BTC USD 84,218.4 Gold USD 4,287.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hantu Kak Limah 2018

1.8 juta hr pertama tygan..perghhh pakcik kayo
 
tgv .. sebelom 6pm ..guna Maybank CC/DC ..dpt flat rate RM10 .. setiap hari..mana2 seat ..terbaek....

tak mcm setengah2 cinema.. yg murah di bagi seat depan
 
Hari pertama RM1.8 juta

image.jpg


KUALA LUMPUR 10 Ogos - Naskhah francais terkini arahan Mamat Khalid, filem Hantu Kak Limah berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi filem tempatan pertama yang meraih kutipan tertinggi pada hari pertama tayangan.


Filem lakonan aktres Delimawati sebagai Kak Limah itu berjaya memperoleh kutipan sebanyak RM1.8 juta pada hari pembukaan semalam.

Malah Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan memberitahu, filem tersebut turut memperoleh kutipan berjumlah RM650,000 pada hari tayangan awal atau sneak preview kelmarin.

Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold itu ditayangkan di 133 pawagam seluruh Malaysia membariskan pelakon seperti Datuk Awie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Sharwani dan TJ Isa.

Selain itu, filem tersebut turut menampilkan bintang undangan seperti Mus May, Jue Aziz, Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.


http://www.utusan.com.my/hiburan/rm1-8juta-hantu-kak-limah-catat-rekod-berganda-1.726556
 
Okey terbaik citer ni, anak aku 6 tahun boleh layan gelak2 tgk lawak dia. Tp untuk aku yg dah tgk franchaise kak limah yg lain, ade lawak yang boleh dijangka. Apapun, ending dia mmg tak jangka mcm tu. Good job.
 
Back
Top
Log in Register