk hati membacanya bukan makin memanaskan hati.

JAKIM dah pernah keluarkan fatwa haram mempercayai sebaran emel berantai macam ni sebab boleh memesongkan akidah. Korang boleh check di website JAKIM. Sebab benda2 macam ni sebenarnya ditulis oleh kumpulan paderi kristian katolik di eropah yg hendak menimbulkan rasa takut & menyesatkan orang Islam supaya meninggalkan amalan pekerjaan harian dan menumpukan kepada ibadat semata-mata supaya orang Islam semakin mundur dari segi ekonomi & kehidupan.

WAJIB PERCAYA HARI KIAMAT AKAN BERLAKU, SEMAKIN HAMPIR, TANDA-TANDA KIAMAT SUDAH ADA TAPI JANGAN PERCAYA DENGAN SEBARAN EMEL BERANTAI BERKENAAN HARI KIAMAT YG TIDAK DIKETAHUI SUMBERNYA, PENULISNYA, TAHAP KEILMUANNYA, HANYA SEKADAR AGAKAN, CONGAKAN, TULISAN TANGAN SESEDAP RASA SAJA. KEMUDIAN DISEBARKAN MENERUSI EMEL KEPADA RAMAI ORANG.

Percayalah hanya daripada sumber yg sah seperti ulama, ustaz, guru-guru bertauliah, penceramah agama bertauliah, pensyarah. Setakat tulis-tulis macam ni, sesapa pun boleh tulis.
 
Last edited:

setuju cuma nak tambah sikit lagi.... percayalah kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya :) ... salah satu rukun iman tu percaya kepada kitab Allah tu.
 
Back
Top
Log in Register