azrulazman
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,843
- Joined
- Feb 11, 2010
- Messages
- 30,843
- Reaction score
- 215
- Points
- 128
KUALA LUMPUR: Harga-harga saham di Bursa Malaysia bercampur-campur pada akhir sesi pagi hari ini, selari dengan dagangan berhati-hati dalam pasaran serantau, berikutan kebimbangan terhadap ketidaktentuan di Eropah, kata peniaga.
Indeks petunjuk pasaran, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), naik 2.68 mata kepada 1,568, selepas bergerak antara 1,564.6 dan 1,568.21 di sepanjang sesi pagi.
Seorang peniaga berkata, pelabur enggan memasuki pasaran berikutan berita terbaharu dari Sepanyol yang memperlihatkan rating kredit diturunkan sekali lagi oleh Egan Jones, kepada BB- daripada B.
Indeks Kewangan meningkat 18.31 mata kepada 14,020.58, manakala Indeks Perusahaan susut 0.25 mata kepada 2,748.9 dan Indeks Perladangan turun 5.99 mata kepada 8,233.7.
Indeks FBM Emas menokok 12.47 mata kepada 10,687.4, namun Indeks FBM 70 turun 10.38 mata kepada 11,572.08 dan Indeks FBM ACE susut 14.99 mata kepada 4,253.63.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 299 berbanding 261 manakala 280 kaunter tidak berubah, 712 tidak diniagakan manakala 20 yang lain digantung.
Dagangan sederhana dengan 440.15 juta saham bernilai RM419.68 juta diurusniagakan.
Antara kaunter aktif, Naim Indah menokok 3.5 sen kepada 35.5 sen, YTL menambah lapan sen kepada RM1.90 manakala Ariantec Global dan Metronic Global menokok setengah sen kepada 13.5 sen dan 13 sen.
Bagi kaunter berwajaran tinggi, Maybank susut tiga sen kepada RM8.65, Petronas Chemicals turun satu sen kepada RM 6.64 namun Sime Darby untung satu sen kepada RM9.61 dan CIMB meningkat tujuh sen kepada RM7.43. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hargasahambercampur-campurpadaakhirsesipagi/Article