BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Asyura 19 Januari

boey

Legendary Member
gem
Messages
15,508
Joined
Oct 10, 2007
Messages
15,508
Reaction score
57
Points
120
kat sini pon ble lah attach benda nie..

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan sabtu, 19 JAN 2008)

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang
ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap
rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir
miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50
tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana
Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas
kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka
puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya'allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.
 
assalammualaikum...
selain yang ustaz beri nie...ade tak perkara2 lain yang brlaku mase bulan muharam...klu ble kongsi2 cerita selain fadilat hari asyura...contohnye yang kite smua tahu rasulullah berhijrah dari mekah ke madinah..yang lain2 ade tak ?
betul ke nabi adam alaihissalam dgn siti hawa tercampak ke bumi dlm bulan nie...klu salah tlg betul kan...
 
selalunya orang akan masak bubur asyura...
 
kat sini pon ble lah attach benda nie..

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan sabtu, 19 JAN 2008)

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang
ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap
rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir
miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50
tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana
Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas
kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka
puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya'allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

terima kasih atas ingatan ini..
 
PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU PADA 10 MUHARRAM

10 Muharram dianggap hari besar Islam kerana pada hari ini banyak terjadi
peristiwa penting, dan hari kemenangan para pejuang penegak kebenaran. Pada
hari itu terjadi :

q Allah SWT menjadikan 'Arasy.
q Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril as
q Allah SWT menjadikan Lauh Mahfuzh
q Hari Pertama Allah SWT menciptakan Alam
q Hari Pertama Allah SWT menurunkan rahmat
q Hari Pertama Allah SWT menurunkan hujan dari langit
q Nabi Adam as. bertaubat kepada Allah SWT, dan taubatnya diterima sehingga
ia bersih dari dosa
q Nabi Idris as diangkat oleh Allah SWT ketempat yang lebih tinggi
q Nabi Nuh as diselamatkan oleh Allah SWT ketika banjir merendam umatnya
yang zalim
q Nabi Ibrahim as diselamatkan oleh Allah SWT dari pembakaran Raja Namrud
q Allah SWT menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa as.
q Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara Mesir, setelah meringkuk beberapa tahun
akibat fitnah Siti Zulaiha.
q Nabi Ya'qub as disembuhkan oleh Allah SWT dari penyakit yang dideritanya.
q Nabi Yunus as dikeluarkan dari perut ikan paus, setelah berada didalamnya
selama 40 hari 40 malam
q Allah SWT mengijinkan Nabi Musa as membelah laut merah untuk menyelamatkan
diri dari kejaran Fir'aun dan bala tentaranya
q Kesalahan Nabi Daud as diampuni oleh Allah SWT
q Nabi Sulaiman as dikurniai Allah SWT kerajaan besar.

KISAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah SA.W bersabda : " Sesiapa yang
berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi
kepadanya pahala 10,000 malaikat dan

sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi
pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati
syahid, dan

barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka
Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.

Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang
mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh
ummat Rasulullah SA.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah
Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata
Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan
bumi pada hari Aasyura,

menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura,
menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura,

lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan
Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura,

Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit
Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura,

Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T
mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura,

Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan
akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura !".
 
Petikan dari kitab :

Taisir al-Fiqh fi Dhau’ al-Quran dan al-Sunnah (Fiqh al-Siyam) : Cetakan ketiga Muassasah al-Risalah. m.s. 142 - 145.
Oleh : Prof Dr. Yusuf al-Qaradhawi.



‘Aasyura (عاشوراء) ialah hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram (المحرم ). Manakala Taasuaa’ (تاسوعاء) adalah hari yang kesembilan dari bulan yang sama. Zahir daripada himpunan khabar (hadith-hadith) bahawasanya puasa ‘Asyura adalah sesuatu yang dikenali di sisi kaum Quraish (قريش) pada zaman Jahiliyyah, dan demikian juga dikenali (puasa ‘Asyura) di sisi penganut Yahudi.

Kata ‘A-isyah r.’anha :

“Hari ‘Asyura adalah satu hari yang orang-orang Quraish berpuasa padanya ketika Jahiliyyah. Dan Rasulullah s.a.w. juga berpuasa pada hari tersebut. Ketika sampai di Madinah Nabi s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura dan baginda menyuruh Umat Islam berpuasa pada hari tersebut. Namun apabila difardhukan puasa Ramadhan, Nabi s.a.w. bersabda :

مَنْ شَاءَ صَامَهُ، وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ

Maksudnya : “Sesiapa yang hendak, maka berpuasalah ia (pada hari ‘Asyura), dan sesiapa yang tidak mahu tinggallah ia (puasa ‘Asyura)” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kata Ibn ‘Abbas r.a. : “Ketika Nabi s.a.w. sampai ke madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura. Lalu Baginda bersabda :

