BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga ikan kini melambung

-pojie-

CG Top Poster Club
gem
Messages
21,035
Joined
Oct 29, 2008
Messages
21,035
Reaction score
57
Points
130
ne_01.1.jpg


KUALA LUMPUR – Harga ikan di seluruh negara dijangka melambung tinggi sehingga Februari tahun hadapan setelah mengalami kenaikan mendadak sejak sebulan lalu ekoran musim tengkujuh yang dihadapi ketika ini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Mohamed Dolmat (gambar) berkata, peningkatan harga ikan tersebut tidak dapat dielakkan memandangkan musim hujan membuatkan sebahagian besar para nelayan tidak boleh turun ke laut seperti biasa.

Jelasnya, keadaan itu telah menyebabkan jumlah tangkapan ikan menurun dan menjadi punca ikan dijual pada harga yang tinggi di pasaran.

“Masalah ini akan membelenggu pengguna sehingga bulan Februari tahun hadapan kerana musim tengkujuh yang dihadapi sejak Oktober lalu hanya akan berakhir pada bulan berkenaan.

“Jadi, orang ramai yang bergantung harap kepada ikan disarankan menggantikan ia dengan bahan lain seperti ayam jika tidak sanggup membeli ikan dengan harga yang mahal,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengenai rungutan orang ramai mengenai kenaikan mendadak harga ikan di pasaran ketika ini.

Dalam satu tinjauan di Alor Setar mendapati, harga ikan kembung naik mendadak apabila ia dijual pada harga RM10 sekilogram berbanding hanya RM3 sebelum ini malah ia turut dijual setinggi RM12 di sesetengah kawasan.

Seorang peniaga, Ali Harun, 43, berkata, cuaca yang tidak menentu menyebabkan nelayan tidak dapat ke laut dan terpaksa dia mendapatkan bekalan ikan dari Kuala Kedah namun dengan jumlah yang kecil iaitu hanya 60 kilogram sehari berbanding 500 kilogram sebelum ini.
 
"Dalam satu tinjauan di Alor Setar mendapati, harga ikan kembung naik mendadak apabila ia dijual pada harga RM10 sekilogram berbanding hanya RM3 sebelum ini malah ia turut dijual setinggi RM12 di sesetengah kawasan."
aik...harga ikan kembung RM3 sekilo.murah siot dah tu.harga ikan kembong kat kelantan dan terengganu pun asal harga dah RM10.kira murah dah tu RM10.kompius kompius
 
"Dalam satu tinjauan di Alor Setar mendapati, harga ikan kembung naik mendadak apabila ia dijual pada harga RM10 sekilogram berbanding hanya RM3 sebelum ini malah ia turut dijual setinggi RM12 di sesetengah kawasan."
aik...harga ikan kembung RM3 sekilo.murah siot dah tu.harga ikan kembong kat kelantan dan terengganu pun asal harga dah RM10.kira murah dah tu RM10.kompius kompius
wartawan ni main tulis aja kot.... ikan kembung apa yg rm3 tu...ikan kembung 1malaysia ke?
 
kat psr borong selangor sblm ni ikan kembung 9-10 hinggit sekilo. cam mana kt alor star boleh murah giler.. ikan yg sudah kembung kut.
 
maka berkata satu menteri "harganya masih rendah berbanding negara jiran" tp kalo kita tanya balik sapa yang cakap mati hidup balik tak ngaku..."stendend puok ameno 3 suku menipu menipu menipu menipu menipu menipu...tak gitu yahya ali bukit tunku?setuju?
 
nt kedai ikan 1 mesia ada..jangan risau.huhuh
 
mmg biasanya kat sebelah utara ni harga ikan kembung sekitar RM3-RM6 sekilo. Bukan ikan yg dh 'kembong' ya..ikan fresh lg..tp akhir2 ni dh mahal antara RM8-RM12..
 
hari ini harga ikan bukan lagi RM10 tapi dah mencecah RM15 kat pasar borong Melaka...nampaknya harga ikan lebih mahal dari harga ayam.
 
Back
Top
Log in Register