BTC USD 84,488.4 Gold USD 4,282.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hargai toleransi kaum melayu!!

shah_kajang

Fun Poster
Messages
733
Joined
Jan 21, 2010
Messages
733
Reaction score
32
Points
20
Salam sahabat-sahabat CG..

Biar kali ini saya mengatakan isu baru yang timbul tentang Jawatan timbalan perdana menteri yang akan diberikan oleh Anwar kepada DAP..Soalan saya kepada warga CG..WAJARKAH?

Kalaupun benar bukan Melayu boleh menjadi TPM, tidak perlu dibangkitkan kerana ia sukar menjadi realiti, apatah lagi ia menyentuh sensitiviti bangsa pribumi iaitu MELAYU ini. Lagipun pada saya, orang kanan selepas Melayu adalah bumiputera Sabah dan Sarawak, bukannya orang lain. Kalaupun mereka layak, tidak seharusnya mereka menerima jawatan TPM. Ini kerana masih ramai majoriti orang Islam yang layak dan lebih berhak di buminya sendiri. Jangan pula bandingkan dengan Thailand, kerana bukan Siam di sana lebih Siam dari Siam. Saya tidak bertujuan untuk racist,Tidakkah itu lebih baik kerana kita semua berada dalam komuniti majoriti masyarakat Melayu?

Sebagai bukan Melayu, mereka patut bersyukur berada di bumi Malaysia.Walaupun saya lahir selepas merdeka, tidak dapat melihat bagaimana kontrak sosial dipersetujui, mereka patut bersyukur kerana nenek moyang mereka diterima menjadi warganegara di bumi ini.Mereka diterima secara pukal tanpa sebarang syarat.Mereka tidak dikenakan syarat sehingga boleh mengubah dan mengganggu-gugat cara hidup dan jati diri mereka. Mereka seperti seadanya sebagaimana asal, tanpa ada ubah suai walaupun sedikit. Mereka bebas berbahasa sendiri, hidup dalam kelompok sendiri, bersekolah sendiri, malah dapat mengaut kekayaan tanpa sekatan dan halangan, sehingga kekayaan melimpah ruah. Sejarah sebegini tidak pernah berlaku di negara lain. Di negara lain, bukan sahaja mereka ditolak, malah akan dikenakan syarat-syarat yang ketat sebelum diterima menjadi warganegara. Paling ketara mereka akan diasimilasikan. Beruntung sungguh mereka di sini. Inilah nikmat yang mesti disyukuri bukan dikufuri.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa tidak ramai melayu yang berjaya atau menguasai kekayaan di bumi sendiri? Fenomena pribumi tidak berjaya di bumi sendiri bukan fenomena baru. Ia berlaku di mana-mana, terutama di negara Asia Tenggara dan juga dunia lain yang sudi menerima kedatangan mereka yang berhijrah. Kenyataan ini diakui oleh semua sarjana, kejayaan dan harta yang dimiliki oleh mereka yang berhijrah menenggelamkan kekayaan pribumi di bumi mereka sendiri, sehingga menimbulkan keresahan atau iri hati pribumi kepada mereka

Pada saya, kita merasa selamat dan selesa di bumi melayu sendiri. Melayu bersangka baik terhadap rakan mereka yang datang berhijrah. Mereka tidak dengki dengan kekayaan yang dimiliki walaupun hidup terpisah dalam kelompok sendiri mengikut cara hidup yang agak ekstrim. Melayu sudah bahagia dengan kehidupan ala kadar atau cukup makan, walaupun sikap ini tidak sepatutnya berlaku. Inilah sifat melayu yang saya kenali. Tidak tamak, bersyukur dengan apa yang ada. Jika kaya pun, sekadar boleh hidup mewah bukannya untuk membina empayar. Sikap rendah diri, lembut, sopan santun menguasai diri. Itulah Melayu menurut sajak-sajak Lim Swee Tin, Usman Awang dan Muhammad Haji Salleh yang saya pernah baca.

Hari ini kita lihat seolah-olah kaum lain mengambil kesempatan. Sikap melayu yang lemah lembut dan toleransi diambil peluang untuk menangguh di air yang keruh. Benar, Melayu tidak berapa pentingkan kekayaan kerana kekayaan tidak boleh dibawa ke mati. Hanya iman dan takwa nilaian Allah SWT. Tetapi 'orang lain' mengambil kesempatan dengan merosakkan Melayu melalui rasuah, wanita, riba, wang dan sogokan lain terbentang di depan mata.

Silap-silap kita akan jadi seperti orang Islam di Palestin dengan Yahudi. Kenapa Yahudi begitu berjaya dan dapat membina empayar walaupun bukan di bumi sendiri? Jawapannya mudah, Yahudi mengambil kesempatan di atas kelemahan atau sikap tolak ansur orang lain, terutama orang Islam. Ketika merempat, Yahudi berbuat baik dengan umat Islam di Palestin. Namun, sedikit demi sedikit mereka khianat, untuk menguasai pribumi dan kekayaan buminya. Antaranya ialah dengan memberikan pinjaman melalui sistem riba dan merasuah mereka. Bila pinjaman tidak berbayar, ditambah dengan faedah yang tinggi, maka tanah sebagai galang gantinya. Tanah milik pribumi diambil seinci demi seinci. Lama-kelamaman, kini hampir seluruh bumi pribumi Palestin terlepas ke tangan Yahudi. Bangsa yang dahulunya sehelai sepinggang, berjaya menjadikan pribumi berdagang atau merempat di bumi sendiri.
 
Back
Top
Log in Register