ما هذا ؟ قالوا: هذا يوم صالح، نجّى الله فيه موسى وبني إسرائيل من عدوهم، فصامه موسى، فقال: “أنا أحق بموسى منكم” فصامه وأمر بصيامه

Maksudnya : “Hari apakah ini (di sisi kamu) ?” Orang-orang Yahudi menjawab : “Hari ini adalah hari yang baik. ALLAH telah memenangkan padanya Musa dan Bani Isra-il daripada musuh mereka (Fir’aun dan kaumnya). Lalu Musa berpuasa pada hari ini (’Asyura).” Sabda Nabi s.a.w. : “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu semua (orang-orang Yahudi).” Lalu baginda berpuasa pada hari tersebut (’Asyura) dan mengarahkan (para Sahabat) berpuasa padanya.” (Hadith riwayat al- al-Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah memfardhukan (mewajibkan) puasa pada hari ‘Asyura diperingkat awal, sehingga baginda mengutus seorang utusan untuk memberitahu kepada manusia lain untuk berpuasa pada siang hari ‘Asyura sekalipun mereka telah makan (sebelumnya) . Apabila difardhukan puasa Ramadhan, maka dihapuskan kefardhuannya (dihapus kefardhuan puasa ‘Asyura). Maka jadilah puasa ‘Asyura sebagai sunat sahaja.

Dari Abi Qatadah r.a. sabda Nabi s.a.w. :

صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية

Maksudnya : ” Puasa hari ‘Arafah menghapuskan (dosa) dua tahun : Tahun yang lalu dan yang akan datang. Sedang puasa hari ‘Asyura menghapuskan (dosa) setahun yang lalu.” (Hadith riwayat al-Jama’ah, kecuali al-Bukhari dan al-Tirmizi – al-Muntaqa bersama Nail al-Author, 4/323)



Nabi s.a.w. benar-benar mahu membezakan syakhsiah Islamiah (dari yang lain) dalam setiap perkara. Supaya Umat Islam merdeka / berbeza dari penganut yang lain, lalu baginda menganjurkan puasa pada hari kesembilan (dalam bulan Muharram) bersama dengan puasa pada hari kesepuluh (dalam bulan Muharram), supaya dapat dibezakan antara puasa Umat Islam dengan puasa Ahli Kitab.

Dari Ibn ‘Abbas r.a. katanya :

لما صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء, وأمر بصيامه, قالوا: يا رسول الله، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى! فقال: “فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم
التاسع” قال: فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم

Maksudnya : “Ketika Nabi s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura, dan baginda menyuruh para sahabat berpuasa padanya.”Para Sahabat berkata : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu hari yang dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasara.” Lalu Sabda Nabi s.a.w. : “Maka pada tahun hadapan insyaALLAH kita akan berpuasa (bermula) pada hari kesembilan.” Lalu Ibn ‘Abbas menceritakan : “Tidak sempat datang tahun hadapan, Nabi s.a.w. diwafatkan (oleh ALLAH s.w.t.).” (Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)



Tidak didapati sesuatu yang lain sempena ‘Asyura selain puasa. Adapun perkara yang diada-adakan oleh sebahagian manusia seperti berhias, mandi, bercelak, dan meluaskan berbelanja ahli keluarga pada hari itu, atau menjadikan hari tersebut sebagai perayaan yang disembelih padanya binatang sembelihan, dan meluaskan / perbanyakkan sesuatu amalan padanya- Semua ini daripada sesuatu yang tidak ada asalnya dari agama ALLAH, dan tidak ada dalil atasnya sesuatu dalil yang sahih.Maka dengan itu berhati-hatilah kawan, mungkin niat kita baik untuk menyampaikan sesuatu kebaikan, akan tetapi mungkin kebaikan yg nak kita sampaikan itu sebenarnya adalah bohongan dan bukannya berlandaskan quran dan hadis nabi.
 
kat sini pon ble lah attach benda nie..

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan sabtu, 19 JAN 2008)

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang
ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap
rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir
miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50
tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana
Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas
kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka
puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya'allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

Paling lawak tak masok akal adalah bab PUASA ni, puasa saja pada hari ayura ni boleh diberi ganjaran besar 1 ribu kali Haji beb, 1 ribu kali umrah dan 1 ribu kali SYAHID beb..heheh kesiannnn penat2 umat islam bersusah payah menyimpan wang untuk mengerjakan haji untuk sekali seumur hidup, tp aku berpuasa saja boleh dapat 1 ribu kali HAJI tanpa bersusah payah keluarkan wang lebih RM10K...heheheh
 
Terdapat juga umat Islam yang mengerjakan solat tertentu disiang hari Asyura atau dimalam harinya. Mereka melakukan perkara bid’ah ini lantaran berpandukan kepada hadis palsu sebagaimana di bawah ini:


