BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga televisyen makin murah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
NEW YORK: Ini adalah masa untuk membeli televisyen tetapi Ram Lall, seorang penjual televisyen merasa tidak gembira.

Dalam bilik bawah tanah di bilik pameran J&R, sebuah kedai menjual alat elektronik terbesar di Lower Manhattan, Lall berkata, mereka tidak lagi untung menjual peti televisyen.

Sambil menunjukkan televisyen bersaiz 55 inci jenama Sony, Lall berkata, beberapa tahun dahulu harganya RM19,000 tetapi harganya kini RM8,254.

“Kami tidak mendapat untung kerana syarikat itu memaksa kami mengurangkan harganya,” kata Lall yang berdiri di deretan set televisyen.


Harga televisyen menjadi murah, menyebabkan peniaga kekurangan untung.


Ia turut menyebabkan pengeluaran yang tinggi dan menyebabkan harga semakin jatuh akibat tekanan daripada pengeluar kos rendah dan saingan daripada penjualan Internet.

Pihak yang untung adalah pengguna kerana mereka dapat membeli televisyen dengan harga yang murah berbanding beberapa tahun lalu.

Tetapi ia ibarat mimpi ngeri kepada pengeluar dan penjual televisyen.

Pengeluar utama seperti Panasonic, Toshiba dan Sony menerima akibatnya.

Sebagai contoh, Sony terpaksa membuat perubahan dalam operasi pengeluaran televisyen kerana, menurut seorang eksekutifnya, mereka berada dalam “satu krisis besar jika mereka terus tidak membuat untung dalam penjualan televisyen”.

Malah pesaing baru seperti Samsung dan LG juga terpaksa bertungkus lumus untuk mendapatkan untung daripada pembuatan televisyen.

Untuk mengurangkan kerugian, Sony baru-baru ini mengumumkan akan menghentikan pembuatan skrin leper, projek usaha sama dengan Samsung yang dijalankan sejak 2004. - NYT


index_html
 
kopak duit nak kejar teknologi..​
 
patut laa hrga tv makin murah skrg...beza sungguh dgn hrga aku beli 3 bln lepas....
 
Memang murah skrg nih. TV LED 40" skrg ni dah sama harga dgn TV LCD 32" yg sy beli 2 thn lepas..:((
 
2012 masa untuk bertukar ke led/lcd.
jualan lcd/led kat amerika & europe dan slow sangat sebab ramai pengguna dah bertukar dari tv besar ke lcd sejak 2 tahun lepas,
pengeluar terpaksa jual borong di asia untuk elak kerugian.
 
bila sony hentikan pengeluaran flat skrin, apa jadi? hehe..
flat skrin kan ramai peminat.. stok yg lama tu nanti naik le harga dia.. baik rembat skrg..
 
Back
Top
Log in Register