BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga kapcai cecah RM13,000

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Motosikal kapcai milik Assaari yang menjadi perhatian orang ramai.
< 1 / 1 >
KUALA KURAU - Minat mendalam menghias motosikal klasik mendorong pesara kerajaan, Assaari Hussin, 62, dari Kampung Tok Pulut, di sini, menghias motosikal Honda C70 yang dibelinya dengan harga RM500.

Assaari berkata, motosikal yang lebih dikenali kapcai dalam kalangan penduduk dibelinya dalam keadaan usang sebelum dibaik pulih dan dihiasnya setiap kali mempunyai wang lebih.

“Bermula dengan mengecat, penambahan aksesori luaran selain meningkatkan keupayaan enjin motosikal, kini motosikal saya lebih elegan sekali gus mampu menarik minat orang ramai untuk melihatnya.

“Sehingga kini, saya didatangi lebih 30 peminat motosikal antik dan ditawarkan dengan nilai harga setinggi RM13,000 semata-mata untuk memiliki motosikal ini. Namun, setakat ini saya terpaksa menolak
kesemua tawaran itu kerana terlalu sayang dengan motosikal tersebut,” katanya.

Menurutnya, dia mula membaik pulih dan menghias motosikal kapcainya sejak 2001 dan menghabiskan RM8,000 untuk tujuan berkenaan.

"Walaupun minat saya kurang disenangi ahli keluarga, namun saya berasa puas setiap kali dapat menunggang motosikal ini. Apabila saya menunggangnya, saya pasti akan menjadi tumpuan ramai.

“Selain itu, ramai penduduk terutama golongan remaja berebut-rebut untuk mengambil gambar di samping motosikal ini untuk dijadikan kenang-kenangan,” katanya.

Assaari berkata, dia juga melalui pengalaman melucukan apabila motosikalnya dikerumuni sekumpulan penunggang motosikal remaja semasa diletakkan di hadapan sebuah kedai runcit di
kampungnya.

“Pada mulanya, kumpulan remaja itu menyangka motosikal tersebut kepunyaan orang muda, namun mereka terkejut melihat saya menaiki motosikal itu dan sejak itu saya dipanggil Saari Cantik kerana mempunyai motosikal klasik,” katanya.


suber: http://www.sinarharian.com.my/harga-kapcai-cecah-rm13-000-1.246924
 
kalau solek memey lawa da C70 ni, aku ade sebiji ingat nak buat jugak. nak jdkan mcm asal je da 2K nak tuko body belakang lg haha
 
lg cantik dr ni kt mudah 4-5k je..poyo je pakcik ni rm13k xmau jual hehe
 
yg ni 4k..mana lg cantik?

0286926572.jpg
 
bohong jer pakcik ni..sape nak bl motor cmtu 13k
 
Pakcik tu je perasan moto dia cantik....aku pernah jumpa lagi cantik dari ni la pakcik oi...pada aku, moto pakcik ni biasa2 je...tak cantik mana pun...
 
barang lama ada harga
 
masa kat kampung dulu ada cina offer 3k nk beli motor c70 atuk aku.. motor stendet je pun.. dah ada karat2 pulak tu.. geran, roartax semua x de dah.. terkejut dgr dia nk beli 3k..
 
mnt punya pasal ni kdg2 mmg harga jd x masuk akal..beli je sebijik lg pakcik, bikin n jual..:)
 
Back
Top
Log in Register