مَنْ صَلَّى فِيْهِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ ، يَقْرَاُ فِى كُلِّ رَكْعَةٍ اَلْحَمْدُللهِ مَرَّةً ، وَقُلْ هَوَ اللهُ اَحَدٌ اِحْدَى وَخَمْسِيْنَ مَرَّةً غَفَرَ اللهُ لَهُ ذُنُوْبَ خَمْسِيْنَ عَامًا


“Barangsiapa bersolat padanya empat rakaat, membaca al-Fatiha sekali pada tiap-tiap rakaat, surah al-Ikhlas lima puluh kali, maka Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun”. (Hadis palsu. Lihat: Al-Ibda’ fi Madaril Ibtida’. Asy-Syeikh Ali Mahfuz)


فِى يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ تَابَ اللهُ عَلَى آدَمَ ، وَعَلَى اَهْلِ مَدِيْنَةِ يُوْنُسَ ، وَفِيْهِ وُلِدَ اِبْرَاهِيْمُ ، وَفِيْهِ وُلِدَ عِيْسَى بْنُ مَرْيَمَ ، وَفِيْهِ فُرَّقَ الْبَحْرُ لِمُوْسَى وَبَنِيْ اِسْرَائِيْلَ وَجَرَتْ السَّفِيْنَةُ وَآخِرُ ذَلِكَ يَوْمُ الْعَاشُوْرِ لِعَشْرِ مَضَيْنِ مِنَ الْمُحَرَّمِ وَسْتَوَتْ عَلَى الْجُوْدِيِّ فَصَامَ نُوْحٌ وَاَصْحَابُهُ وَالْوَحْشُ مَعَهُ شُكْرًا للهِ عِزَّ وَجَلَّ


“Pada hari Asyura Allah menerima Taubat Adam dan taubat penduduk kota Nabi Yunus. Pada hari Asyura dilahirkan Ibrahim dan padanya pula dilahirkan Isa bin Maryam. Pada hari Asyura Lautan Merah dibelah untuk Nabi Musa dan Bani Israil dan kapal Nabi Nuh belayar dan berakhir pada sepuluh Muharam. Dan dia berlabuh di atas bukit Judi. Nabi Nuh dan para sahabatnya dan binatang-binatang liar lalu berpuasa kerana bersyukur kepada Allah Azza wa-Jalla. Demikian juga binatang-binatang yang ada bersama-sama di atas bahtera itu turut sama berpuasa”. (Hadis palsu). (Lihat: Tanzihus as-Syariah. 11/150)

Berkata Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah lagi:

“Tidak terdapat sebarang hadis sahih dari Nabi s.a.w. atau sahabat-sahabat. Tiada Imam mazhab tau Tabi'en yang mensunnahkan perkara-perkara ini; sama ada ia diriwayatkan oleh hadis dhaif (lemah), atau riwayat yg sahih, Al-Sunan atau Al-Musnad. Tiada hadis yang masyhur diketahui mengenainya pada abad yang awal, tetapi pada akhir-akhir ini ada hadis yang meriwayatkan seperti :{barangsiapa yang memakai celak pada matanya pada hari Asyura tidak akan mendapat penyakit mata pada tahun itu, dan barangsiapa yang mandi pada hari Asyura tidak akan dapat penyakit pada tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga riwayat yang menunjukkan bersolat pada hari Asyura, dan ada riwayat lain yang menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi Adam bertaubat, Bahtera Nuh mendarat di Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada Nabi Yaakub, Ibrahim diselamatkan dari api, kibas di ganti sebagai binatang sembelihan menggantikan Nabi Ismail, dan sebagainya. Mereka juga meriwayatkan sebuah hadis palsu yang mendustakan Rasulullah s.a.w. berkata: {barangsiapa yang bermurah hati kepada keluarganya pada hari Assyuura, Allah akan bermurah hati kepadanya sepanjang tahun}".

Bagi perkara lain, seperti memasak makanan khas dengan atau tanpa bijirin, atau memakai baju baru, membelanjakan wang untuk keluarga, atau membeli bekalan tahunan untuk hari tersebut, melakukan solat-solat tertentu atau amalan-amalan tertentu, menyembelih binatang pada hari itu, menyimpan daging yang akan dimasak bersama bijirin, atau memakai celak atau henna, mandi, berjabat tangan diantara satu sama lain, menziarahi seseorang, menziarahi masjid dan kubur-kubur (mashhad) dan sebagainya..... kesemua ini adalah bid’ah dan salah. Tiada diantaranya yang ada kena mengena dengan sunnah Rasulullah s.a.w. atau Khulafah al-Rasyidiin. Ia tidak diluluskan oleh mana-mana imam, tidak malik, tidak at-Tsauri, tidak al-Layth ibn Sa’d, tidak Abu Hanifah, tidak al-Auzaa’i, tidak asy-Syafie, tidak Ahmad ibn Hanbal, tidak Ishaaq ibn Rahawayh, dan tiada mana-mana dikalangan Imam dan ulama' Islam......” (Ringkasan dari Fatawa Al-Kubra oleh Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah Jil. 5)
 
Back
Top
Log in Register