BTC USD 83,642.1 Gold USD 4,154.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hantu Kak Limah 2018

HKL hampiri angka RM30 juta

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Baru melewati minggu ketiga tayangan, filem Hantu Kak Limah (HKL) arahan Mamat Khalid terus 'merasuk' penduduk di negara ini memenuhi pawagam di seluruh negara, sekali gus mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM27.5 juta dalam tempoh 15 hari.


Mengukuhkan lagi takhtanya selaku naskhah paling laris di Malaysia, HKL diramal masih berpotensi merekodkan hasil jualan tiket pada tahap maksimum, sekurang-kurangnya menghampiri angka RM30 juta.

Apatah lagi, cuti persekolahan yang masih bersisa dua hari lagi mungkin akan dimanfaatkan oleh seisi keluarga untuk berhibur menonton wayang.

Rata-rata berpendapat, kejayaan luar biasa yang dicapai oleh produksi HKL berjaya membuka peluang serta memberi harapan kepada pengkarya filem tempatan untuk terus mewarnai kanvas seni negara.

Tak dinafikan, momentum yang dicetuskan barisan tenaga kerja syarikat Astro Shaw dan Infinitus Gold itu dilihat sebagai pemangkin yang mendorong lahirnya karya-karya bermutu tinggi pada masa akan datang.

Walau menyelitkan elemen seram, namun HKL tetap dianggap medium hiburan seisi keluarga kerana Mamat telah menerapkan nilai-nilai murni yang boleh dijadikan pengajaran setiap lapisan usia.

Bahkan, kutipan berganda yang diperoleh adalah petanda positif buat lapangan seni tanah air yang sebelum ini sedikit sendu serta kurang memberangsangkan.

Mengangkat personaliti veteran, Dalimawati untuk mendukung watak Hantu Kak Limah, nama lain yang turut terlibat ialah Datuk Awie, Sharwani, TJ Isa, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Sabri Yunus, Mus May dan Imuda.


http://www.utusan.com.my/hiburan/kutipan-hantu-kak-limah-menghampiri-angka-rm30-juta-1.735330
 
Bila tgk kutipan filem ni teringat aku hajat si boboy nk cipta rekod dengn film die haha
#ripjalanterus
 
power beb...
rezeki yg x disangka2...
mamat khalid dpt berapa persen agaknya kutipan tiket...
 
Astro Shaw punya filem byk yg meletup & berkualiti...
kalah dah david teo punya metrowealth yg terbit filem2 sampah...
Skop Production pun bagus jugak filem2 dia...
 
mesti best ni sampai bole cecah 30 juta..
xpon, sbb dah xde cite melayu yg best2..org pon terpaksa laa layan HKL..
sbb tgk review, ramai yg kata HKLBR lagi best..
 
bru tgk 2 hari lepas. movie ni rase plg menyerlah watak yeh ngan sharwanie tu. power punyer watak tambahan.
 
Back
Top
Log in Register