InstaForexRebat
CG Hardcore Club

- Messages
- 58,370
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 58,370
- Reaction score
- 5,557
- Points
- 721
Harapkan pegar, pegar makan padi - beginilah nasib seorang wanita Korea Selatan apabila terlalu mengharapkan robot penyedut habuk menolongnya membersihkan rumah.
Sewaktu wanita 52 tahun itu, yang tidak didedahkan namanya, sedang tidur di lantai rumahnya di bandar Changwon, robot pembersih itu menyedut rambut tanpa disedarinya.
Kaget dengan kejadian itu setelah gagal melepaskan dirinya daripada sedutan berkuasa robot itu, lapor portal The Guardian semalam, wanita itu memanggil anggota bomba untuk menyelamatkannya.
Dengan bantuan penyelamat dan anggota paramedik, wanita itu berjaya dipisahkan daripada mesin itu, lapor akhbar tempatan Kyunghyang Shinmun.
Mujurlah tiada kecederaan serius dialaminya. Kira-kira 10 urat rambut rosak, lapor portal Inggeris itu lagi
Robot pembersih lantai semakin popular kini sejak diperkenalkan pada 2002. Syarikat pengeluar iRobot di Amerika Syarikat berjaya menjual lebih 10 juta unit sejak lebih sedekad lalu.