BTC USD 84,053.8 Gold USD 4,293.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hantu Kak Limah 2018

32m tuu..pecah segala rekod mak nenek movie malaysia
 
32juta tuh...power molek
nk smbung kak limah 3 xleh doh...kak limah mati..mesti abe mat nyesal matikan watak kak limah
 
222.jpg

HANTU KAK LIMAH CIPTA DIMENSI BARU RAIH RM32.5 JUTA!

Buat julung kali dalam lipatan sejarah perfileman tanah air menyaksikan filem tempatan berjaya meraih kutipan pecah panggung RM32.5 juta menerusi filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid.

Pihak penerbit Astro Shaw dan Infinitus Gold sama sekali tidak menjangkakan sambutan Hantu Kak Limah mampu pergi sejauh ini dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura kerana menyokong filem ini. Malah, menariknya, ramai penonton yang sudah menyaksikan filem ini lebih dari 7 kali. Ternyata filem ini adalah untuk hiburan sekeluarga.

HKL masih ditayangkan di 148 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura
ni kutipan dkt msia je ke campur negara2 lain tu
 
tiap kali scene uqasha, tumpuan aku pd perjalanan cerita ni sikit terganggu.. :D:D:D
mata hanya tertumpu kat 1 tmpt je..

aku tertumpu pada 2 tempat ...mcm mana hang blh fokos satu je bro...hehe.....


harap hkl ni blh potong kutipan 2 alam la...stakat ni 40 juta xtergugat
 
Sambungan Hantu Kak Limah tahun depan?

image.jpg


KUALA LUMPUR 27 Ogos – Kejayaan filem Hantu Kak Limah (HKL) arahan sutradara tersohor, Mamat Khalid mencatat kutipan RM32.5 juta dalam tempoh 18 hari tayangan memberi inspirasi kepada syarikat produksi Infinitus Gold Sdn. Bhd., untuk menerbitkan sambungannya tahun depan.


Mengakui kejayaan HKL mengaut kutipan sebanyak itu begitu luar biasa, Penerbit Eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-lin Pillai memberi bayangan naskhah ber*kenaan akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Gayatri berkata, idea untuk menerbitkan sambungan HKL masih dalam peringkat perbincangan dan kata putus hanya akan dibuat selepas semua pihak yang terlibat dalam filem ini memberi persetujuan.

“HKL merupakan filem kedua terbitan Infinitus Gold dan saya sendiri tidak menjangka sambutan luar biasa yang diterima daripada filem arahan Mamat Khalid ini. Menerusi kenyataan yang diberikan Mamat, mungkin kami akan meneruskan francais filem ini. Bagaimanapun buat masa ini semuanya masih dalam proses perbincangan.

“Jika tiada aral filem kelima dalam siri Kampung Pisang ini dijangkakan akan ditayangkan pada tahun depan pula,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Gaytri berkata demikian sebagai mengulas kejayaan filem HKL terbitan Infinitus Gold yang melakar sejarah baharu dalam gelanggang perfileman Melayu apabila mencatat rekod kutipan tertinggi selepas 18 hari ditayangkan di pawagam.

Kejayaan HKL mencatat kutipan RM32.5 juta disokong oleh jalan cerita filem berkenaan yang disifatkan sangat menarik serta sarat dengan unsur-unsur humor selain masa tayangan yang bertepatan dengan musim pe*rayaan dan cuti sekolah.

Sementara itu, Gayatri turut memberitahu, syarikat penerbitan filem itu juga sedang merancang untuk mengadakan majlis me*raikan kejayaan filem berkenaan pada minggu hadapan.

Filem HKL merupakan judul keempat dalam siri Kampung Pisang bermula dengan Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah serta Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.

Naskhah berkenaan mengisahkan Kak Limah yang baru sahaja berumah tangga, telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam kebun.

Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah Datuk Awie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose dan Delimawati.

Mamat juga menampilkan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr. Vida serta artis popular, Erra Fazira sebagai bintang undangan khas dalam HKL.


http://www.utusan.com.my/hiburan/sambungan-i-hantu-kak-limah-i-tahun-depan-1.737164
 
Rezeki hantu kak limah

Movie camnie la dato aliff ngan sajat kene berlakon

Cuba buat movie hantu abang ke kakak sajat mesti laku lepas nie
 
kak limah dah mati...

camne ada movie baru

cite kampung pisang ok kot
 
kalau boleh jgn le buat tergesa2 sambungan die..amik pengalaman cite2 mcm zombi kilang biskut, etc..yg kureng sket...biar rakyat marhaen rasa 'rindu' pada cite2 ko Mamat khalid..baru ko buat...n kalau boleh kumpulkan balik org2 lama mcm ac mizal, johan, usopwilcha, sopi jikan..kire reunion la...baru le bedesup peginye
 
222.jpg

HANTU KAK LIMAH CIPTA DIMENSI BARU RAIH RM32.5 JUTA!

Buat julung kali dalam lipatan sejarah perfileman tanah air menyaksikan filem tempatan berjaya meraih kutipan pecah panggung RM32.5 juta menerusi filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid.

Pihak penerbit Astro Shaw dan Infinitus Gold sama sekali tidak menjangkakan sambutan Hantu Kak Limah mampu pergi sejauh ini dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura kerana menyokong filem ini. Malah, menariknya, ramai penonton yang sudah menyaksikan filem ini lebih dari 7 kali. Ternyata filem ini adalah untuk hiburan sekeluarga.

HKL masih ditayangkan di 148 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura

rakyat mesia tgh stress... tuh dorang release tensen kt wayang.... :))
 
Back
Top
Log in Register