BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga Bahan Api Tidak Akan Diturunkan

azlann1981

Super Active Member
Messages
5,538
Joined
Apr 13, 2006
Messages
5,538
Reaction score
254
Points
91
KUALA LUMPUR 19 Jan. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga bahan api tidak akan diturunkan walaupun harga minyak mentah dunia semakin jatuh dan kini berlegar pada paras AS$50 (RM175) setong.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan tidak akan membuat keputusan secara tergesa-gesa sebaliknya perlu memantau pergerakan harga minyak terlebih dahulu.
Katanya, penentuan harga minyak adalah tugas yang sukar dan kerajaan tidak boleh membuat sebarang perubahan hanya berdasarkan harga minyak semasa.
“Seperti yang anda tahu, harga minyak selalunya berubah-ubah. Dalam hal ini adalah lebih baik kita berhati-hati kerana kita tidak tahu sama ada harga minyak sekarang benar-benar sudah turun dan tidak akan naik lagi atau kemungkinan akan naik semula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan Keenam di Bank Negara Malaysia di sini, hari ini.
Ditanya sama ada kerajaan bercadang untuk menurunkan harga minyak sekiranya harga bahan api itu terus menyusut, beliau berkata: “Jangan bertanya soalan berbentuk spekulasi kerana kerajaan tahu mengambil langkah terbaik.”
Perdana Menteri berkata, kerajaan menyedari kenaikan harga minyak memberi kesan kepada perbelanjaan rakyat dan sentiasa mengambil kira kebajikan rakyatnya.
Harga minyak mentah yang diniagakan di New York hari ini berlegar pada paras AS$50 setong selepas jatuh di bawah paras itu kelmarin, iaitu harga terendah sejak bulan Mei 2005 berikutan berlakunya peningkatan stok bahan berkenaan di AS.
Harga bahan api itu pernah mencatatkan harga tertinggi iaitu AS$78 (RM273) setong pada pertengahan tahun lalu.
Pada Februari tahun lalu, kerajaan telah menaikkan harga runcit minyak petrol dan diesel sebanyak 30 sen seliter serta harga runcit gas petroleum cecair (LPG) sebanyak 30 sen sekilogram (kg).
Sementara itu, Perdana Menteri sekali lagi menegaskan bahawa semua projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan dibiayai melalui dana tempatan kerana kerajaan telah membuat peruntukan khusus bagi projek-projek yang akan dilaksanakan.
 
huhu janji x naik.. jgn naik sudah!!

awat memang dah xleh turun ka once ah naik? pernah ke kerajaan kita turunkan rate myk?
 
huhu janji x naik.. jgn naik sudah!!

awat memang dah xleh turun ka once ah naik? pernah ke kerajaan kita turunkan rate myk?

huhu..betul tu..agak mustahil utk krjaan turun harga minyak.
tapi kalo nak naikkan harga minyak cepat je...siap bagi berbagai-bagai alasan lagi..
 
hehehe mula la buat perbandingan..

mcm tol jugak arr.. xda idea lain ka.. keuntungan petronas diperlukan bagi menamapung kos2 projek mega abdullah badawi!!
 
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan tidak akan membuat keputusan secara tergesa-gesa sebaliknya perlu memantau pergerakan harga minyak terlebih dahulu.
Katanya, penentuan harga minyak adalah tugas yang sukar dan kerajaan tidak boleh membuat sebarang perubahan hanya berdasarkan harga minyak semasa.
Kenapa bila harga minyak naik dulu diaorang tergesa-gesa naikkan harga minyak
Sekarang harga minyak dah turun, tak tergesa gesa la pulak :cool:
 
Diaorang sell pada new high USD60 setong.
Gomen ni pandai.. trade barrel nak dapat untung.

yang merana rakyat la..taraf hidup naik,gaji takat tu gak tak berubah2..
 
pangkah. jangan lupa pangkah nanti. pastikan pangkahan anda berada di tempat yang betul :D
 
Kate nak pantau..tak nak wat keputusan tergesa2...kalo nak turun pelbagai lak alasan...kalo harga naik, cam2 isu dibangkitkan...

kalo tak salah aku, subsidi kerajaan utk minyak kan depends pd harga minyak setong dunia..kan die ade portion dr segi harga yg dibayar pengguna dan nilai subsidi kerajaan..so kalo harga minyak dunia turun spttnya harga minyak pasaran utk pengguna pun kene la turun sama...

Pd aku kerajaan dah mulai transparent tp tak cukup telus lg...mcm ler rakyat tak nampak semua tue...
 
Back
Top
Log in Register