ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Mangsa gempa Nepal mengerumuni bantuan yang dijatuhkan dari helikopter di Kharibot, semalam.
KATHMANDU - NEPAL. Kerajaan Nepal menolak kemungkinan untuk menemui lebih ramai mangsa yang masih hidup di bawah sisa runtuhan bangunan selepas gempa bumi melanda negara itu, minggu lalu.
Pada masa sama, pihak berkuasa mengumumkan angka kematian akibat gempa berukuran 7.8 pada skala Richter itu meningkat kepada 6,621 orang.
Difahamkan, usaha menyelamat dan mencari mangsa kini ditumpukan ke kawasan yang masih belum menerima bantuan kemanusiaan.
"Bencana ini sudah seminggu berlaku. Jadi, sekarang saya fikir tiada kemungkinan untuk menemui mangsa yang masih hidup.
"Apa pun, kami telah berusaha bersungguh-sungguh dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Laxmi Dhakal, semalam.
Dhakal menambah, angka mangsa yang cedera dalam tragedi itu pula meningkat kepada 14,023 orang.
Difahamkan, lebih 100 orang terkorban di negara jiran India dan China.
Beribu-ribu mangsa yang terselamat di Nepal kini mendirikan khemah di kawasan terbuka kerana bimbang dengan gempa susulan. - AFP