BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Halau Ibu..

nonenime

Active Member
Messages
1,638
Joined
Sep 5, 2011
Messages
1,638
Reaction score
25
Points
30
KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak memberi wang RM10, sepasang suami isteri warga emas dihalau anak lelakinya yang berusia 32 tahun dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Sungai Merali, di sini, kelmarin.

Menurut sumber polis, dalam kejadian jam 3 petang itu, anak mangsa yang baru pulang melepak bersama rakannya meminta wang RM10 daripada ibu bapanya untuk berjudi sebelum dinasihatkan tidak melakukan perkara itu.


Katanya, nasihat itu menyebabkan anak lelaki mangsa marah dan mengamuk sebelum memecahkan barangan berharga.

“Sebelum itu, mangsa sudah memberi RM5 ketika anaknya mahu keluar melepak. Sejam kemudian, anak lelakinya pulang semula dan kali ini, meminta tambahan wang RM10 untuk berjudi.


“Permintaan itu tidak dihiraukan menyebabkan anaknya mengamuk,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, anak lelaki mangsa juga mengugut mahu mencederakan ibu bapanya, namun tidak sempat apabila mangsa mengelak dan mengugut mahu keluar rumah sekiranya perangai anaknya tidak berubah

Katanya, ugutan itu menambahkan kemarahan anaknya yang menghalau kedua-dua orang tuanya itu.


“Tidak tahan dengan perangai anaknya yang suka meminta wang, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak sejurus kejadian,” katanya. :mad:
 
kurang ajaq pnye anak..ptt masa kecik dh cekik2 smpai mamp0s...:mad:
 
demi judi sanggup buat ibu bapa cmtu.
 
Patut nyer halau anak tu bukan nya bapak yg keluar dunia sudah terbalik
 
sumber mana ni?

kisah benar ke rekaan nak kasi laku akhbar jek ni?
 
Kena tengok balik kehidupan lampau & cara didikan ibubapa.Anak2 tu kurniaan Allah,mereka bagaikan kain yang putih,ibubapa yang mewarnakannya.
 
Giler sakan punya anak....mesti dah telan ubat khayal sehingga lupa diri
 
Back
Top
Log in Register