BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hanya dibalut kain tuala

feer6452

Super Active Member
Messages
8,855
Joined
Apr 23, 2011
Messages
8,855
Reaction score
26
Points
70
image.jpg

Kanak-kanak ini pula ditemui di tapak Pesta Pulau Pinang.



BALIK PULAU - Tangisan seorang bayi perempuan di kaki lima sebuah blok di Tingkat Paya Terubong di sini, mengejutkan penghuninya yang ketika itu dikatakan berada di dalam rumah mereka, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, bayi perempuan yang dijumpai dalam keadaan dibaluti dengan kain tuala dipercayai baru dilahirkan kurang 12 jam lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan seorang bayi yang diletakkan di atas lantai tanpa dilapikkan dengan sebarang kain atau kotak.

“Hasil siasatan mendapati bayi terbabit berada dalam keadaan sempurna dan dipercayai ditinggalkan di tepi kaki lima blok berkenaan.

“Bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut dan siasatan diteruskan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dijumpai oleh pekerja tapak Pesta Pulau Pinang pada jam 2.30 pagi semalam.

Mohd Hatta berkata, kanak-kanak yang memakai baju-t dan berseluar pendek itu ditemui di hadapan pintu masuk tapak pesta.

“Kanak-kanak terbabit kini berada di Balai Polis Sungai Nibong dalam keadaan selamat. Tiada sebarang dokumen yang dijumpai pada dirinya.

“Hasil soal siasat terhadap kanak-kanak itu, dia menyatakan dirinya bernama Jihan namun tidak dapat memberitahu dengan jelas siapa ibu bapanya.

"Hebahan sudah dibuat. Setakat ini tiada individu atau keluarga yang hadir ke balai untuk tuntutan.

"Saya minta kepada sesiapa yang mengenali waris kanak-kanak ini supaya tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

Mohd Hatta berkata, satu laporan akan dibuat manakala kanak-kanak terbabit akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri untuk tindakan lanjut.
 
jihan dah jadi artis sekarang...dah boleh berdikari..sebab tu mak bapak dia tinggalkan kot...
 
Kesian btol dua2 budak ni..smoga dlindungi diri dan masa dpn mreka..:(
 
teringat lak aku satu cerita cerekarama 'jihan tak nak balik raya'...heheh
 
tinggal cmtu je? klo die tau jual bole dpt ribu2 mesti jual dah
 
Back
Top
Log in Register