Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Orang ramai dijemput memeriahkan sambutan Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 yang berlangsung di Astaka Taman Tasik Titiwangsa hari ini dengan pelbagai aktiviti interaktif dan informatif.
Bertemakan “Teknologi Pintar, Pilihan Selamat: Penggunaan AI Secara Selamat dan Bertanggungjawab”, acara anjuran Kementerian Komunikasi dan diterajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu, menawarkan panduan praktikal bagi mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat untuk anak-anak.
Sambutan HKI 2026 bermula pada 7.30 pagi ini dengan ExploRace Hari Keselamatan Internet.
Selain itu, perkongsian strategik daripada gergasi teknologi global juga disediakan antaranya oleh Meta yang membincangkan Meta Teen Account dan alat kawalan ibu bapa, TikTok pula berkongsi cara memperkasakan ibu bapa menerusi ciri keselamatan dalam talian, manakala Google memberikan pendedahan mengenai pengaktifan kawalan ibu bapa yang lebih efektif.
Bagi ibu bapa, HKI ini pastinya peluang terbaik untuk mendapatkan bantuan secara langsung daripada pasukan teknikal dan pakar MCMC untuk menetapkan ciri keselamatan pada peranti masing-masing termasuk penggunaan aplikasi kawalan.
Kemuncak sambutan ialah perasmian HKI 2026 oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil pada 10.30 pagi ini seterusnya melancarkan Kempen Internet Selamat 2026.
Orang ramai juga berpeluang menyertai Forum Internet Selamat, Tanggungjawab Semua bermula 2 petang, dikendalikan oleh personaliti media sosial, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice.
Forum menampilkan ahli panel, termasuk Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) SAC Siti Kamsiah Hassan, Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Prof Madya Dr Mohd Al Adib dan Pengasas MN Amplified Marketing Muhammad Noor atau lebih dikenali sebagai Madnor.
Sepanjang sehari acara, pengunjung boleh meneroka pameran teknologi, menyertai pertandingan e-sukan atau menimba ilmu menerusi sesi Bicara Santai dan meninjau reruai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
Hari Keselamatan Internet Berlangsung Di Tasik Titiwangsa Hari Ini
HKI, Kementerian Komunikasi, MCMC, aktiviti menari