BTC USD 85,540.4 Gold USD 4,156.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hamba Dekati Allah Ketika Sujud

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
Hamba dekati Allah ketika sujud

Soalan:

Dalam satu ceramah agama, penceramah berkata seseorang hamba itu paling hampir dengan Tuhannya ketika ia sujud dan digalakkan berdoa kerana ia mudah diterima Allah. Jadi, adakah ini bermakna kita boleh berdoa ketika sujud sembahyang fardu atau perlukah kita melakukan sujud sunat selepas sembahyang?
Jika berdoa dalam sujud sembahyang fardu, tidakkah ia dikira menambah bacaan dalam sembahyang? Adakah sembahyang kita dikira sah? Bagaimanakah cara terbaik untuk berdoa ketika sujud?

Jawapan:

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya “Waktu paling hampir antara hamba dan Tuhannya ialah ketika dia bersujud (dalam solat). Oleh itu perbanyakkanlah sujud (solat).”

Ia bukan kata-kata penceramah, tetapi sememangnya maksud sabda Rasulullah SAW.

Solat itu sendiri bermakna doa, ertinya kita digalakkan memperbanyakkan solat daripada solat fardu dan sunat. Sewaktu dalam solat, ketika sujud kita boleh berdoa di dalam hati dan memperbanyakkan zikir.

Tidak boleh menambah bacaan lain dalam solat, kecuali yang diajarkan Rasulullah SAW, tetapi boleh berdoa dalam hati.
 
Sabda Nabi s.a.w.; "Saat paling hampir seorang hamba dengan Allah ialah ketika dia sujud. Maka banyaklah berdoa ketika sujud" (HR Imam Muslim)
1. Ketika sujud itu harus berdoa dengan apa sahaja doa asalkan yang pohon adalah perkara yang tidak dilarang oleh Syarak. Jika doa itu dalam bahasa Arab, harus ia dilafazkan oleh lidah sekalipun doa itu bukan yang maksur. Cuma hendaklah lafaz itu diperlahankan kerana bacaan ketika sujud tidak sunat diperdengarkan. Adapun dalam bahasa lain tidak harus dilafazkan oleh lidah. Memadai dengan berdoa di dalam hati sahaja kerana bahasa yang diharuskan di dalam solat hanyalah bahasa Arab sahaja.
2. Oleh kerana Nabi s.a.w. menyebutkan sujud di dalam hadis di atas secara umum (tanpa menghadkan pada mana-mana sujud) maka galakan membaca doa ketika sujud itu merangkumi semua sujud di dalam solat.
3. Di antara Doa yang pernah dibaca oleh Nabi s.a.w. di dalam sujudnya ialah;
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ وَجِلَّهُ، وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ، وَعَلاَنِيَتَهُ وَسِرَّهُ
"Ya Allah, ampunilah dosaku semuanya sama ada yang kecil dan yang besar, yang awal dan yang akhir, yang terang dan yang tersembunyi" (HR Imam Muslim).
اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
"Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaanMu dari kemurkaanMu, aku berlindung dengan keampunanMu dari balasanMu. Aku berlindung denganMu dariMu. Tidak terhitung olehku akan pujian yang sepatutnya aku ucapkan untukMu. Engkau adalah sebagaimana yang Engkau sanjungi ke atas diriMU sendiri" (HR Imam Muslim).
Wallahu a'lam.

sumber dari http://ilmudanulamak.blogspot.com/2009/01/doa-dalam-sujud.html
 
ha ha ha ....

kenapa sujud? kenapa tidak ketika duduk diantara dua sujud ke ... kiam ke .. takbiratul ihram ke ..... kenapa sujud?

sebab sujud itu pertemuan wajah Allah dan wajah Muhammad .....
 
tq..TT.. hurmm.. insya Allah pasnih sy akan perbykkan solat.. amennn... :)
 
pohonlah sesuatu kpd Allah Azza Wajalla ketika sujud solat.....
 
Back
Top
Log in Register