BTC USD 81,085.5 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

**** Hari Kekasih

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUANTAN – Anak kecil yang dibawa bersama untuk tidur di dalam bilik sebuah hotel murahan bukan alasan untuk pihak berkuasa mencekup sepasang kekasih dalam serbuan sempena Hari Kekasih di sini pagi semalam.

Ketika disoal siasat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), pasangan tersebut kelihatan tergagap-gagap untuk membuktikan mereka adalah sepasang suami isteri yang sah dan ketika anak kecil itu sedang tidur.

“Mereka ditahan kerana tidak dapat membuktikan hubungan mereka sebagai suami isteri dan keadaan mereka juga amat mencurigakan walaupun terdapat seorang kanak-kanak bersama mereka,” kata Timbalan Pengarah JAIP, Mohd Ghazali Abd. Aziz.

Selain pasangan tersebut, seorang wanita yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Kesetiausahaan di sebuah kementerian di Putrajaya turut disiasat dalam serbuan tersebut.

Pegawai kerajaan berusia 22 tahun itu ditemui bersama pasangannya berusia 28 tahun yang bertugas sebagai Pembantu Perpustakaan di Universiti Malaya di dalam sebuah bilik hotel murah di bandar ini.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
 
Apa dia ingat kalau ada bawa budak pencegah maksiat tak soal detail ke bila kantoi nanti...
 
taktik ni pun tak berkesan dah ye sekarng....
 
dosa...

org skang tak takut dh nk buat kerje mcm ni. Sex d Luar ni dh jd trend skang(trend Akhir Zaman)Siapa Setuju Dng Aku Angkt Tangan.

Kalau Xda org yg nk Menangani masalah ni, Tunggulah Azab Allah.wal eyazubillah.
 
sebelum guna taktik tu..
pihak pencegah dah pikir dlu dah sebelum kamu pikir..
igt senang ke ape nak spelet jabatan agama ni..
 
sume ni cara da lapuk..pencegah maksiat da bley bce fikiran2 pelaku maksiat ni..huhu..
 
pasangan tu memang tak berhati perut.. kesian budak tu.. adakah patut bawak budak sebagai umpan untuk mereka melakukan maksiat.. amat memalukan sekali

tektik baru yang cukop hina untuk digunapakai.. padan muka penzina tu.. semoga insaf hendaknya..
 
alahai..sampai nak bwk baby..semata2 nak sambut hari kekasih..
ade2 je skg ni..
 
Back
Top
Log in Register