BTC USD 60,054.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga minyak turun

ipins

Active+ Member
Messages
4,728
Joined
Dec 20, 2009
Messages
4,728
Reaction score
101
Points
33
oil-1_1544753988.jpg

SINGAPURA: Harga minyak susut hari ini selepas naik lebih dua peratus hari sebelumnya.

Bagaimanapun, harga disokong harapan bahawa pasaran akan meningkat lebih pantas daripada jangkaan di tengah-tengah pengurangan bekalan oleh pengeluar utama.

Pengeluaran dibendung Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan beberapa negara bukan OPEC termasuk Russia yang dapat membantu mewujudkan senario pengurangan bekalan menjelang suku kedua tahun depan, kata Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).

West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$52.42 satu tong pada 0118 GMT, turun 0.3 peratus daripada penutup sebelumnya.

Penanda aras antarabangsa Brent berada pada AS$61.06 satu tong pada 0135 GMT, susut 39 cent, atau 0.6 peratus, berbanding penutup sebelumnya.

Sebagai sebahagian daripada persetujuan pengurangan bekalan oleh OPEC minggu lalu, penerajunya, Arab Saudi, bercadang mengurangkan pengeluarannya kepada 10.2 juta tong sehari pada Januari. - Reuters

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/12/508888/harga-minyak-turun
 
harga minyak mentah turun,malaysia negara pengeluar minyak..harga masih rm2.20 dan akan naik lgi thun depan..tepuk
 
Bahaya harga minyak turun. Bajet negara base pada harga USD $70 sekarang dah jatuh jadi $50

Itulah jadinya bila yang memimpin negara terdiri daripada mereka2 yang telebih cerdik tentang ekonomi.. hanya tahu menabur janji2 palsu pada rakyat..
 
Harge minyak turun, income petronas kurang untuk eksport minyak mentah jer... Tapi banyak lagi keuntungan sbb diorang proses minyak jadi produk, yang tu x turun harge..

Malaysia pun import minyak, so harge minyak jatuh sekaligus mengurangkan kos operasi..Proses minyak jadi produk, eksport dgn harge same. Bukan ke generate lebih keuntungan ke?

Kadang² terpikir jugak, adakah kejatuhan harge minyak betul² merugikan negara @ propaganda sahaja??
 
Last edited:

tu belum lagi kelantan, terengganu, sabah, sarawak tuntut hak minyak lebih banyak.

konpom nangis gomen kekurangan income.
 
Masa harga minyak naik,kerajan kata kena naik kan harga jika tak kena tanggung subsidi banyak.
Masa harga turun ,kerajaan kata minyak kena naik sebab pendapatan kerajaan/Petronas berkurangan.

Pi mai pi mai rakyat kena kencing dgn mrk.:p:p:)):))

Zaman kerajaan lama, harga minyak dunia turun, minggu tu harga minyak dipetrol pam pun turun.

Apapun pada aku, kejatuhan harga minyak dunia, kejatuhan harga minyak sawit, getah, kejatuhan duit tabung rezab negara, kejatuhan nilai ringgit, kejatuhan saham, kejatuhan fdi pelaburan asing dan lain2 kejatuhan memang memberi kesan teruk kepada pendapatan negara.
 
tindakan kerajaan memansuhkan GST tergesa2 selepas beberapa hari memainkan peranan/kesan pada kewangan negara.
Sepatutnya selepas 3 bulan selepas mrk lihat kewangan negara baru mansuh berperingat2....
 
Back
Top
Log in Register