BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga khidmat Internet lebih murah

ammarhensem

Banned
Messages
314
Joined
Feb 9, 2015
Messages
314
Reaction score
16
Points
15
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memulakan perbincangan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk menurunkan harga perkhidmatan jalur lebar.

"SKMM juga bercadang mengadakan siri perbincangan dengan pihak industri pada suku kedua tahun ini mengenai kawal selia harga runcit bagi memastikan peraturan-peraturan selaras dengan perkembangan semasa, sesuai dengan sektor komunikasi dan multimedia yang kian berkembang," kata pengerusinya Datuk Seri Halim Shafie

Beliau menambah, harga berpatutan untuk perkhidmatan komunikasi seperti pakej jalur lebar bukan sahaja akan mengurangkan beban rakyat bahkan juga meningkatkan kadar pengambilan pakej

Dengan penurunan harga itu, rakyat khasnya golongan berpendapatan rendah tidak akan ketinggalan
dalam era digital ini, tambah SKMM dalam satu kenyataannya hari ini.

Sehubungan itu, Halim kata, SKMM akan melaksanakan kajian semula terhadap kadar runcit dan akan bekerjasama dengan pihak industri bagi membangunkan harga pakej jalur lebar yang berpatutan demi manfaat jangka panjang pengguna.


http://www.malaysiakini.com/news/289424
 
haramkan sistem quota.. tu ajer yg penting... dasar cekik darah yg diamalkan selama ini mmg menindas rakyat terutamanya pengguna
 
rasenye dah ader dulu pasal usul suh turunkan harga nie..sekarang kuar balik maknenye usul yang dulu telco company nie wat x tau jer la? #:-S
 
br nak bincang...perlaksanaannye belum tentu atau pun 5 thn lg...
 
kalau turun atleast 40%-50% aku sokong...
kalau takat turun RM5-6 ringgit... tak payah turun pon takpe..
 
Klu bagi arahan tak blh ke ?
Comp dh terlalu untung sangat.
Bila bncng sambil mkn kuih, kuihnya habis.
Keputusan thn dpn kita bncng lagi samaada thn dpn blh bncg nak bncng lagi ke tak ?
Bncg lagi.
 
Back
Top
Log in Register